23/10/2026
πππππππ πππππ πππππ πππππ, πππππ πππππ πππππ πππ ππππππ πππππ ππ-ππππππ πππππππππ πππ ππππππππ.
Shah Alam, 23 Oktober 2026 β DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, hadir ke Program Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat dan Bacaan Surah Ar-Rahman Peringkat IPK Selangor di Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor.
Program mingguan ini merupakan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor yang merupakan penganjur bersama program pada minggu ini.
Program telah dimulakan dengan Bacaan Al-Ma'thurat yang dibimbing oleh Ustaz Muhammad Afdhaluddin bin Sahadan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor.
Pengisian program kemudiannya diteruskan dengan solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan bacaan Surah Ar-Rahman yang telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Fazli bin Sahlan dri Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Selangor.
Hadir sama, SAC Mohd Iqbal bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pengurusan Selangor; SAC Faizal bin Ibrahim, Ketua Cawangan Khas Selangor; SAC Haji Mohamad Rosni bin Haji Mohamed Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor; ACP Mohd Faisal bin Mohd Noor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor; ACP Mohd Khairulzaman bin Ishak, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor; ACP Nor Azizulkifli bin Mansor, Wakil Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor; DSP Azrulhisyam bin Abu Ahmad, wakil Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor; DSP Mohammad Faizal bin Mohd Amir, Wakil Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor; DSP Khairul Anuar bin Alwi, Wakil Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Selangor; ASP Harun bin Umar, Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor; Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPK Selangor.