RISDA Selangor

Call Directions Website Contact the organization

RISDA Selangor Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia :-
1) Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
2) Ordinan Kump**an Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

SESI PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI RISDA NEGERI SELANGOR TAHUN 2026Shah Alam | 25 September 2026 –  Sesi Penilaian Pert...
25/09/2026

SESI PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI RISDA NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

Shah Alam | 25 September 2026 – Sesi Penilaian Pertandingan Inovasi RISDA Negeri Selangor Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Puan Khaizatul Akma Binti Khalid, Pengarah RISDA Negeri Selangor bersama seorang (1) Panel Juri dari pihak SIRIM, turut serta dua (2) Panel Pegawai dari RISDA Negeri Selangor.

Melalui pendekatan penilaian ini, peserta
didedahkan untuk memperkasa amalan dan budaya inovasi di Negeri Selangor agar dapat memberi manfaat berterusan kepada Jabatan dan memberi impak kepada kesejahteraan pekebun kecil.

terima kasih diucapkan kepada panel penilai dan peserta dari RISDA Selangor yang telah bertungkus lumus menjayakan penilaian ini.






Innalillahi wa inna ilaihi raji'un‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونAllahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuan...
25/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ

Semoga Allah SWT mengampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran serta ketabahan kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah

"𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢"

Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga RISDA merakamkan ucapan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Mohd Razif bin Mohd Ridza, kakitangan Ibu Pejabat RISDA yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi hari ini, Jumaat 25 September 2026.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, serta ditempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

Al-fatihah.

SESI PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PERDANA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TRANSFORMASI PENGURUSAN REKOD SEKTOR AWAM 2026Shah Alam | ...
15/09/2026

SESI PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PERDANA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TRANSFORMASI PENGURUSAN REKOD SEKTOR AWAM 2026

Shah Alam | 15 September 2026 – RISDA Negeri Selangor menerima kunjungan Panel Penilai akhir Anugerah Perdana Ketua Setiausaha Negara Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam Tahun 2026 yang diketuai oleh Encik Nor Azizol bin Daud bersama Dua (2) pegawai dari Akrib Negara Malaysia.

Melalui pendekatan penilaian ini, RISDA Selangor terus komited memastikan perkhidmatan tersebut memberi manfaat berterusan kepada kakitangan dan Pegawai serta menyokong usaha memperkasa Amalan Pengurusan Rekod Sektor Awam di Negeri Selangor.

terima kasih diucapkan kepada panel penilai dan warga kerja RISDA Selangor yang telah bertungkus lumus menjayakan penilaian ini.





27 OGOS 2026 | Khamis🚛BELIAN GETAH BERGERAK RISDA SELANGOR Hasil Belian Getah bergerak Selangor di beberapa pusat belian...
27/08/2026

27 OGOS 2026 | Khamis

🚛BELIAN GETAH BERGERAK RISDA SELANGOR

Hasil Belian Getah bergerak Selangor di beberapa pusat belian sekitar kawasan RISDA di
Kalumpang dan Kerling

Berat Skrap : 3280.00/KG

SKRAP RM 4.00 - RM 4.30/KG
Jumlah : 3280.00/KG

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan pekebun kecil getah kepada RISDA dalam usaha memperkasakan pemasaran hasil pekebun kecil.

Sebarang pertanyaan lanjut, Boleh hubungi pegawai-pegawai kami :- 📞 RISDA Plantation
1) Encik Arif https://wa.me/0103784110
2) Puan Ruzita https://wa.me/0122693093







24/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐄-𝟕𝟕 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐑𝐔𝐒𝐓𝐀𝐌, 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Warga Kerja Kump**an RISDA mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga Tun bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman serta seluruh keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada Tun serta keluarga, dan mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin Negeri Melaka menjadi negeri yang makmur dan maju.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

21 OGOS 2026 | Jumaat🚛PEMBELIAN GETAH BERGERAK RISDA SELANGOR 🚛Hasil Belian Getah bergerak Selangor di beberapa pusat be...
21/08/2026

21 OGOS 2026 | Jumaat

🚛PEMBELIAN GETAH BERGERAK RISDA SELANGOR 🚛

Hasil Belian Getah bergerak Selangor di beberapa pusat belian sekitar kawasan RISDA
Sepang dan Kuala Langat

Berat Skrap : 3366.10/KG
Berat Lateks : 185.40/KG

SKRAP (Getah Kering)| RM 4.10 - RM 4.20/KG
Jumlah : 3366.10/KG

LATEKS (Getah Basah)| RM 8.20/KG
Jumlah : 185.40/KG

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan pekebun kecil getah kepada RISDA dalam usaha memperkasakan pemasaran hasil pekebun kecil.

Sebarang pertanyaan lanjut, Boleh hubungi pegawai-pegawai kami :- 📞 RISDA Plantation
1) Encik Arif https://wa.me/0103784110
2) Puan Ruzita https://wa.me/0122693093







18/08/2026
17/08/2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

📸🇲🇾 Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : “Dua Bingkai, Satu Makna”.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

📅 Tarikh penyertaan: 1 – 31 Ogos 2026 📲

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! 📷✨

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

17/08/2026

Pisau kecil, peranan besar. 🌳

Di tangan pekebun kecil, sebilah pisau toreh bukan sekadar alat. Ketajaman mata pisau dan kemahiran menoreh menentukan kelancaran susu getah, menjaga kesihatan pokok serta membantu menghasilkan kutipan yang berkualiti.

Dari satu torehan ke satu torehan, lahirlah hasil yang menjadi sumber pendapatan dan menyokong kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Kerana di sebalik setiap titisan susu getah, ada kemahiran, ketekunan dan rezeki yang diperjuangkan.



Address

No. 2 Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9/6
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0355183900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Selangor:

Shortcuts

Share