Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

Call Directions Website

Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor Bahagian ini berperanan menentukan kerjasama antara agensi-agensi pergigian dan agensi-agensi bukan pergigian daripada sektor awam dan sektor swasta.

Bahagian Kesihatan Pergigian bertanggungjawab di atas pengurusan, pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian mengikut dasar-dasar yang ditetapkan.

Kampung Angkat Pergigian di Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu LangatPada 17 Oktober 2026 (Sabtu), KP Batu 14 Hulu Lang...
18/10/2026

Kampung Angkat Pergigian di Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat

Pada 17 Oktober 2026 (Sabtu), KP Batu 14 Hulu Langat telah mengadakan Program Kesihatan Pergigian Kg Orang Asli bertempat di Perpustakaan Kg Orang Asli,Paya Lebar, Hulu Langat.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian dikalangan Orang Asli di samping mewujudkan perhubungan yang baik & rapat antara pasukan pergigian dengan komuniti. Wakil Ikon Gigi iaitu Cik Amira juga terlibat bagi memeriahkan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh anggota Klinik Pergigian Batu 14 adalah:
- pemeriksaan pergigian
- pameran kesihatan pergigian
- ceramah pergigian
- latihan memberus gigi
- lawatan ke rumah

Seramai 53 orang (34 orang dari lawatan ke rumah) peserta yang terlibat bagi semua aktiviti yang dijalankan.

Terima kasih kepada Dr Zarikh Hafizah Saqina Binti Zaberi dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.




๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ (๐๐Š๐ƒ) ๐Š๐‹๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada 18 Oktober 2026, Pejabat Kesiha...
18/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ (๐๐Š๐ƒ) ๐Š๐‹๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 18 Oktober 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Klang telah terlibat di Program Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2026 yang bertempat di Pusat Komuniti Sokka Gakkai Klang.

Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Persatuan Soka Gakkai Malaysia (Selangor), dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), dengan kerjasama strategik Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Klang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), serta pelbagai agensi lain.

Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Hj Abd Hamid bin Hussain Datuk Bandar Klang.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman masyarakat setempat mengenai kepentingan kesihatan umum dan kesihatan pergigian.

Program ini telah disertai oleh warga komuniti yang terdiri daripada warga emas orang dewasa dan kanak-kanak.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran dan pemeriksaan pergigian di Klinik Pergigian Bergerak, ceramah dan pemeriksaan kesihatan, penanaman benih sayur serta cabutan bertuah.

Adalah diharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta, sekali gus berjaya meningkatkan taraf kesihatan oral dan kesejahteraan komuniti setempat.






17/10/2026

Sorotan Video Program Sambutan Hari Warga Emas 2026 bertemakan โ€œWarga Emas, Wajah Masa Depan Kitaโ€ anjuran Klinik Kesihatan Tanjung Karang dengan penglibatan 11 staf Klinik Pergigian Tanjung Karang.

Pelbagai aktiviti pergigian dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan mulut warga emas.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.








PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS "WARGA EMAS, WAJAH MASA DEPAN KITA" TAHUN 2026 PERINGKAT KLINIK KESIHATAN TANJUNG KARAN...
17/10/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS "WARGA EMAS, WAJAH MASA DEPAN KITA" TAHUN 2026 PERINGKAT KLINIK KESIHATAN TANJUNG KARANG

Tarikh : 17 Oktober 2026

Masa: 7.00 pg - 3.00 ptg

Lokasi : Dewan Dato Hormat, Tg Karang

KP Terlibat: Klinik Pergigian Tg Karang

Objektif program :
1. Meningkatkan kesedaran warga emas tentang kesihatan pergigian khasnya kepada penduduk Tg Karang.
2. Menilai tahap kesihatan pergigian warga emas.
3. Memberikan pendidikan kesihatan kepada semua
golongan masyarakat Tg Karang.
4. Merapatkan hubungan kekeluargaan di antara
kakitangan kesihatan dan penduduk di Tg Karang.

Aktiviti yang telah dijalankan: Pameran pergigian
Pemeriksaan mulut kendiri Permainan interaktif
Pemeriksaan dan nasihat kesihatan pergigian.

Penglibatan Oleh:
11 staf Klinik Pergigian Tg Karang

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak uang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian terutamanya kepada masyarakat setempat.








๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Ž๐‘๐€๐‹-๐€๐†๐€๐Œ๐€ (๐Š๐Ž๐€) ๐’๐ˆ๐Š๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐†Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah...
17/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Ž๐‘๐€๐‹-๐€๐†๐€๐Œ๐€ (๐Š๐Ž๐€) ๐’๐ˆ๐Š๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐†

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Klang telah menjalankan Program Kolaborasi Oral Bersama Badan Agama Sikh pada 17 Oktober 2026 yang bertempat di Gurdwara Sahib Klang.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti setempat di samping menjalankan pemeriksaan gigi.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah kesihatan pergigian, pameran serta pemeriksaan gigi. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan pengetahuan warga komuniti setempat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak Gurdwara Sahib Klang, atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.






โญ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ โญ๐Ÿ“ Klinik Kesihatan Selayang ...
17/10/2026

โญ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ โญ

๐Ÿ“ Klinik Kesihatan Selayang Baru
๐Ÿ—“๏ธ 17 Oktober 2026

๐Ÿฆท Program Sambutan Hari Warga Emas yang bertemakan โ€œCeria Bersama Warnaโ€ telah dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Selayang Baru dengan penglibatan ahli Kelab Warga Emas di bawah kelolaan klinik tersebut.

๐Ÿ‘ต๐Ÿป๐Ÿ‘ด๐Ÿป Program ini melibatkan pelbagai aktiviti kesihatan dan promosi kesihatan, antaranya:

๐Ÿฉบ Ceramah Kesihatan Warga Emas
Ceramah disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Selayang Baru bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga emas.

๐ŸŽฏ Aktiviti Berkumpulan
Aktiviti interaktif yang melibatkan tujuh (7) stesen pemeriksaan dan pendidikan kesihatan, iaitu fisioterapi, kesihatan mata, dietetik, penjagaan luka diabetes, imunisasi, kesihatan lelaki (menโ€™s health) dan pergigian.

๐Ÿ’š Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

๐Ÿฆท Program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pergigian serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang merangkumi aspek fizikal, emosi, mental dan sosial demi kesejahteraan warga emas.

๐Ÿ™๐Ÿป Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

๐ŸŒŸ Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memberikan manfaat kepada masyarakat serta menyokong usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti, khususnya dalam kalangan warga emas.

๐Ÿฆท๐Ÿ’š Senyuman Sihat, Warga Emas Sejahtera!








๐Ÿฆทโœจ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐„๐‡๐’๐€๐ ๐€๐’๐‡-๐’๐‡๐€๐Š๐”๐‘ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿฆทโœจ๐Ÿ“ Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-S...
17/10/2026

๐Ÿฆทโœจ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐„๐‡๐’๐€๐ ๐€๐’๐‡-๐’๐‡๐€๐Š๐”๐‘ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿฆทโœจ

๐Ÿ“ Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur Selangor
๐Ÿ“… 17 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Program Penjagaan Kesihatan Mulut bersama anak-anak kebajikan telah berlangsung dengan jayanya di Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur Selangor. ๐Ÿ’™

Program ini bertujuan memupuk kesedaran serta membimbing kanak-kanak dan remaja tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut yang baik sejak usia awal.

๐Ÿชฅ ๐๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง, ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐š:
๐Ÿฆท Ceramah kesihatan pergigian
๐Ÿชฅ Latihan memberus gigi
๐ŸŽจ Aktiviti mewarna
๐Ÿฆท Pameran kesihatan pergigian
๐ŸŽฎ Permainan interaktif

โœจ Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan kanak-kanak dan remaja mengamalkan rutin penjagaan gigi dan mulut yang baik demi mengekalkan kesihatan pergigian sepanjang hayat.

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

๐Ÿ’™ ๐†๐ข๐ ๐ข ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐š! ๐Ÿ˜๐Ÿฆท





๐ŸŒŸ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ โ€˜๐‚๐„๐‘๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐Š๐„ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡โ€™ ๐ŸŒŸPada 17 Oktober 2026, telah berlangsung Program โ€˜Ceria dan Sihat ke Sekolahโ€™ anj...
17/10/2026

๐ŸŒŸ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ โ€˜๐‚๐„๐‘๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐Š๐„ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡โ€™ ๐ŸŒŸ

Pada 17 Oktober 2026, telah berlangsung Program โ€˜Ceria dan Sihat ke Sekolahโ€™ anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) bertempat di Dewan Dr. Bolton, Hospital Orang Asli Gombak.

Program ini bertujuan memberikan maklumat berkaitan kesihatan umum dan penjagaan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak serta ibu bapa dari Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya pertandingan mewarna, ceramah kesihatan dan ceramah pergigian.

๐Ÿฆท ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง
๐Ÿชฅ Ceramah Kesihatan Pergigian
๐Ÿฆท Latihan Memberus Gigi (LMG) kepada kanak-kanak

โœจ Melalui program ini, diharapkan amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dapat dipupuk sejak kecil dan diamalkan sepanjang hayat, selaras dengan pepatah โ€œMelentur buluh biarlah dari rebungnya.โ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan agensi yang terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ’™




LAWATAN PENEMPATAN KOMUNITI PELAJARPERGIGIAN TAHUN 4 MAHSA KE FASILITI PERGIGIAN DAERAH KUALA SELANGOR.Seramai 18 orang ...
17/10/2026

LAWATAN PENEMPATAN KOMUNITI PELAJAR
PERGIGIAN TAHUN 4 MAHSA KE FASILITI PERGIGIAN DAERAH KUALA SELANGOR.

Seramai 18 orang pelajar pergigian MAHSA Tahun 4 telah melaksanakan lawatan penempatan komuniti selama 5 hari dari 12 - 16 Oktober 2026 di fasiliti pergigian Daerah Kuala Selangor.

Sepanjang tempoh tersebut, pelajar ini telah diberi peluang melawat beberapa tempat seperti berikut:
1. Klinik Pergigian Kuala Selangor
2. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
3. Klinik Pergigian Statik SK Dato Maharajalela
4. Loji air
5. Unit Kepakaran Ortodontik KP Tanjong Karang
6. Pasukan Bergerak Sekolah Menengah di SMK Seri Tanjung

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberipendedahan kepada pelajar berkaitan perkhidmatan pesakit luar di klinik pergigian, perkhidmatan kepakaran ortodontik, perkhidmatan makmal pergigian, program outreach, perkhidmatan pergigian untuk toddler dan ibu mengandung, perkhidmatan klinik pergigian mesra promosi, perkhidmatan klinik pergigian sekolah dan program penfloridaan air.

Para pelajar turut berkongsi pengalaman dan kefahaman mereka berkaitan pelaksanaan program ini menerusi sesi pembentangan laporan aktiviti pada hari terakhir lawatan penempatan komuniti ini.

Syabas diucapkan kepada warga KP Kuala Selangor yang menyambut mesra dan
berkongsi ilmu kepada para pelajar yang terlibat.

Diharap lawatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar berkaitan kepelbagaian perkhidmatan dan program pergigian yang wujud di bawah KKM.








Program Sangkutan Community Oral Health oleh Pelajar Tahun Empat Fakulti Pergigian Universiti MAHSA di Klinik Pergigian ...
16/10/2026

Program Sangkutan Community Oral Health oleh Pelajar Tahun Empat Fakulti Pergigian Universiti MAHSA di Klinik Pergigian Kajang dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Hulu Langat berbesar hati menerima kunjungan 17 orang pelajar dari Universiti MAHSA untuk penempatan sangkutan bermula 12-16hb Oktober 2026 yang diiringi oleh Associate Prof Dr Savithri.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan kesihatan pergigian yang disediakan di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti:
1. Perkhidmatan Pesakit Luar
2. Lawatan ke loji air
3. Perkhidmatan Kepakaran Non Hospital-Based
4. Lawatan ke sekolah statik dan Klinik Pergigian Bergerak
Pelajar-pelajar dan pengiring mereka telah disambut oleh Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat, Dr Zarikh Hafizah Saqina Binti Zaberi dan diberi satu taklimat ringkas pengenalan kepada Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat.

Sebagai penutup program, pelajar-pelajar telah membentangkan tugasan berkumpulan mereka kepada Pegawai Pergigian Daerah. Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat melalui program sangkutan ini.




Address

Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor , Tingkat 17, Wisma Sunway
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share