Majlis Agama Islam Selangor

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Selangor Lawati laman web MAIS di www.mais.gov.my MAIS ditubuhkan untuk menasihati DYMM Sultan Selangor dalam hal-hal berkaitan dengan Agama Islam.

PENGERUSI MAIS TERUS MENYANTUNI AHLI KARIAH MASJID AS-SOLIHIN, PADANG JAWAKLANG--Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) teru...
22/10/2026

PENGERUSI MAIS TERUS MENYANTUNI AHLI KARIAH MASJID AS-SOLIHIN, PADANG JAWA

KLANG--Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperkukuh jalinan ukhuwah bersama masyarakat menerusi penganjuran Program Road Tour dan Solat Subuh Berjemaah yang berlangsung di Masjid As-Solihin, Padang Jawa, Klang, awal pagi 22 Oktober tadi.

Kehadiran Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin seawal waktu Subuh t
disambut mesra oleh Nazir Masjid, YBrs. Tuan Haji Soleh bin Ahmad, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, serta para jemaah setempat.

Program seumpama ini adalah sebagai platform mesra untuk mendekatkan kepimpinan MAIS dengan masyarakat di samping menyediakan ruang interaksi secara terus bagi mendengar maklum balas serta pandangan dan keluhan ahli jemaah selaras dengan moto “MAIS Santuni Anda”.

Seusai solat Subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pengerusi MAIS. Dalam ucapan beliau, Pengerusi MAIS menekankan tentang kepentingan memelihara perpaduan dan ukhuwah sesama Islam. Beliau turut mengingatkan AJK masjid agar sentiasa memelihara amanah yang diberi supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa mahupun penyelewengan dana masjid.

Turut hadir memberikan sokongan dalam program tersebut ialah Mufti Selangor, YAD Dato' Seri Utama Diraja Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir dan Pegawai Khas Pengerusi MAIS, Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani.

22/10/2026

Malaysia merupakan sebuah negara bertuah kerana masih mengamalkan pemerintahan beraja. Payung kedaulatan yang sentiasa menaungi rakyat jelata menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur sejahtera. Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Saksikan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam dengan kupasan tajuk ‘Raja Berdaulat Memayungi Umat’, Khamis Ini 9.00 malam, dalam slot Nurani hanya Di TV1.

Malaysia merupakan sebuah negara bertuah kerana masih mengamalkan pemerintahan beraja.  Payung kedaulatan yang sentiasa ...
22/10/2026

Malaysia merupakan sebuah negara bertuah kerana masih mengamalkan pemerintahan beraja.

Payung kedaulatan yang sentiasa menaungi rakyat jelata menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur sejahtera.

Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Saksikan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam dengan kupasan tajuk ‘Raja Berdaulat Memayungi Umat’, Malam ini, pukul 9.00 malam, dalam slot Nurani hanya Di TV1.

RM10 ATAU RM150—PERLUKAH DIURUSKAN JUGA?“Mungkin jumlahnya terlalu kecil untuk diambil kira.” Pernah terfikir begitu?Wan...
22/10/2026

RM10 ATAU RM150—PERLUKAH DIURUSKAN JUGA?

“Mungkin jumlahnya terlalu kecil untuk diambil kira.” Pernah terfikir begitu?

Wang Tidak Patuh Syariah tetap perlu diuruskan, sama ada sedikit atau banyak. Tiada had minimum atau maksimum untuk diserahkan. Melalui MAIS, wang tersebut boleh disalurkan untuk kemaslahatan umum mengikut syarak.

Kenal pasti. Asingkan. Salurkan dengan betul.

Wang Tidak Patuh Syariah.
MAIS Solusinya.

Ketahui cara penyalurannya:
www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah

BUAL BICARA STUDIO MAIS | BONGKAR RAHSIA HARTA BERKAT: JANGAN SAMPAI TERMAKAN HAK ORANGIkuti kami bersiaran secara langs...
21/10/2026

BUAL BICARA STUDIO MAIS | BONGKAR RAHSIA HARTA BERKAT: JANGAN SAMPAI TERMAKAN HAK ORANG

Ikuti kami bersiaran secara langsung TikTok & Facebook Live bersama:⁣

Moderator:
Ustaz Mohammad Aizat bin Vandan
Eksekutif Dakwah dan Daerah, Sektor Baitulmal,
Majlis Agama Islam Selangor

⁣Panel:
Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre
Penceramah Bertauliah Negeri Selangor

Tajuk: Bongkar Rahsia Harta Berkat: Jangan Sampai Termakan Hak Orang
Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 10:00 Pagi

Jangan lupa ikuti laman media sosial kami di FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TIKTOK | TWITTER | WHATSAPP CHANNEL : ⁣⁣
⁣⁣
WEBSITE⁣⁣
www.mais.gov.my⁣⁣
⁣⁣
WHATSAPP CHANNEL
https://whatsapp.com/channel/0029VbBkgrmFSAt8RmuKk43Z

FACEBOOK⁣⁣
https://web.facebook.com/maiselangor/
⁣⁣
YOUTUBE⁣⁣
https://youtube.com/user/MAIStube14⁣
⁣⁣
INSTAGRAM⁣⁣
https://www.instagram.com/mais_officialhq/?hl=en⁣⁣
⁣⁣
X
https://twitter.com/maisgovmy?s=21⁣⁣

TIKTOK
https://www.tiktok.com/?_t=8c8oKjlBd

THREADS
https://www.threads.com/?hl=en
⁣⁣

KULIAH MAGHRIB KHAS BAITULMAL DAERAH SEPANG - "Harta Haram Jangan Di Bawa Pulang" SEPANG, 21 Oktober 2026 - Majlis Agama...
21/10/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS BAITULMAL DAERAH SEPANG - "Harta Haram Jangan Di Bawa Pulang"

SEPANG, 21 Oktober 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Sepang telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Khas berkenaan tajuk "Harta Haram Jangan dibawa Pulang" di Surau Al-Amin, Taman Mawar 2, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 20 Oktober lepas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hilmi bin Jamaluddin, Ketua Zon Baitulmal Daerah Hulu Langat & Sepang berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Sepang.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian https://siswa.mais.gov.my.

Lupuskan wang tidak patuh syariah secara atas talian https://www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah/

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

21/10/2026

Malaysia merupakan sebuah negara bertuah kerana masih mengamalkan pemerintahan beraja.

Payung kedaulatan yang sentiasa menaungi rakyat jelata menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur sejahtera.

Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Saksikan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam dengan kupasan tajuk ‘Raja Berdaulat Memayungi Umat’, Khamis Ini 9.00 malam, dalam slot Nurani hanya Di TV1.

1 HARI LAGI - FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: "RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI UMAT"Sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintah...
21/10/2026

1 HARI LAGI - FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: "RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI UMAT"

Sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Majlis Agama Islam Selangor akan menganjurkan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM bertajuk "RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI UMAT"
akan diadakan pada:

Tarikh : 22 Oktober 2026 | 11 Jumadal Ula 1448H | Khamis
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
9.00 malam: siaran langsung di TV 1, RTM

Kupasan tajuk istimewa kali ini bersama dua orang panel iaitu:
▶️ YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor
▶️ YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Muhammad Ayman al-Akiti, Anggota Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor

Moderator:
▶️ YBrs. Ustaz Rizal bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor

Sehubungan itu, YAD Tan Sri Dato’ Setia/YAD Dato' Setia/YDM Tengku/YB/YDH/YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin Paduka/Prof. Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir meraikan forum perdana ini dan dapat bersama menyebarkan hebahan program ini.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi penambahan ilmu dan pemahaman yang lebih meluas kepada kita semua.

21/10/2026

APABILA SUDAH TAHU, APAKAH P**A LANGKAH SETERUSNYA?

Wang Tidak Patuh Syariah mungkin datang daripada pelbagai sumber atau transaksi. Ada yang kita sedari dan ada juga yang hanya diketahui selepas kita mula meneliti.

Yang penting, apabila timbul keraguan, jangan abaikan dan jangan terus membuat andaian sendiri.

Dapatkan penjelasan. Fahami kedudukannya dari sudut Syariah. Dan jika dikenal pasti sebagai Wang Tidak Patuh Syariah, uruskan melalui saluran yang betul.

Setiap situasi mungkin berbeza, tetapi prinsipnya tetap sama — apa yang meragukan perlu diteliti dan apa yang telah dikenal pasti perlu diuruskan dengan sewajarnya.

Apabila sudah tahu, ambil tindakan.
Apabila ada keraguan, dapatkan panduan.

Wang Tidak Patuh Syariah.
MAIS Solusinya.

Ketahui lebih lanjut:
www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah

20/10/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS BAITULMAL DAERAH SEPANG - "HARTA HARAM JANGAN DIBAWA P**ANG."

Ikuti kami bersiaran secara langsung dalam Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

▶️Oleh: Ustaz Mohd Hilmi bin Jamaluddin, Ketua Zon Baitulmal Daerah Hulu Langat & Sepang, Majlis Agama Islam Selangor
▶️Pada: 20hb Oktober 2026, Selasa (Selepas Maghrib)
▶️Tempat: Surau Al-Amin, Taman Mawar 2, Bandar Baru Salak Tinggi

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

Address

Bangunan Sultan Idris
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

0355143400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Selangor:

Shortcuts

Share