08/10/2026
INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJIUN
SALAM TAKZIAH DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) SELANGOR
Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga JKN Selangor merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga Allahyarham Noor Atirah binti Yacob, Jururawat Terlatih di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, dan suaminya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober 2026.
Kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga kesihatan, khususnya di Hospital Selayang. Allahyarham telah dijemput Ilahi sewaktu dalam perjalanan pulang, sejurus selepas selesai memikul amanah menjaga pesakit di hospital seperti hari-hari kebiasaannya. Lebih memilukan, pemergian pasangan ini turut meninggalkan seorang cahaya mata yang masih kecil.
JKN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap keringat, masa, dan bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang berkhidmat di barisan hadapan. Komitmen beliau dalam membantu mereka yang memerlukan akan sentiasa dikenang sebagai satu amal bakti yang sangat mulia.
Kami mendoakan agar roh Allahyarham dan suaminya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, terutamanya anak kecil mereka, dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang luar biasa dalam mendepani ujian yang berat ini.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu.
Al-Fatihah.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor & Seluruh Warga JKN Selangor
8 Oktober 2026
SALAM TAKZIAH
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dukacita dimaklumkan bahawa Noor Atirah binti Yacob, Jururawat Terlatih, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober 2026.
Seluruh warga kerja Hospital Selayang merakamkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Selayang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Kesihatan Negeri Selangor