Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS

Call Directions Website

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS "Profesional, Efisien, Berintegriti"

KURSUS PEMANTAPAN FORMAT DAN PENULISAN SURAT RASMI ORGANISASIShah Alam, 28-29 September 2026 - Jabatan Pendakwaan Syaria...
30/09/2026

KURSUS PEMANTAPAN FORMAT DAN PENULISAN SURAT RASMI ORGANISASI

Shah Alam, 28-29 September 2026 - Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Format dan Penulisan Surat Rasmi Organisasi bertempat di Bilik Cempaka, Hotel De Palma Shah Alam.

Kursus ini disertai oleh Pembantu Tadbir, Pembantu Syariah dan Penolong Pegawai Syariah. Pengisian kursus memfokuskan kepada pemantapan penulisan surat rasmi Jabatan serta kaedah penulisan yang betul berdasarkan format Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Peserta telah menerima perkongsian ilmu daripada Munsyi Bahasa, Tuan Abdul Karim A. Bakar, mantan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang aktif memberi bimbingan dalam usaha memasyarakatkan dan memantapkan penggunaan Bahasa Melayu, khususnya dalam konteks pentadbiran dan urusan rasmi sektor awam.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran penulisan serta memastikan penggunaan format surat rasmi yang berkualiti dan menepati standard ditetapkan.




𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sulta...
28/09/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil dan diberkati demi kemakmuran negeri Selangor Darul Ehsan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada:
Ketua Pendakwa Syarie & warga kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor




KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DOKUMEN DAN FAIL KES JENAYAH SYARIAHSHAH ALAM, 21–22 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Pendakwaan Sy...
22/09/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DOKUMEN DAN FAIL KES JENAYAH SYARIAH

SHAH ALAM, 21–22 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Dokumen dan Fail Kes Jenayah Syariah bertempat di Dewan Teratai, Hotel De Palma, Shah Alam.

Kursus yang melibatkan Pembantu Syariah dan Pendakwa Syarie ini memberi fokus kepada pemantapan pengurusan dokumen dan fail kes, keselamatan dokumen kerajaan serta penerapan kaedah digital dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam tugasan.

Peserta telah menerima perkongsian daripada Puan Nurul Adha binti Yahaya, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor berkaitan pengendalian dan pengawalan dokumen terperingkat kerajaan secara fizikal dan digital.

Turut diadakan pengisian oleh Tuan Ahmad Fairus (Coach TAF) berkaitan aplikasi AI dalam pengurusan dan penyediaan dokumen rasmi serta tugasan Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan.

Menariknya, peserta turut didedahkan kepada pembinaan dan penggunaan dashboard bagi membantu pengurusan data, pemantauan prestasi serta analisis tugasan secara lebih sistematik, di samping aktiviti pembentangan kumpulan yang menggalakkan perkongsian idea dan cadangan penambahbaikan proses kerja.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan kompetensi, kecekapan, produktiviti dan kemahiran digital, khususnya melalui pengurusan dokumen yang lebih sistematik, penggunaan AI serta pendekatan pengurusan berasaskan data.

JPSS terus komited memperkasa kompetensi warga kerja dan mendukung transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pendakwaan syariah.











SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026 - Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir ...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026 - Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Marilah kita terus memperkukuh muafakat, saling menghormati dan berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera serta makmur untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada,
SOFIAN BINTI AHMAD
Ketua Pendakwa Syarie dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor



08/09/2026

👑 25 TAHUN. SATU LEGASI.
Selangor bakal menyambut satu lagi detik penuh bersejarah, 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor. ❤️💛❤️💛
Sesuatu yang istimewa bakal tiba…
Nantikan.👑 25 TAHUN. SATU LEGASI.
Selangor bakal menyambut satu lagi detik penuh bersejarah, 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor. ❤️💛❤️💛
Sesuatu yang istimewa bakal tiba…
Nantikan. ✨



Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS ) ...
05/09/2026

Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS ) Perkukuh Kerangka Perundangan Syariah Selangor

SHAH ALAM, 5 September 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Bahagian Penyelidikan dan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS) pada 4 hingga 5 September 2026 bertempat di Whyndham Garden Hotel i-City Shah Alam.

Bengkel ini melibatkan seramai 16 orang peserta terdiri daripada pegawai Bahagian Penyelidikan dan Perundangan JPSS , Pendakwa Syarie Selangor bersama Penasihat Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Penolong Penasihat Undang-Undang dan Penolong Penasihat Undang-undang Syariah dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor dengan memberi fokus kepada semakan, penelitian dan pengemaskinian deraf cadangan pindaan EJSS dan ETJSS yang telah disediakan oleh JPSS.

Sesi perbincangan yang berlangsung secara intensif memberi ruang kepada para peserta untuk meneliti setiap cadangan pindaan dari aspek perundangan, tatacara serta keperluan pelaksanaan undang-undang Syariah di Negeri Selangor.

Hasil perbincangan dan penelitian bersama, beberapa penambahbaikan terhadap deraf cadangan pindaan telah berjaya dilaksanakan bagi menghasilkan deraf yang lebih berkualiti, komprehensif dan menepati keperluan perundangan Syariah semasa.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan JPSS dalam memperkasa dan memantapkan kerangka perundangan Syariah Negeri Selangor, di samping memastikan peruntukan undang-undang yang dicadangkan sentiasa relevan, jelas dan berupaya menyokong pelaksanaan keadilan Syariah secara lebih berkesan.

Kerjasama strategik antara JPSS, MAIS dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor melalui sesi semakan dan perbincangan ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan cadangan pindaan perundangan Syariah negeri disediakan dengan penelitian yang sewajarnya serta mengambil kira keperluan perundangan dan pentadbiran keadilan Syariah.

📚 KUNJUNGAN PENSYARAH KANAN APIUM, UNIVERSITI MALAYA KE JPSS4 September 2026 | Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah...
04/09/2026

📚 KUNJUNGAN PENSYARAH KANAN APIUM, UNIVERSITI MALAYA KE JPSS

4 September 2026 | Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah menerima kunjungan Dr. Siti Aisyah binti Samudin, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), bagi tujuan penyeliaan dan pemantauan pelajar Universiti Malaya yang sedang menjalani Latihan Industri di JPSS.

Kunjungan tersebut telah disambut dan diwakili oleh Tuan Husaini bin Roslin, Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan, JPSS.

Sesi penyeliaan ini bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan perkembangan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri, termasuk aspek kehadiran, disiplin, tugasan, kemahiran serta penglibatan pelajar dalam urusan dan aktiviti kerja di JPSS.

Perbincangan turut menjadi platform bagi pihak APIUM dan JPSS untuk berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan Latihan Industri serta memastikan pelajar memperoleh pendedahan yang bersesuaian terhadap persekitaran kerja sebenar, amalan profesional serta pengurusan tugas dalam bidang Syariah dan perundangan.

JPSS merakamkan penghargaan atas kunjungan dan kerjasama pihak APIUM, Universiti Malaya dalam usaha memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan khususnya dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pengalaman profesional kepada para pelajar.

Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam bidang Syariah dan perundangan.







Address

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Tingkat 5, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5
Shah Alam
40676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355143491

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share