16/09/2026
PROGRAM OSCAR PERINGKAT BALAI POLIS SEKSYEN 9 BERSAMA PENDUDUK RUMAH TERES FASA 1
SHAH ALAM, 16 September 2026 – Insp. Mohd. Zamri bin Muhamad Azrain, Ketua Polis Balai Seksyen 9, bersama Sub. Insp. Mohd. Isa bin Hamzah, Timbalan Ketua Polis Balai, anggota sektor, beberapa anggota Balai Polis Seksyen 9 serta dua (2) anggota AMANITA telah menghadiri Program Gotong-Royong Hari Malaysia yang diadakan bertempat di Gazebo Jalan Raja Mahmud 9/18, Seksyen 9, Shah Alam.
Program tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Mazlan bin Lazim selaku Penasihat Persatuan Penduduk Seksyen 9, En. Mohd. Azmi bin Shaari selaku Pengerusi Persatuan Penduduk, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk, penduduk setempat serta wakil daripada Klinik Menara, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak polis dengan komuniti setempat, di samping memupuk semangat kejiranan serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan kondusif.
Gotong-royong ini dapat menggalakkan komunikasi dua hala antara pihak polis dengan penduduk setempat, khususnya dalam berkongsi maklumat, menyampaikan pandangan serta membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti serta menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam menjaga persekitaran kawasan setempat.