Jabatan Perdagangan PSA

Call Directions Website

Jabatan Perdagangan PSA Jabatan Perdagangan,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Program Underwriting & Claim Procedures for Motor Insurance telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2026 (Rabu), ja...
23/09/2026

Program Underwriting & Claim Procedures for Motor Insurance telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2026 (Rabu), jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Anjung Bestari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Program ini melibatkan pelajar Diploma Insurans (DIN) Semester 3 seramai 57 orang dan dilaksanakan dengan kerjasama alumni PSA tahun 2000, En Abdul Kudus bin Ahmad . Program ini memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai amalan sebenar industri berkaitan proses underwriting dan pengendalian tuntutan Motor Insurance, termasuk risk assessment, proses pendaftaran tuntutan, peranan insurer, adjuster dan workshop serta proses penilaian sehingga kenderaan diserahkan semula kepada insured.

Perkongsian daripada pengalaman alumni selama 15 tahun dalam industri memberi peluang kepada pelajar untuk menghubungkait pengetahuan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan prosedur dan situasi sebenar dalam industri insurans/takaful. Pendekatan sebegini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran serta kesiapsiagaan pelajar terhadap keperluan dunia pekerjaan.

Program turut berlangsung dalam suasana yang interaktif dengan penglibatan aktif para pelajar melalui sesi perkongsian, penerangan proses serta perbincangan bersama alumni PSA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada alumni PSA En Abdul Kudus bin Ahmad atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran bersama para pelajar PSA. Semoga perkongsian ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan graduan yang lebih kompeten, berpengetahuan dan bersedia menghadapi keperluan industri.

โ€œBridging Classroom Knowledge with Industry Practice.

Sesi Flag Off bersama Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), YBrs. Tuan A.Azman bin Arshad ๐Ÿ–๏ธ
22/09/2026

Sesi Flag Off bersama Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), YBrs. Tuan A.Azman bin Arshad ๐Ÿ–๏ธ

๐ŸŒโœจ BEYOND BORDERS: LEARNING, INNOVATION AND CULTURE EXCHANGE!โœจ๐ŸŒ16- 18 SEPTEMBER 2026BATAM, INDONESIA ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Jabatan Perdagan...
22/09/2026

๐ŸŒโœจ BEYOND BORDERS: LEARNING, INNOVATION AND CULTURE EXCHANGE!โœจ๐ŸŒ
16- 18 SEPTEMBER 2026
BATAM, INDONESIA ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Jabatan Perdagangan telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Batam, Indonesia sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan jaringan strategik, perkongsian ilmu serta kolaborasi antarabangsa.

Delegasi berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang memperkayakan pengalaman dan membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik:

๐Ÿ›๏ธ Cultural Discovery
Meneroka sejarah dan warisan Batam melalui kunjungan ke Muzium Batam Raja Ali Haji.

๐Ÿญ Industry Insights
Mendapat pendedahan berkaitan pembangunan industri, perdagangan dan ekosistem ekonomi Batam melalui kunjungan ke BP Batam.

๐ŸŽ“ Academic Synergy
Mengadakan sesi perkongsian dan perbincangan bersama Politeknik Negeri Batam berkaitan pelaksanaan Project-Based Learning (PBL), di samping pertukaran pengalaman pelajar bersama HMMB serta lawatan ke fasiliti pembelajaran Polibatam.

๐Ÿค Community Impact
Melaksanakan aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni komuniti setempat dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang memberi manfaat bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Politeknik Negeri Batam atas sambutan mesra dan layanan yang diberikan sepanjang program berlangsung. โค๏ธ

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan untuk kolaborasi akademik, perkongsian kepakaran dan jaringan antarabangsa antara PSA dan Polibatam pada masa hadapan.

22/09/2026
14/09/2026

๐Ÿ† FINAL PROJECT & INNOVATION COMPETITION (FPIC)
Session 1 2026/2027 โ€“ List of Winners

Congratulations to all the winning teams! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

๐Ÿฅ‡ BEST PROJECT OF FPIC
๐Ÿ“Œ Project: PAPERPAWS โ€“ PAPER BASED CAT LITTER
๐Ÿซ Class: DIN5B
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Supervisor: Dr. Sulaiman Bin Mohammed Khalid

๐Ÿฅ‡ WINNER โ€“ BEST INNOVATION
๐Ÿ“Œ Project: TalkVerse AI: Aplikasi simulasi latihan komunikasi selamat bagi pelajar introvert
๐Ÿซ Class: DPM5A
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Dr. Noordini Binti Abdullah

๐Ÿฅˆ SECOND PLACE โ€“ BEST INNOVATION
๐Ÿ“Œ Project: EcoBoostBar
๐Ÿซ Class: DPR5B
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Puan Sakdiah Binti Md Amin

๐Ÿฅ‰ THIRD PLACE โ€“ BEST INNOVATION
๐Ÿ“Œ Project: BANAFILM: A BIODEGRADABLE NURSERY POLYBAG
๐Ÿซ Class: DPI5A
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Madam Pushpalatha A/P Appanaidu

๐Ÿฅ‡ WINNER โ€“ BEST COMMERCIAL POTENTIAL
๐Ÿ“Œ Project: COZYFOLD: 7-IN-1 MULTIFUNCTIONAL AND SUSTAINABLE BLANKET
๐Ÿซ Class: DPR5A
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Pn Sharifah Yuhayu Binti Syed Hamid

๐Ÿฅˆ SECOND PLACE โ€“ BEST COMMERCIAL POTENTIAL
๐Ÿ“Œ Project: SWIFTSHOE
๐Ÿซ Class: DPI5B
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Puan Rasidah Binti Sapri

๐Ÿฅ‰ THIRD PLACE โ€“ BEST COMMERCIAL POTENTIAL
๐Ÿ“Œ Project: RUBY BURST TEA GUMMIES
๐Ÿซ Class: DPM5C
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Madam Norlela Binti Zaman

๐Ÿฅ‡ WINNER โ€“ BEST VIDEO PRESENTATION
๐Ÿ“Œ Project: Campus BizHub: The Centralized Marketplace
๐Ÿซ Class: DPI5A
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Puan Rodzaida Binti Md Alias

๐Ÿฅˆ SECOND PLACE โ€“ BEST VIDEO PRESENTATION
๐Ÿ“Œ Project: IncludeUs: An Interactive Educational Board Game For Inclusive Communication
๐Ÿซ Class: DPM5B
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Supervisor: Pn Shareh @ Shareaha Binti Din

๐Ÿฅ‰ THIRD PLACE โ€“ BEST VIDEO PRESENTATION
๐Ÿ“Œ Project: EcoBrew Candle
๐Ÿซ Class: DIN5A
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Supervisor: En. Mohammad Firdaus Bin Raduan

๐ŸŽŠ Congratulations to all students and supervisors!
๐ŸŒŸ All winners have been selected to represent FPIC at IPITEC

๐Ÿ‘ Well done and all the best for IPITEC! ๐Ÿš€

EMPOWERHER 2026 : FASA 2๐Ÿ’™ 8 SEPTEMBER 2026 ๐ŸŒฑโœจBual Bicara EmpowerHer 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh berma...
08/09/2026

EMPOWERHER 2026 : FASA 2๐Ÿ’™
8 SEPTEMBER 2026 ๐ŸŒฑโœจ

Bual Bicara EmpowerHer 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna hari ini! ๐Ÿฅฐ

Program Bual Bicara ini yang merupakan pelengkap kepada 2 fasa pelaksanaan program CSR dengan kerjasama strategik bersama HomePro dan Rumah Kita.

Bermula dengan program komuniti di Rumah Kita pada 23 Ogos 2026 yang lalu, program fasa 2 ini menghimpunkan pelajar-pelajar Diploma Insurans, Pensyarah, Panel dan wakil dari Rumah Kita serta wakil HomePro berhimpun di Auditorium Ibnu Sina, PSA bukan sekadar sesi perkongsian, tetapi satu ruang untuk berbual, berkongsi pengalaman dan membuka mata tentang pentingnya peranan komuniti dalam memperkasa wanita, menjaga kesejahteraan keluarga serta masa depan anak-anak. ๐Ÿ’ช๐Ÿปโค๏ธ

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua panel jemputan, moderator, urus setia, rakan kolaborasi HomePro & Rumah Kita, serta seluruh warga PSA yang hadir dan memberikan sokongan.

๐Ÿ‘๐Ÿป Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!
Tanpa kerjasama dan komitmen semua, tidak mungkin program ini dapat berlangsung dengan begitu baik.

Semoga EmpowerHer 2026 menjadi langkah kecil yang membawa impak besar kepada semua yang terlibat. ๐Ÿ’™๐ŸŒฟ

Kita bukan sekadar bercakap tentang perubahan. Kita bersama-sama mencipta perubahan โœจ







07/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBrs. Tuan A.Azman bin Arshad atas pelantikan sebagai Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berkuat kuasa 7 September 2026.

Seluruh warga PSA mengalu-alukan kehadiran YBrs. Tuan ke keluarga besar PSA. Semoga kepimpinan dan pengalaman yang dibawa menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, kemajuan dan pengukuhan PSA sebagai institusi TVET unggul.

Ikhlas daripada
Pengurusan dan warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

07/09/2026

๐Ÿธ๐Ÿฅˆ TAHNIAH & SYABAS CHRISTINE LAM MEI HE!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Christine Lam Mei He, atlet PKAT Badminton dan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Badminton Berpasukan Wanita di SUKMA Selangor 2026 bersama Kontinjen Pulau Pinang.

Kejayaan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat warga Politeknik Malaysia apabila bakat, disiplin dan komitmen beliau berjaya diterjemahkan di pentas sukan berprestij negara.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar pencapaian lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

โ€œWINNING MENTALITYโ€
โ€œTHINKING ATHLETESโ€

07/09/2026

Address

Politeknik Shah Alam
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60351634000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perdagangan PSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share