Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi VISI
Merealisasi "Khaira Ummah"

MISI
Bersama Mendominasi Kebenaran dan Kebaikan Islam

MOTO
"Islamic, Saviour, Obedience"

Merupakan pihak berkuasa agama di Selangor yang fokus pada hal dakwah, pendidikan Islam, pengurusan masjid, penguatkuasaan enakmen Islam dan kekeluargaan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก (๐—›๐—•๐—ฃ) ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง, ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—ž๐—”...
23/10/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก (๐—›๐—•๐—ฃ) ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง, ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—กโ€

SERENDAH, 23 OKTOBER 2026 (Jumaat) โ€“ Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor (PAIDHS) telah berjaya menganjurkan Program Hari Bersama Pelanggan PAIDHS Tahun 2026 bertempat di Masjid Nurul Iman, Serendah, Daerah Hulu Selangor.

Program yang bertemakan โ€œBersama Masyarakat, Mendekatkan Perkhidmatanโ€ ini bertujuan memperkukuh hubungan antara PAIDHS dengan masyarakat setempat, disamping meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap peranan, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan, khususnya dalam Hal Ehwal Agama Islam di peringkat daerah.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Puan Rabihah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi memeriahkan program, antaranya Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Gubahan Kain Batik Sarung oleh Muslimat Kariah Masjid Nurul Iman Serendah, sesi โ€œTanya Pegawaiโ€, Kaunter Perkhidmatan Khas, Bicara Dari Meja Tok Kadi, Customer Challenge serta Kuiz Interaktif yang mendapat perhatian dan penyertaan daripada para pengunjung yang hadir.

Pelaksanaan program ini juga menjadi platform penting bagi PAIDHS mendengar pandangan, mengenal pasti keperluan dan memahami maklum balas masyarakat secara lebih dekat. Pendekatan mesra pelanggan seperti ini diharapkan dapat membantu jabatan mengenal pasti ruang penambahbaikan, memperkukuh komunikasi dua hala serta memastikan perkhidmatan yang disampaikan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

PAIDHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya pihak pengurusan Masjid Nurul Iman, Serendah yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Semoga penganjuran program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan agama yang lebih mesra, prihatin, berkualiti dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan ummah.



๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—”...
22/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—จ)

SHAH ALAM, 22 Oktober 2026 โ€“ Semua Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) sehingga sebarang pemakluman rasmi oleh JAIS. Sekolah Islam Persendirian juga hendaklah mengikuti ketetapan ini.

Namun, ibu bapa/penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan mereka, dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah diminta untuk menangguhkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup separuh muka sebagai langkah berjaga-jaga. Pelajar yang mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah.

Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan, serta tidak membuat sebarang andaian berkaitan pengoperasian sekolah.

Maklumat lanjut mengenai operasi sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JAIS dari semasa ke semasa.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›๐—ญ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐——๐—ฃ๐— ๐—ฆ, ๐—ฃ๐—ฃ๐—ง
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
22 Oktober 2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—”...
21/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—จ)

SHAH ALAM, 21 Oktober 2026 โ€“ Semua Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa pada ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€) sehingga sebarang pemakluman rasmi oleh JAIS. Sekolah Islam Persendirian juga hendaklah mengikuti ketetapan ini.

Namun, ibu bapa/penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan mereka, dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah diminta untuk menangguhkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup separuh muka sebagai langkah berjaga-jaga. Pelajar yang mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah.

Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan, serta tidak membuat sebarang andaian berkaitan pengoperasian sekolah.

Maklumat lanjut mengenai operasi sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JAIS dari semasa ke semasa.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.


๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›๐—ญ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐——๐—ฃ๐— ๐—ฆ, ๐—ฃ๐—ฃ๐—ง
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
21 Oktober 2026

๐Ÿ’Œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐Ÿ’Œ๐Ÿ—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—งJangan tunggu hubungan semakin jauh untuk mula berbincang. Luahkan ...
21/10/2026

๐Ÿ’Œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐Ÿ’Œ

๐Ÿ—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ง

Jangan tunggu hubungan semakin jauh untuk mula berbincang. Luahkan apa yang dirasai, belajar untuk saling mendengar dan cari jalan keluar bersama.

Masalah kecil yang tidak dibincang boleh menjadi beban yang besar.

Jika masalah rumah tangga semakin sukar diselesaikan, jangan hadapi seorang diri. Dapatkan nasihat dan bantuan yang sewajarnya.

โœจ Keluarga yang bahagia bermula dengan komunikasi yang baik.

๐Ÿ“ณIkuti JAIS untuk lebih info dan trivia kekeluargaan https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—ง๐—ข๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKLANG, 18 OKTOBER 2026 - Kongres Tok Batin Negeri Selangor 2026 telah dianjurkan o...
20/10/2026

๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—ง๐—ข๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KLANG, 18 OKTOBER 2026 - Kongres Tok Batin Negeri Selangor 2026 telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS) bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi agama dengan kepimpinan masyarakat Orang Asli. Program ini telah menghimpunkan seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada Tok Batin dari seluruh Negeri Selangor, Daie JAIS dan Daie YADIM. Antara pengisian utama kongres ialah sesi dialog yang membincangkan pendekatan dakwah, isu-isu semasa serta perkara berkaitan kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Pada sesi sidang dialog, Ustaz Nazrul bin Kamal, Daie JAIS, telah menekankan tiga aspek utama dalam pelaksanaan dakwah Islam, iaitu memulakan usaha dakwah melalui program berskala kecil yang bersesuaian dengan keperluan komuniti, melaksanakan tindakan susulan secara berterusan bagi memastikan masyarakat yang dibimbing terus mendapat perhatian dan bimbingan, serta menyantuni Tok Batin dan komuniti setempat melalui pendekatan yang berhikmah, mesra dan penuh keprihatinan. Pendekatan ini penting bagi memastikan usaha dakwah tidak terhenti setakat penyampaian ilmu, sebaliknya mampu membina kefahaman agama, memperkukuh akidah dan meningkatkan penghayatan Islam secara berterusan.

Sementara itu, Tok Batin Othman bin Abdullah, selaku panel kedua, telah menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dalam memastikan generasi muda Orang Asli mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Usaha ini penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, membangunkan potensi diri dan seterusnya memajukan komuniti mereka. Sokongan berterusan daripada agensi berkaitan dilihat sebagai elemen penting dalam melahirkan generasi Orang Asli yang berpendidikan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Secara keseluruhannya, Kongres Tok Batin Negeri Selangor 2026 telah menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara JAIS, para pendakwah dan kepimpinan masyarakat Orang Asli. Penganjuran kongres ini diharapkan dapat memperkemas gerak kerja dakwah Islam agar dilaksanakan secara lebih tersusun, berterusan dan berkesan. Di samping itu, kerjasama strategik antara agensi dan pemimpin komuniti diharap dapat terus diperkukuh bagi meningkatkan kefahaman serta penghayatan Islam, memperjuangkan kebajikan dan pendidikan masyarakat, serta membina hubungan yang harmoni antara institusi agama dengan masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor.



20/10/2026

๐—œ๐—๐—ง๐—œ๐— ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ



๐Ÿ“ข ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—ฆ๐—œ๐——๐—œ ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—Ÿ๐—ง๐—œ๐—ญ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ฅ๐——๐—›๐—จ ๐—”๐—œ๐—ก (๐—œ๐—ฃ๐—™๐—”) Menyedari kepentingan pen...
20/10/2026

๐Ÿ“ข ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—ฆ๐—œ๐——๐—œ ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—Ÿ๐—ง๐—œ๐—ญ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ฅ๐——๐—›๐—จ ๐—”๐—œ๐—ก (๐—œ๐—ฃ๐—™๐—”)

Menyedari kepentingan pendidikan agama serta keperluan meringankan beban kewangan keluarga, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Bantuan Subsidi Yuran Sekolah KAFA sebanyak RM30 menerusi program Iltizam Pendidikan Fardhu Ain (IPFA) yang boleh dimohon melalui Portal AKSES.

๐Ÿ“… ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก:
๐Ÿ—“๏ธ 20 hingga 31 Oktober 2026

๐Ÿ“ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก:

โœ… Langkah 1: Layari Portal AKSES di https://akses.selangor.gov.my

โœ… Langkah 2: Daftar akaun menggunakan nombor kad pengenalan dan lengkapkan pengesahan e-mel.

โœ… Langkah 3: Lengkapkan profil pengguna dengan maklumat peribadi, tempat tinggal, pasangan dan anak.

โœ… Langkah 4: Pilih program Iltizam Pendidikan Fardhu Ain (IPFA), lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

โœ… Langkah 5: Hantar permohonan dan cetak slip sebagai rujukan.

๐Ÿ“‚ ๐Ÿฑ ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก:

1. Salinan kad pengenalan
2. Penyata gaji
3. Penyata bank
4. Surat beranak anak
5. Surat pengesahan sekolah KAFAI

โš ๏ธ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š:
Pastikan maklumat dan dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu sebelum atau pada 31 Oktober 2026.

๐Ÿ“ฃ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”, ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—œ๐—ก๐—œ!

Semak kelayakan, sediakan dokumen dan buat permohonan sekarang. Sebarkan hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga dan ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah KAFA agar lebih ramai mendapat maklumat tentang bantuan ini.

๐ŸŒŸ Merealisasikan โ€œKhaira Ummahโ€


๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—ฆ๐—”๐—ก) ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅDimaklumkan bahawa SAN di negeri Selangor beroperasi...
20/10/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—ฆ๐—”๐—ก) ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

Dimaklumkan bahawa SAN di negeri Selangor beroperasi seperti biasa.

Ibu bapa/penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

Disarankan memakai pelitup separuh muka dan menangguhkan aktiviti luar kelas.

Sekolah Islam Persendirian turut diminta mengikuti ketetapan ini.

๐Ÿ“ณIkuti JAIS di segenap platform untuk lebih perkongsian keagamaan.
https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b



20/10/2026

IJTIMAK PEMEGANG TAULIAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (...
20/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐——๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—จ)

SHAH ALAM, 20 Oktober 2026 โ€“ Semua Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa pada ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚) sehingga sebarang pemakluman rasmi oleh JAIS. Sekolah Islam Persendirian juga hendaklah mengikut ketetapan ini.

Namun, ibu bapa/penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan mereka, dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah diminta untuk menangguhkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup separuh muka sebagai langkah berjaga-jaga. Pelajar yang mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah.

Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan, serta tidak membuat sebarang andaian berkaitan pengoperasian sekolah.

Maklumat lanjut mengenai operasi sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JAIS dari semasa ke semasa.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›๐—ญ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐——๐—ฃ๐— ๐—ฆ, ๐—ฃ๐—ฃ๐—ง
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
20 Oktober 2026

Address

Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 16:30

Telephone

+60355143600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi:

Shortcuts

Share