SK Taman Sri Muda 2

Call Directions Website

SK Taman Sri Muda 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Taman Sri Muda 2, Public School, Sekolah Kebangsaan Taman sri muda 2 shah alam, Shah Alam.

🇲🇾 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati🎊 MAJLIS PENUT...
17/09/2026

🇲🇾 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

🎊 MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2026 🎊
📅 15 September 2026 (Selasa)
📍 Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)

Alhamdulillah, tirai Sambutan Hari Kemerdekaan 2026 telah dilabuhkan dengan penuh meriah dan semangat patriotisme. 🇲🇾❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir, penyelaras program, semua guru, warga sekolah serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. 🤝✨

Semoga semangat cintakan negara terus mekar dalam jiwa anak-anak SK Taman Sri Muda (2).

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
❤️
‘ Kemerdekaan2026

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati🇲🇾✨ GEMILANG MERDEKA, SEMARAK PATRIOTISME! ✨🇲🇾🎉 PERAGAAN TOPI MERDEKA TAHAP 2 & ...
13/09/2026

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

🇲🇾✨ GEMILANG MERDEKA, SEMARAK PATRIOTISME! ✨🇲🇾
🎉 PERAGAAN TOPI MERDEKA TAHAP 2 & PERAGAAN SEPANDUK MERDEKA TAHAP 1 🎉

Tanggal 11 September 2026, Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2) telah diserikan dengan gelagat ceria, kreativiti luar biasa dan semangat patriotisme anak-anak dalam menjayakan Peragaan Topi Merdeka Tahap 2 dan Peragaan Sepanduk Merdeka Tahap 1. 🇲🇾❤️

🌟 Setiap topi dan sepanduk yang dihasilkan bukan sekadar penuh warna-warni, malah menjadi simbol kreativiti, keberanian, kerjasama dan kecintaan terhadap tanah air.

👏 Sorakan dan sokongan yang diberikan turut memeriahkan suasana, menjadikan program ini satu kenangan indah buat seluruh warga sekolah.

🏆 SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan persembahan terbaik serta menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kalian semua adalah kebanggaan sekolah! ❤️

🌹 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan guru yang bertungkus-lumus merancang dan menjayakan program ini serta kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan kerjasama dalam memastikan anak-anak dapat mengambil bahagian dengan penuh semangat.

💙🤍 Sesungguhnya, kejayaan sesuatu program bukan hanya terletak pada kemeriahannya, tetapi pada semangat kebersamaan seluruh warga sekolah dan sokongan ibu bapa yang sentiasa berdiri teguh di belakang anak-anak.

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN SEMANGAT MERDEKA!
🇲🇾 KITA MERDEKA, KITA BERSATU, KITA GEMILANG! 🇲🇾

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” 🎊🇲🇾❤️

❤️






🇲🇾 SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾Tarikh : 14 Ogos 2026Sesi : PagiHari : JumaatMasa : 8.00 pagi - 9.00 pagiTempa...
24/08/2026

🇲🇾 SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾

Tarikh : 14 Ogos 2026
Sesi : Pagi
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Semarak SK Taman Sri Muda (2)

Alhamdulillah, Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik. 🇲🇾❤️

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara serta memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati! 🇲🇾✨

❤️

💫Majlis Pelancaran Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar 2026Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjemput wak...
21/08/2026

💫Majlis Pelancaran Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar 2026

Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjemput wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah terpilih dalam kalangan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFAM) untuk turut hadir serta ke Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa,Klang pada 20 Ogos 2026.
Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor,YBHG. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini.

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2) telah turut serta dalam majlis ini melibatkan Guru Besar,Penolong Kanan,Guru Penyelaras dan 3 wakil murid dalam program MAIS.

Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku merupakan inisiatif pihak MAIS untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk terus menampung perbelanjaan makanan dan minuman murid. Setiap murid yang terpilih layak menerima kupon wang sebanyak RM500 yang diberikan RM5 sehari bagi perbelanjaan makanan dan minuman di kantin sepanjang tempoh persekolahan.

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk terus meringankan beban golongan keluarga yang kurang berkemampuan.

❤️

🇲🇾✨ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 ✨🇲🇾Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2...
20/08/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 ✨🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 bagi Sesi Petang pada 14 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2).

Sambutan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. 🇲🇾❤️

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan Bulan Kebangsaan serta memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan rasa bangga sebagai anak Malaysia. 🎉

📅 Tarikh: 14 Ogos 2026
📆 Hari: Jumaat
⏰ Masa: 2.00 – 3.30 petang
📍 Tempat: Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)
🌇 Sesi: Petang

Semoga sambutan ini terus menyemai rasa sayang, bangga dan setia kepada tanah air dalam diri setiap murid. ❤️🇲🇾

❤️

🦟🍽️ TAKLIMAT PENCEGAHAN DEMAM DENGGI & KEBERSIHAN PEMAKANAN DI KANTIN 🍽️🦟Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Berka...
20/08/2026

🦟🍽️ TAKLIMAT PENCEGAHAN DEMAM DENGGI & KEBERSIHAN PEMAKANAN DI KANTIN 🍽️🦟

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Berkaitan Pencegahan dan Pelaporan Kes Demam Denggi serta Kebersihan Pemakanan di Kantin bagi Sesi Pagi pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2).

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang langkah-langkah pencegahan demam denggi, kepentingan pelaporan kes dengan segera serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah. 🧹🦟🥗

Melalui taklimat ini, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan kondusif, di samping mengamalkan pemakanan yang bersih dan sihat. 🌿✨

📅 Tarikh: 13 Ogos 2026
📆 Hari: Khamis
📍 Tempat: Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)
🌞 Sesi: Pagi

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan taklimat ini. Semoga usaha bersama ini dapat membentuk budaya sekolah yang lebih bersih, sihat dan prihatin terhadap kesihatan. 💚

❤️

🦷✨ PROGRAM PENJAGAAN GIGI BERSAMA PEPSODENT ✨🦷Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penjagaan Gigi Bersama Pepsodent ...
20/08/2026

🦷✨ PROGRAM PENJAGAAN GIGI BERSAMA PEPSODENT ✨🦷

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penjagaan Gigi Bersama Pepsodent melibatkan murid Tahap 1 Tahun 1 pada 11 Ogos 2026 (Selasa).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, di samping membimbing mereka mengamalkan teknik penjagaan gigi yang betul sejak usia muda. 🪥😁

Murid-murid turut berpeluang mengikuti sesi pembelajaran yang menarik dan interaktif, menjadikan pendidikan penjagaan gigi lebih menyeronokkan dan mudah difahami. 🌟

📅 Tarikh: 11 Ogos 2026
📆 Hari: Selasa
⏰ Masa: 3.20 – 3.50 petang
👧🏻👦🏻 Sasaran: Murid Tahap 1 Tahun 1

Semoga program ini dapat memupuk kesedaran dalam diri murid untuk sentiasa menjaga kesihatan gigi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 🦷💙

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🌷

❤️

✨ PROGRAM WAKALAH 2026 ✨Alhamdulillah, telah berlangsung Program Wakalah pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Kem Bumi...
20/08/2026

✨ PROGRAM WAKALAH 2026 ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Wakalah pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun. 🌿

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama, disiplin serta kemahiran kepimpinan melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. 💪🏻🤝🏻

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat menjadi kenangan bermakna serta memberi manfaat kepada semua peserta. 🌟

📅 Tarikh: 7–9 Ogos 2026
📍 Tempat: Kem Bumi Jati, Jalan Kebun

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Wakalah 2026! 👏🏻✨

❤️

🏆 TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN SRI MUDA (2)!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Bal...
07/08/2026

🏆 TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN SRI MUDA (2)!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SK Taman Sri Muda (2) atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Perdana 2026.

✨ Pencapaian yang diraih:
🥈 Naib Johan Bola Baling Kategori L12
🏅 Tempat Ke-4 Bola Baling Kategori P12
🥉 Tempat Ke-3 Keseluruhan Sekolah Rendah

Ucapan penghargaan dan tahniah yang tidak terhingga dirakamkan kepada para jurulatih, Encik Muhamad Nasyrul Syahmi bin Sahrom dan Encik Md Hasren bin Munit atas dedikasi, komitmen serta usaha gigih dalam membimbing pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Sekalung penghargaan dizahirkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan pentadbir, Jawatankuasa Bola Baling, PIBG serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, komitmen para jurulatih, sokongan padu pihak sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi dorongan dan kepercayaan kepada pasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berlatih dengan lebih gigih dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Bola Baling SK Taman Sri Muda (2)!💙💛

❤️

Address

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2 Shah Alam
Shah Alam
40400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Sri Muda 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category