Lembaga Urus Air Selangor

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Urus Air Selangor A State of Selangor's agency who manages water resources. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) is responsible in managing the State of Selangor's water resources.

LUAS integrates actions with other relevant agencies in making sure the availability and the quality of water resources.

{HEBAHAN}LUAS telah menghadiri Majlis Peluncuran Buku Garis Panduan Pemeriksaan Keselamatan Empangan, Sistem MyEmpangan,...
06/10/2026

{HEBAHAN}

LUAS telah menghadiri Majlis Peluncuran Buku Garis Panduan Pemeriksaan Keselamatan Empangan, Sistem MyEmpangan, Pelan Strategik Jabatan Bekalan Air 2026–2030 dan Coffee Table Book yang berlangsung di Putrajaya.

Kehadiran LUAS telah diwakili Pn. Siti Haida Binti Ramli, Jurutera. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, YBhg. Datuk Ir. Ts. Anita Binti Mohamed Shafie.

Majlis anjuran Jabatan Bekalan Air (JBA) ini mengetengahkan beberapa inisiatif penting dalam memperkukuh pengurusan dan keselamatan infrastruktur air negara. Antaranya ialah Garis Panduan Pemeriksaan Keselamatan Empangan yang dibangunkan sebagai rujukan rasmi bagi memperkukuh aspek pengurusan, pemantauan, pemeriksaan dan penyelenggaraan keselamatan empangan di Malaysia.

LUAS sentiasa seiring dan menyokong usaha memperkukuh keselamatan empangan, pengurusan sumber air yang mampan serta kerjasama strategik antara agensi ke arah pengurusan sumber air yang lebih cekap dan berkesan.






{HEBAHAN}LUAS telah menyertai Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2026 yang berlangsung selama dua h...
06/10/2026

{HEBAHAN}

LUAS telah menyertai Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Konvensyen anjuran Kerajaan Negeri Sabah melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, warga syarikat berkepentingan kerajaan, pengurusan tertinggi, Ketua Pegawai Integriti dan Governans (CIGO) serta pegawai integriti daripada pelbagai agensi dan organisasi.

Konvensyen berprestij ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Y.B. Datuk Zainudin Bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah, wakil-wakil SPRM serta wakil daripada pelbagai agensi dan organisasi.

Bertemakan “Integriti Memacu Tatakelola Sabah Maju Jaya”, KITA 2026 menjadi platform strategik dalam memperkukuh aspek Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) menerusi perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik. Konvensyen ini turut memberi penekanan terhadap kepimpinan berintegriti, akauntabiliti, ketelusan serta pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi dalam organisasi.

Penyertaan LUAS diwakili kakitangan Unit Integriti En. Ahmad Muzzamel Bin Albakri dan En. Muhammad Haekal Bin Raman, masing-masing Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir. LUAS terus komited untuk meningkatkan pengetahuan, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam aspek integriti, governans dan pencegahan rasuah.






{HEBAHAN} LUAS hari ini juga turut melaksanakan pemantauan dan pensampelan melalui River Monitoring Programme (RMP) di k...
06/10/2026

{HEBAHAN}

LUAS hari ini juga turut melaksanakan pemantauan dan pensampelan melalui River Monitoring Programme (RMP) di kawasan sekitar Labohan Dagang bagi mengenalpasti bacaan kualiti air sungai semasa. Pelaksanaan RMP hari ini melibatkan kawasan sekitar Sungai Langat. LUAS kini aktif dalam pelaksanaan RMP di setiap lembangan sungai-sungai utama negeri bagi merekodkan bacaan semasa Indeks Kualiti Air (IKA) sungai yang juga merupakan langkah pencegahan serta mitigasi awal terhadap sebarang risiko yang berpotensi menyumbang kepada penurunan/permasalahan kualiti air sungai.

Hasil pensampelan di semua sungai yang terlibat dihantar ke makmal LUAS bagi tujuan semakan dan analisa selanjutnya.






LUAS hari ini ke Kuala Langat dan Kuang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan air...
06/10/2026

LUAS hari ini ke Kuala Langat dan Kuang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan air permukaan. Pemeriksaan melibatkan aktiviti pembangunan, membancuh simen dan aktiviti kuari.

Semakan LUAS mendapati aktiviti-aktiviti tersebut patuh kepada syarat-syarat Lesen Abstraksi Air Bumi dan Air Permukaan yang dikeluarkan oleh LUAS.

LUAS proaktif menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengambilan air permukaan dan air bumi di Selangor demi memastikan jumlah pengambilan serta penggunaanya adalah terkawal. Pastikan juga anda memperoleh lesen daripada LUAS terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti abstraksi air dijalankan. Sedar, cakna dan bertindak.







Hari ini LUAS ke Bagan Pasir, Meru, Rawang, Kundang ,Teluk Panglima Garang,,Dengkil, Puchong, Subang dan Sepang  bagi me...
06/10/2026

Hari ini LUAS ke Bagan Pasir, Meru, Rawang, Kundang ,Teluk Panglima Garang,,Dengkil, Puchong, Subang dan Sepang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar melibatkan tapak projek aktiviti pembangunan. Pemantauan hari ini dijalankan untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan oleh LUAS serta memberi peringatan agar tiada sebarang aktiviti yang boleh merisikokan sumber air berhampiran tapak.

Hasil pemeriksaan LUAS mendapati pemegang lesen patuh akan syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan di dalam memastikan keselamatan tapak serta sumber air berhampiran sentiasa berada dalam keadaan terjaga/terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Ka...
06/10/2026

Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Kapar, Klang. Aktiviti pengubahan sumber merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan atau memberi impak kepada sumber air. Pemantauan LUAS hari ini melibatkan aktiviti pembinaan kolam.

Pemantauan LUAS adalah untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memastikan tiada sebarang aktiviti yang berisiko mengundang kepada permasalahan sumber air. Berdasarkan semakan di tapak, kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, keadaan semasa di lapangan dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







06/10/2026
Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Sh...
05/10/2026

Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Shah Alam. Aktiviti pengubahan sumber merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan atau memberi impak kepada sumber air. Pemantauan LUAS hari ini melibatkan aktiviti pembinaan bangunan.

Pemantauan LUAS adalah untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memastikan tiada sebarang aktiviti yang berisiko mengundang kepada permasalahan sumber air. Berdasarkan semakan di tapak, kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut sedang dilaksanakan. Pasukan LUAS melaksanakan pemantauan/rondaan bagi memastikan kerja-kerja tersebut tidak menjejaskan/memberi impak kepada sumber air berhampiran. Secara keseluruhannya, keadaan semasa di lokasi dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







LUAS hari ini ke Kajang, Subang dan Kuang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan a...
05/10/2026

LUAS hari ini ke Kajang, Subang dan Kuang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan air permukaan. Pemeriksaan melibatkan aktiviti membancuh batu bata dan aktiviti pembangunan serta industri.

Semakan LUAS mendapati aktiviti-aktiviti tersebut patuh kepada syarat-syarat Lesen Abstraksi Air Bumi dan Air Permukaan yang dikeluarkan oleh LUAS.

LUAS proaktif menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengambilan air permukaan dan air bumi di Selangor demi memastikan jumlah pengambilan serta penggunaanya adalah terkawal. Pastikan juga anda memperoleh lesen daripada LUAS terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti abstraksi air dijalankan. Sedar, cakna dan bertindak.







Hari ini LUAS ke Sijangkang dan Puncak Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan B...
05/10/2026

Hari ini LUAS ke Sijangkang dan Puncak Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar melibatkan tapak projek aktiviti pembangunan/kerja tanah. Pemantauan hari ini dijalankan untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan oleh LUAS serta memberi peringatan agar tiada sebarang aktiviti yang boleh merisikokan sumber air berhampiran tapak.

Hasil pemeriksaan LUAS mendapati pemegang lesen patuh akan syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan di dalam memastikan keselamatan tapak serta sumber air berhampiran sentiasa berada dalam keadaan terjaga/terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







Address

Tingkat 12 & 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355111800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Urus Air Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Urus Air Selangor:

Share