Yayasan MBI

Directions Website Contact the organization

Yayasan MBI Akaun Rasmi Yayasan MBI yang mendukung usaha Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Kelestarian dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.

07/10/2026

Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama pasukan telah menyerahkan sebanyak 5,000 kotak pelitup muka kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Sumbangan ini merupakan salah satu usaha Yayasan MBI dalam membantu menghadapi situasi jerebu yang semakin membimbangkan susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Daripada jumlah tersebut, 3,000 kotak pelitup muka untuk dewasa dan 2,000 kotak untuk kanak-kanak telah disumbangkan.

Yayasan MBI sentiasa cakna terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya ketika berdepan situasi bencana dan kecemasan. Semoga sumbangan ini dapat membantu melindungi rakyat serta mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.



Semalam, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama pasukan telah menyerahkan 5,000 kotak pelitup muka kepada ...
07/10/2026

Semalam, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama pasukan telah menyerahkan 5,000 kotak pelitup muka kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor susulan situasi jerebu yang semakin membimbangkan.

Sumbangan tersebut terdiri daripada 3,000 kotak pelitup muka dewasa dan 2,000 kotak pelitup muka kanak-kanak sebagai usaha membantu melindungi masyarakat daripada kesan jerebu.

Yayasan MBI sentiasa cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan membantu kita semua kekal selamat.



Hari ini telah berlangsung Program Sumbangan Bantuan Yayasan MBI dalam bidang sukan, pendidikan dan bantuan sara hidup y...
07/10/2026

Hari ini telah berlangsung Program Sumbangan Bantuan Yayasan MBI dalam bidang sukan, pendidikan dan bantuan sara hidup yang disempurnakan oleh Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor di Pejabat Urusan MBI Selangor, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Seramai 15 penerima telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM31,000. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban serta memberi sokongan kepada penerima dalam meneruskan keperluan dan usaha masing-masing.

Yayasan MBI akan terus komited dalam menyantuni masyarakat melalui pelbagai bentuk bantuan, khususnya dalam aspek pendidikan, sukan dan kebajikan, demi memastikan manfaat dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin. Yayasan MBI, sentiasa cakna dan bersama masyarakat.



07/10/2026

Semalam, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, UPEN dan SIRIM Academy menyerahkan packaging yang diiktiraf SIRIM kepada 25 usahawan Platform Selangor.

Inisiatif ini memberi peluang kepada usahawan mengikuti latihan reka bentuk packaging secara percuma bagi meningkatkan kualiti dan daya saing produk.

Yayasan MBI komited untuk terus menyokong dan memperkasa usahawan Selangor melalui pelbagai inisiatif yang bermanfaat.



Semalam, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selango...
06/10/2026

Semalam, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor bersama YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, UPEN dan SIRIM Academy telah menyerahkan bungkusan (packaging) yang telah diiktiraf dan diluluskan oleh pihak SIRIM kepada usahawan Platform Selangor.

Seramai 25 usahawan Platform Selangor telah mengikuti latihan dan kursus reka bentuk packaging secara percuma sebagai satu inisiatif membantu usahawan meningkatkan kualiti, penampilan serta nilai komersial produk mereka agar lebih berdaya saing.

Yayasan MBI akan terus menyokong usaha memperkasa usahawan tempatan melalui pelbagai inisiatif dan peluang yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan serta meningkatkan potensi produk anak-anak Selangor.



Bingkisan perasmian Anugerah Prestij Akademik Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor ya...
06/10/2026

Bingkisan perasmian Anugerah Prestij Akademik Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor yang disempurnakan oleh Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor.

Majlis ini menjadi wadah untuk meraikan serta menghargai kecemerlangan warga pendidikan Negeri Selangor yang terus memainkan peranan penting dalam memperkasa kualiti pendidikan dan membentuk generasi masa hadapan.

Yayasan MBI sentiasa menyokong usaha memperkukuh ekosistem pendidikan Selangor serta menghargai dedikasi para pendidik dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak.



06/10/2026

Semalam Ketua Yayasan MBI telah merasmikan Majlis Anugerah Prestij Akademik Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor yang meraikan kecemerlangan warga pendidikan Negeri Selangor dalam mengangkat aspirasi pendidikan.

Pada hari yang sama, Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri juga telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup K-SEMANIS’26 – Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor di Klang.

Yayasan MBI akan terus menyokong usaha memperkukuh pendidikan, kecemerlangan akademik serta budaya inovasi demi masa depan Selangor yang lebih gemilang.



Yayasan MBI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik serta para murid atas kejayaan m...
06/10/2026

Yayasan MBI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik serta para murid atas kejayaan menjayakan K-SEMANIS’26 – Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor, sebuah wadah yang menghimpunkan idea, kreativiti dan inovasi dalam memperkasa landskap pendidikan di Selangor.

Majlis Penutupan K-SEMANIS’26 telah disempurnakan oleh Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor. Dalam ucapan beliau, Yayasan MBI turut mengumumkan tambahan sumbangan tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap pemenang bagi 9 Anugerah yang dipertandingkan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian, usaha dan kreativiti yang telah ditonjolkan.

Bagi Yayasan MBI, setiap pencapaian yang diraikan bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi merupakan bukti bahawa anak-anak Selangor mempunyai potensi besar untuk mencipta, berinovasi dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya. Semoga K-SEMANIS terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya inovasi serta melahirkan generasi yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan berani membawa idea baharu untuk masa hadapan.

Tahniah kepada semua pemenang, warga pendidik dan seluruh pihak yang menjayakan K-SEMANIS’26. Teruskan mencipta, teruskan menginspirasi.



Bingkisan Yayasan MBI bersama warga SK Bandar Rinching dalam Program Lawatan Sosial Sihat dan Perasmian Sunnah Dimension...
04/10/2026

Bingkisan Yayasan MBI bersama warga SK Bandar Rinching dalam Program Lawatan Sosial Sihat dan Perasmian Sunnah Dimension Zone 2026 yang disempurnakan oleh Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor pada jumaat lepas.

Dalam program ini, Yayasan MBI turut menyumbangkan RM20,000 bagi membantu kerja-kerja pembaikan fasiliti sekolah yang rosak demi keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

Yayasan MBI akan terus cakna dalam menyokong keperluan pendidikan serta kesejahteraan warga sekolah di Selangor.

Address

Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Section 14
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan MBI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan MBI:

Shortcuts

Share