16/07/2026
Jabatan Pertanian Kupas Isu โDurian Murah, Masihkah Berkualiti?โ dalam Podcast CAMBAH Siri 2
Benarkah durian yang dijual pada harga murah tidak lagi berkualiti? Persoalan yang sering menjadi tanda tanya pengguna ketika musim durian ini bakal dikupas secara menyeluruh menerusi Podcast CAMBAH Siri 2 bertajuk โDurian Murah, Masihkah Berkualiti?โ yang akan bersiaran dari Ladang Durian, Kompleks Pertanian Serdang.
Podcast selama satu jam ini menghimpunkan pandangan daripada pakar Jabatan Pertanian dan pengusaha durian bagi menjelaskan faktor sebenar yang mempengaruhi harga durian, termasuk musim pengeluaran, permintaan pasaran, eksport, logistik serta lambakan hasil.
Perbincangan turut memberi kefahaman bahawa harga yang lebih rendah tidak semestinya mencerminkan penurunan kualiti buah.
Panel jemputan terdiri daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Mohd Zahir Dahalan, yang akan berkongsi fakta teknikal mengenai penilaian kualiti durian, amalan agronomi terbaik serta peranan Jabatan Pertanian dalam membangunkan industri durian negara.
Turut bersama ialah Mohammad Izzat Ismail, pengusaha Dusun Cikgu Mail yang memiliki pensijilan myGAP, berkongsi pengalaman sebenar mengusahakan kebun durian, cabaran yang dihadapi serta kisah di sebalik penghasilan buah berkualiti.
Podcast ini dikendalikan oleh Ahmad Fikri Mohd Samsudin dari Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Pertanian.
Selain membincangkan isu harga dan kualiti, podcast ini turut mengetengahkan demonstrasi mengenal pasti durian berkualiti, sesi "Mitos atau Fakta", perkongsian teknologi serta amalan agronomi moden, di samping mengupas potensi industri durian Malaysia pada masa hadapan.
Kandungan ini disusun bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap durian tempatan serta menggalakkan rakyat terus menyokong industri durian negara.
Orang ramai dijemput mengikuti Podcast CAMBAH Siri 2: Durian Murah, Masihkah Berkualiti? pada 16 Julai 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang, dan bersama-sama memperoleh fakta tepat terus daripada pakar industri serta pengusaha yang berpengalaman.
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik sebiji durian tempatan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia