Bakti Suci Holdings Sdn Bhd

Directions Website Contact the organization

Bakti Suci Holdings Sdn Bhd • Pembersihan | Penyelenggaraan | Pembinaan
• Sejak tahun 1982
• Anak Syarikat MAIS Bakti Suci Holdings Sdn Bhd mempunyai 3 (Tiga) Anak Syarikat :

i.

Bakti Suci Properties Sdn Bhd
ii. Bakti Suci Integrated Services Sdn Bhd
iii. Bakti Suci Solutions Sdn Bhd

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENGARAH KEWANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, YBRS. PUAN AZIRA BINTI HJ. YUNUS @ IMRANSekalung ...
02/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENGARAH KEWANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, YBRS. PUAN AZIRA BINTI HJ. YUNUS @ IMRAN

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Ybrs. Puan Azira Binti Hj. Yunus @ Imran sebagai Pengarah Kewangan MAIS yang akan memulakan tugasnya berkuat kuasa pada 1hb Oktober 2026.
Selamat menjalankan tugas dan amanah baharu.

Ikhlas Daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Warga Kakitangan Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB)

𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. (𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐅𝐅𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓...
01/10/2026

𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. (𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐅𝐅𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐈𝐒

30 September 2026, Shah Alam

BSHSB merakam penghargaan terima kasih diatas jemputan ke Majlis Penghargaan Rakan Media dan Pelancaran AFFIN BANK sebagai rakan strategik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Shah Alam tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS dan Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, disaksikan oleh Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS, dan Tuan Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir, Ketua Divisyen Syariah, AFFIN ISLAMIC.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalin kerjasama strategik dengan Affin Islamic Bank Berhad bertujuan meningkatkan capaian masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan MAIS, khususnya berkaitan pengurusan harta berlandaskan syariah.

Dalam majlis yang sama, MAIS turut meraikan pengamal media dengan menghimpunkan daripada pelbagai agensi sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan peranan penting media dalam menyampaikan informasi dan perkembangan semasa berkaitan MAIS kepada umum. Antara media yang hadir ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Selangor, TV Alhijrah, RTM, JAKIM, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Kosmo, Bernama, dan Radio IKIM.

Majlis yang penuh gemilang ini bukan sahaja meraikan sumbangan pengamal media, malah menjadi wadah terbaik dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan bertukar pandangan demi memajukan industri.

BSHSB berharap hubungan kolaboratif yang erat ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan. Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur atas penganjuran majlis yang sangat berjaya ini.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗘𝗜𝗠𝗔𝗡, 𝗞𝗔𝗠𝗣O𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF SIVIL, ...
18/09/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗘𝗜𝗠𝗔𝗡, 𝗞𝗔𝗠𝗣O𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗥𝗨

PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NAIK TARAF SIVIL, ELEKTRIK DAN MEKANIKAL BANGUNAN REPLIKA DAN BANGUNAN KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPONG BARU KUALA LUMPUR
KONTRAKTOR -BAKTI SUCI PROPERTIES SDN. BHD.

16 September 2026, Kuala Lumpur

Satu lawatan tapak yang dihadiri oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan ke Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru.Turut mengiringi lawatan tersebut adalah YAD Dato' Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB),Tuan Hazlan Bin Hashim,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BSHSB,Tuan Mohd Nuri bin Abd Aziz, Pengurus Besar, Bahagian Pembinaan Bakti Suci Properties Sdn. Bhd. (BSPSB). Masa lawatan tersebut adalah pada 1.30 petang bagi meninjau perkembangan dan tumpuan keadaan semasa kerja-kerja pembaikan Bangunan Kelab Sultan Sulaiman serta Bangunan Replika.

Lawatan tersebut turut disertai delegasi utama YBrs. Ir. Haji Shukri bin Ishak Pengarah JKR Selangor, Jurutera Tempatan 2, Pejabat SUK Tuan Ahmad Hasbullah Mahmud Dan Tuan Sr. Ahmad Nazmi bin Razali, Penolong Setiausaha (Aset) SUK serta kehadiran wakil- wakil pegawai dari Pejabat SUK Selangor dan Puan Sazrul Leena Binti Sa'adin Jurutera Daerah JKR Gombak.

Sepanjang lawatan, delegasi telah meninjau keadaan semasa bangunan serta hasil kerja pembaikan yang telah dilaksanakan. Perbincangan di tapak turut memberi tumpuan kepada aspek kualiti, fungsi dan kemasan bangunan bagi memastikan keseluruhan hasil kerja memenuhi keperluan yang ditetapkan. Serta memastikan pelaksanaan kerja berjalan dengan baik dan menepati keperluan yang ditetapkan

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 2026 🇲🇾16 September 2026Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebers...
16/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 2026 🇲🇾

16 September 2026

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat hidup dalam sebuah negara yang aman dan terus memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan bersatu.

Berbeza budaya, satu jiwa.
Berbeza negeri, satu Malaysia.
Bersama kita melangkah, demi masa depan yang lebih gemilang. ❤️💙💛

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada,
Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd.

08/09/2026

👑 25 TAHUN. SATU LEGASI.

Selangor bakal menyambut satu lagi detik penuh bersejarah, 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor. ❤️💛❤️💛
Sesuatu yang istimewa bakal tiba…

Nantikan. ✨

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐈𝐒, 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐋𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐎𝐌𝐀𝐑Sekalung T...
08/09/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐈𝐒, 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐋𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐎𝐌𝐀𝐑

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Kamarulzaman bin Omar sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS yang akan memulakan tugasnya berkuat kuasa pada 7 September 2026.

Selamat menjalankan tugas dan amanah baharu.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Warga Kakitangan Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐙𝐈𝐙𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃. 𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌, 𝐓𝐒𝐔𝐊 (𝐌) 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑PROJEK : KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NA...
08/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐙𝐈𝐙𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃. 𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌, 𝐓𝐒𝐔𝐊 (𝐌) 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

PROJEK : KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NAIKTARAF SIVIL, ELEKTRIK DAN MEKANIKAL BANGUNAN REPLIKA DAN BANGUNAN KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPONG BARU, KUALA LUMPUR
KONTRAKTOR : BAKTI SUCI PROPERTIES SDN. BHD.

1 September 2026, Kuala Lumpur

Kehadiran YAD Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim ,Pengerusi Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) (kontraktor utama) diiringi oleh Encik Mohd Nuri bin Abdul Aziz dalam lawatan tapak tersebut bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Selangor, YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd. Rahim, adalah bagi memberikan taklimat terus mengenai status fizikal dan teknikal projek pembaikan tersebut.

Lawatan turut disertai delegasi utama oleh Ir. Hj. Shukri bin Ishak. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, wakil kehadiran pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Selangor) Puan Aslynda binti Mohd Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PADAT, Puan Sazrul Leena binti Sa'adin Jurutera JKR Daerah Gombak.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada kemajuan kerja-kerja pembaikan, kerja-kerja sivil, elektrik, dan mekanikal yang kini berada di fasa akhir, termasuk status pengaktifan bekalan elektrik serta kemasan bangunan, kemudahan serta persekitaran bagi memastikan pelaksanaan kerja berjalan dengan baik dan menepati keperluan yang ditetapkan.

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan MalaysiaBakti Suci Holdings Sdn. Bhd.(BSHSB)...
01/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan Malaysia

Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd.(BSHSB) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
kepada seluruh rakyat Malaysia. ❤️🤍💙💛

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi serta berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

“Malaysia Sejahtera, Bersatu Teguh, Negara Gemilang.”

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!







🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 1448𝐇 🌙25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448Hبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِSelawat dan Salam ke...
24/08/2026

🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 1448𝐇 🌙

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi contoh terbaik dalam membina kehidupan berlandaskan akhlak, kasih sayang, amanah dan keadilan.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran Rasulullah SAW serta menghayati perjuangan, sunnah dan akhlak Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta berusaha mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan dan pekerjaan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H ✨

Ikhlas daripada,
Bakti Suci Holdings Sdn Bhd






𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐕𝐈𝐋, 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔...
12/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐕𝐈𝐋, 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

5 Ogos 2026, Kuala Lumpur

Satu lawatan tapak bagi Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan dan Naiktaraf Sivil, Elektrik dan Mekanikal Bangunan Replika dan Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur bersama delegasi dari JKR Malaysia (Selangor & Gombak).

Turut hadir bersama ialah Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Puan Sazrul Leena binti Sa'adin, Daerah Gombak, Encik Hazlan bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Nuri bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Bakti Suci Properties Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan menilai status semasa projek, ke tapak binaan atau projek merangkumi sesi taklimat teknikal, pemeriksaan fizikal kemajuan kerja, dan penyelarasan isu lapangan bersama kontraktor

Address

Bangunan Zakat Selangor, No: 3-01-04, 3-01-05, 3-02-04 Dan 3-02-05, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bakti Suci Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bakti Suci Holdings Sdn Bhd:

Shortcuts

Share