24/09/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
17 โ 18 September 2026 | Jabatan Pengajian Sains Ukur dan Geomatik
Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menganjurkan Kursus Asas UAV dan Pengenalan Fotogrametri pada 17 dan 18 September 2026 bertempat di Jabatan Pengajian Sains Ukur dan Geomatik.
Kursus ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. LSr. Dr. Khairulnizam Tahar, pakar dalam bidang Pemetaan UAV dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran warga PTGS dalam aspek pengendalian UAV, kaedah pemetaan fotogrametri serta aplikasinya dalam pengurusan dan pemantauan tanah.
Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Korporat, Audit Pengurusan Tanah dan Inovasi; Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah; Bahagian Penguatkuasaan; Bahagian Unit Taskforce; serta Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata.
Turut hadir ialah YBhg. Datoโ Dr. Yusri bin Zakariah, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, yang telah memberikan sokongan terhadap usaha pemerkasaan kompetensi warga PTGS dalam penerapan teknologi geospatial.
Penerapan teknologi UAV dan fotogrametri diyakini dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh keupayaan warga PTGS dalam melaksanakan tugas berkaitan pemetaan, pemantauan, penguatkuasaan serta pengurusan tanah, di samping menyokong usaha pendigitalan dan pemodenan sistem pengurusan tanah Negeri Selangor.
Usaha ini mencerminkan komitmen PTGS dalam memperkasakan kompetensi, inovasi dan penggunaan teknologi geospatial bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, tepat dan berkesan.
โTeknologi Diperkasa, Pengurusan Tanah Lebih Cekap.โ ๐๐บ๏ธ