PAS Selangor

Call Directions Website Contact the organization

PAS Selangor Selamat datang ke Page rasmi PAS Selangor.
, Selangor Deserves Better!

06/10/2026

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐—— ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป-๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป. ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต.

Kos makanan ternakan, pengangkutan, operasi dan pelbagai kos lain yang ditanggung pemborong terus meningkat, ditambah kawalan pasaran yang kurang ketat.

Akhirnya, pengguna juga yang menanggung kesannya.

๐˜›๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ˆ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‰๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ



๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚. ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐ŸฏLama kita kena dengan Vietnam.Kali ini, Harimau Malaya jawab atas padang.Mala...
06/10/2026

๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚. ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿฏ

Lama kita kena dengan Vietnam.

Kali ini, Harimau Malaya jawab atas padang.

Malaysia 1, Vietnam 0.

Cukup manis untuk tutup penantian panjang.

Tahniah Harimau Malaya.
Yang ini memang puas hati. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



06/10/2026

Dr Halimah mahu KKM, JPA pastikan syor penambahbaikan sistem perkhidmatan kesihatan.

Perhabasan Penyata JKPK Kesihatan : Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan dan Fasiliti Kesihatan.

Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas.



05/10/2026

Ya Allah, lindungilah anak-anak kami yang belajar di sekolah. Pelihara mereka daripada bahaya dan niat jahat orang lain. Dan kepada anak-anak yang telah dizalimi, berikanlah keadilan dan pembelaan buat mereka.

05/10/2026

๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ, ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ.

Hakikatnya, harga bahan mentah makin naik. Untung makin nipis, simpanan pun tak sempat nak kumpul.

Berniaga sekadar cukup untuk rolling modal.

Kadang bukan nak naikkan harga jualan, cuma kos nak terus bertahan pun makin tinggi. ๐Ÿ˜”

๐˜“๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ



๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ...
05/10/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Selangor mengikuti dengan penuh dukacita dan kebimbangan akan rentetan kejadian serius yang melibatkan keselamatan, kesejahteraan serta maruah anak-anak di institusi pendidikan negara. Ini termasuklah tragedi terbaharu yang meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Sehubungan dengan itu, PAS Selangor merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Meskipun PAS Selangor sentiasa menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan tidak berhasrat mendahului pihak berkuasa dalam menentukan motif kejadian, tragedi ini bersama episod-episod keresahan masyarakat terhadap kes buli, keganasan, gangguan seksual, tekanan emosi serta pelbagai salah laku generasi muda menuntut kita melihat isu keselamatan sekolah dalam kerangka yang lebih mendalam. Ini bukan sekadar persoalan keselamatan fizikal di kawasan sekolah, sebaliknya ini adalah persoalan fundamental tentang nilai dan keperibadian manusia yang sedang kita bentuk melalui sistem pendidikan negara hari ini.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž

PAS Selangor berpandangan bahawa perbincangan nasional pasca-tragedi sering kali tertumpu kepada langkah-langkah pengawasan dan kawalan seperti penambahan kamera litar tertutup (CCTV), kawalan pintu masuk, peningkatan rondaan, pengetatan prosedur operasi standard (SOP) serta tindakan disiplin semata-mata. Walaupun langkah fizikal ini mempunyai kepentingan tersendiri, keselamatan fizikal tanpa kekuatan dalaman insan tidak akan mampu menyelesaikan akar masalah. Kamera boleh mengawasi tingkah laku tetapi tidak membentuk hati, manakala peraturan boleh membataskan perbuatan namun tidak menanam empati. Hukuman yang hadir selepas kesalahan tidak akan sama nilainya dengan sistem pendidikan yang berkeupayaan membina sahsiah murid sebelum kesalahan itu berlaku.

Atas dasar itu, sudah tiba masanya negara kembali menghayati roh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan tujuan pendidikan jauh melampaui keutamaan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata. FPK dengan jelas menuntut pembangunan manusia secara menyeluruh dan bersepadu dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Isu utamanya kini bukanlah sama ada falsafah tersebut masih relevan, sebaliknya sejauh mana struktur dan ekosistem pendidikan semasa benar-benar memberi ruang untuk falsafah tersebut diterjemahkan secara praktikal dalam kehidupan seharian murid.

Bagi menangani kemelut ini secara tuntas, PAS Selangor menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka dan menguatkuasakan Kerangka Nasional Pembinaan Insan dan Keselamatan Sekolah yang merangkumi empat dimensi utama:

1. Keselamatan Fizikal dan Institusi, yang meliputi persekitaran sekolah yang selamat, kawalan keselamatan berkesan, sistem aduan yang telus, perlindungan murid serta penguatkuasaan SOP yang ketat.

2. Pembinaan Rohani, Moral dan Sahsiah, bagi memastikan pendidikan bukan sekadar memberitahu murid tentang kesalahan, tetapi membina kompas moral yang kukuh untuk memilih kebenaran walaupun tanpa pengawasan.

3. Pembinaan Keterhubungan Manusia, dengan memastikan setiap murid mempunyai hubungan yang bermakna dan berterusan dengan guru serta kelompok rakan yang dapat menjadi jaringan sokongan emosi yang sihat.

4. Pembinaan Daya Tahan Emosi dan Sosial, untuk membekalkan generasi muda dengan keupayaan mengurus kemarahan, konflik, tekanan rakan sebaya, cabaran media sosial dan dinamika kehidupan moden.

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—” ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›

PAS Selangor mencadangkan agar konsep Usrah, Halaqah atau Smart Circle dijadikan teras utama dalam membina sahsiah anak-anak menerusi sistem pendidikan negara dan bukannya sekadar dianggap sebagai program sampingan. Dalam tradisi pendidikan Islam, usrah membawa falsafah ta'aruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling memikul tanggungjawab) yang berkeupayaan membina kepercayaan, membuka ruang muhasabah serta memupuk keperihatinan sesama warga sekolah. Dalam sekolah yang menampung ribuan murid, objektif utama kita adalah memastikan tiada seorang pun anak murid yang rasa terasing atau tidak didengar.

Gagasan ini bukanlah suatu perkara yang asing dalam konteks pendidikan tempatan dan antarabangsa. Di peringkat pengajian tinggi negara, tradisi ini telah lama diserapkan seperti program Usrah in Action di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Liqa' Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wadah Transformasi Anak Mahasiswa (TAMU) di UiTM serta aktiviti pembangunan kerohanian di Universiti Islam Selangor (UIS). Di peringkat antarabangsa p**a, amalan berteraskan sokongan sosial dan emosi ini dapat dilihat menerusi program Character and Citizenship Education di Singapura, aktiviti pembangunan diri dan berkump**an Tokkatsu di Jepun serta Advisory Program di Amerika Syarikat.

Malaysia tidak perlu meniru mana-mana model luar secara bulat-bulat, sebaliknya kita wajar membina model nasional tersendiri yang mengadunkan kekuatan tradisi pendidikan Islam, pengalaman institusi tempatan serta amalan terbaik dunia. Bagi murid beragama Islam, penerapan usrah dan halaqah menjadi teras pembentukan iman, adab dan akhlak. Manakala dalam konteks masyarakat majmuk, prinsip Smart Circle boleh diterjemahkan menerusi nilai-nilai kemanusiaan, kekeluargaan, Rukun Negara serta saling menghormati antara agama dan budaya.

Pendidikan yang berkesan tidak seharusnya membina sekolah yang hanya selamat disebabkan kawalan ketat, sebaliknya membina sekolah yang selamat kerana wujudnya budaya dan nilai mulia di mana seorang murid tidak sanggup menzalimi rakannya. Atas semangat tersebut, PAS Negeri Selangor menyeru KPM untuk membuka wacana nasional secara komprehensif bagi penyusunan semula ekosistem sahsiah murid dengan melibatkan para pendidik, ahli psikologi, ulama, pakar akademik, ibu bapa dan organisasi masyarakat.

PAS Selangor sentiasa bersedia mengemukakan gagasan Usrah, Halaqah dan Smart Circle ini untuk dinilai secara ilmiah demi mengembalikan martabat dan roh pembentukan insan dalam sistem pendidikan negara.

DATOโ€™ DR. AB. HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


05/10/2026

๐—ง๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚. ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ.

Telur Gred C kini RM16.50.
Ayam p**a daripada sekitar RM8.20 kepada RM10.50.

Peniaga sendiri mengaku tak berani bawa gred lebih mahal, orang kampung tak mampu beli.

Ini bukan cerita angka.

Ini cerita apa yang rakyat terpaksa lepaskan bila belanja dapur makin mahal.

Dasar yang baik mesti terasa di kaunter pembayaran, bukan sekadar sedap didengar dalam pengumuman.

๐˜“๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ



05/10/2026

Alhamdulillah seramai 93 orang Non Malays hadir program pengukuhan sokongan Non Muslims kepada PAS di Kapar anjuran LPN KAPAR, Sekretariat Hal Ehwal Non Muslims Pejabat MP Serta DHPP Kapar.

Turut diserikan dengan lagu Jalur Gemilang dengan kibaran bendera Malaysia dan bendera PAS.



๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—˜, ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—”๐—ก๐—”๐—žSaya merakamkan takziah kepada keluarga adik Irene Sofiya. Semoga Alla...
05/10/2026

๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—˜, ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—”๐—ก๐—”๐—ž

Saya merakamkan takziah kepada keluarga adik Irene Sofiya. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka menghadapi kehilangan yang amat menyayat hati ini.

Siasatan menyeluruh mesti menentukan fakta kejadian dan memastikan keadilan ditegakkan.

Tragedi di Johor ini menjadi peringatan kepada seluruh negara, termasuk sekolah-sekolah di Selangor dan Semenyih. Setiap ibu bapa berhak menghantar anak ke sekolah dengan keyakinan bahawa mereka akan dijaga.

Mengetahui motif sahaja belum cukup untuk mencegah kejadian seumpama ini. Kita perlu memahami bagaimana pemikiran ganas terbentuk dan apakah kelemahan pengawasan serta perlindungan yang membolehkannya diterjemahkan kepada tindakan.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น.

Dalam kes-kes terdahulu di Bandar Utama dan Banting, polis turut meneliti pengaruh permainan video, media sosial atau komuniti dalam talian. Tulisan dan komunikasi sebelum kejadian menjadi bahan penting untuk memahami pemikiran serta niat pelaku.

Kandungan yang merendahkan nilai manusia, mengagungkan keganasan atau menggalakkan kebencian terhadap wanita perlu diberi perhatian serius. Penelitian mesti mengenal pasti bagaimana pengaruh tersebut diperkukuh dan bagaimana ancaman boleh dikesan lebih awal.

Bagi kes Irene, siasatan perlu menentukan sama ada unsur ini wujud.

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ, ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต.

Adakah ugutan dan layanan kasar ditangani sejak awal? Adakah murid berasa selamat untuk mengadu? Jika konflik diketahui, apakah tindakan susulannya?

Pengawasan mesti meliputi โ€œtitik butaโ€ seperti dewan kosong, stor dan koridor sunyi. Rondaan berkala serta CCTV di lokasi yang sesuai, dengan menjaga privasi murid, perlu dinilai bersama kawalan akses, rekod kehadiran dan pengurusan kelas tambahan.

Setiap kelemahan yang ditemukan mesti disusuli pembaikan yang jelas.

๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ, ๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ.

Saya pernah menyeru supaya ruh Rabbani dikembalikan dalam pendidikan. Didikan ini perlu membentuk adab, empati, kawalan diri dan penghormatan terhadap nyawa serta maruah manusia.

Remaja perlu dibimbing menghadapi kecewa, konflik dan penolakan dengan matang. Khususnya, remaja lelaki mesti memahami bahawa perempuan berhak membuat pilihan dan menetapkan batas. Penolakan mesti dihormati; kemarahan mesti diurus tanpa ugutan atau kekerasan.

Prinsip ini penting dalam pendidikan remaja, sementara motif sebenar kes Irene tetap perlu ditentukan melalui siasatan.

Guru sebagai murabbi memerlukan masa serta sokongan untuk membimbing murid. Hubungan rapat antara sekolah dan keluarga p**a membantu masalah dikenal pasti serta ditangani lebih awal.

Menteri Pendidikan dan Menteri Digital perlu menggerakkan tindakan bersama.

KPM mesti memperkukuh keselamatan sekolah, memastikan setiap laporan ancaman disusuli tindakan dan menetapkan tempoh pembaikan. Jika kecuaian dibuktikan, tindakan sewajarnya mesti diambil.

Menteri Digital p**a perlu menggerakkan kerjasama dengan Menteri Komunikasi, MCMC dan penyedia platform bagi menangani kandungan serta interaksi yang menggalakkan keganasan dalam kalangan remaja.

Sekolah dan ibu bapa memerlukan saluran bantuan yang jelas. Setiap laporan mesti sampai kepada pihak yang boleh bertindak, dan hasil pembaikan perlu dimaklumkan kepada masyarakat.

Keadilan buat Irene mesti ditegakkan. Pengajaran daripada tragedi ini mesti diterjemahkan kepada perlindungan yang lebih berkesan untuk semua anak.

YB Nushi Mahfodz
ADUN Semenyih



04/10/2026

Ya Allah, hari ini mungkin ada perkara yang kami takut untuk hadapi. Ada keputusan yang berat, ada tanggungjawab yang tidak boleh kami elak. Lapangkan dada kami dan bantu kami memilih jalan yang benar.

Address

Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355233718

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Selangor:

Shortcuts

Share