Ameerah Selangor

Directions

Ameerah Selangor Akaun rasmi Ameerah Selangor. Kami dalam usaha menerajui wanita muda Negeri Selangor membudayakan politik matang dan sejahtera.

Visi: Memimpin Wanita Muda Malaysia membudayakan politik islam. Misi: Poltik Islam , Informatif , Kepimpinan
Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.

Sejak kecil, dia tak pernah diminta memikul apa-apa.Pinggan ditinggalkan, ibu yang basuh. "Biarlah, dia kecil lagi."Kala...
07/10/2026

Sejak kecil, dia tak pernah diminta memikul apa-apa.

Pinggan ditinggalkan, ibu yang basuh. "Biarlah, dia kecil lagi."

Kalah pertandingan, dia mengamuk. Ibu pujuk, "Cikgu tu memang tak adil," lalu belikan hadiah.

Setiap kali dia kecewa, ada orang yang datang menyelamatkan.

Kemudian dia meningkat remaja.

Dia membuli kawan. "Budak-budak, biasalah."

Dia menipu. "Saya kenal anak saya."

Dia malas belajar. "Tak apalah, esok-esok ada juga kerjanya."

Satu hari, seorang guru menegurnya kerana biadab. Malam itu, ibu bapanya menulis panjang di media sosial. Gambar guru tersebar. Aduan SISPA dinaikkan.

Guru-guru lain melihat, dan belajar satu perkara.

Lebih selamat jangan tegur.

Jangan sentuh. Jangan tinggikan suara. Masuk kelas, ajar silibus, balik. Perlahan-lahan, sekolah tidak lagi menjadi tempat mendidik. Ia hanya tempat bekerja.

Ya, ada guru yang melampaui batas, dan itu wajib dibetulkan melalui saluran yang betul. Tetapi apabila setiap teguran dianggap penghinaan, tiada siapa lagi yang berani membetulkan anak-anak kita.

Ibu bapa seperti dalam cerita ini ada namanya. Enabler.

Mereka tidak menyuruh anak berbuat salah. Tetapi mereka pastikan anak tidak pernah menanggung akibatnya.

Akhirnya remaja itu membesar tanpa pernah belajar menerima kekalahan.

Sedangkan jiwa remaja sedang bergelora. Emosinya besar. Egonya rapuh. Maruah di depan kawan terasa lebih penting daripada segalanya.

Sehinggalah ada yang berani berkata "tidak" kepadanya. Ada yang lebih hebat daripadanya.

Ada yang mendapat perhatian lebih daripada yang dia dapat. Ada pertelingkahan yang dia kalah, dan dia perlu beralah.

Dia rasa tercabar.

Buat pertama kali, tiada siapa datang menyelamatkan dia.

Bagi kita, kekalahan itu sakit, tetapi boleh dilalui. Bagi dia, kekalahan terasa seperti dihina.

Penghinaan, bagi sesetengah orang, terasa wajib dibalas.

Dari situlah lahirnya dendam.

Dendam yang dipupuk menjadi buli yang dibiarkan, dan akhirnya berakhir dengan jenayah.

Setiap kali berlaku jenayah dalam kalangan remaja, kita kerap memandang ke luar.

Keselamatan sekolah? Pengawasan? Peranan sekolah? Pihak berwajib?

Semuanya wajar dipersoal, dan memang ada yang perlu diperbaiki.

Tetapi ada satu tempat yang jarang kita lihat. Rumah kita sendiri.

Kita sering sangka remaja yang terlibat jenayah datang dari keluarga yang bermasalah, membesar kurang perhatian dan kasih sayang.

Ada benarnya.

Tetapi ada juga yang datang dari rumah seperti anak tadi. Ibu ayah ada. Rumah selesa. Cukup segalanya.

Dia bukan kurang perhatian. Dia terlalu biasa menjadi pusat perhatian. Dia rasa berhak, dan tiada sesiapa boleh lebih daripadanya.

Keluarga itu tidak pecah. Tetapi ia tidak berfungsi sebagai keluarga.

Ibu bapanya memberi segalanya, tetapi terlupa membezakan tiga perkara.

Keperluan: makan, tempat tinggal, kasih sayang. Dia dapat.

Kehendak: menang setiap masa, dibela setiap kali. Dia dapat.

Kepentingan: belajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri, belajar menerima kekalahan, belajar menerima teguran.

Itulah satu-satunya yang tidak pernah diberi.

Pada usia remaja, dia sudah tahu beza betul dan salah. Kalah atau ditolak tidak pernah menjadi alasan untuk menyakiti orang lain.

Tetapi kemampuan menerima kekalahan tidak datang sendiri. Ia sebahagian daripada kecerdasan emosi yang perlu dipupuk di rumah, bertahun-tahun sebelum dia melangkah ke sekolah menengah dan alam dewasa.

Keselamatan sekolah boleh diperkukuh. Sistem boleh ditambah baik.

Tetapi tiada sekolah yang mampu membetulkan apa yang rumah enggan ajar.

Berilah anak tanggungjawab. Biarkan mereka belajar kecewa.

Kerana anak yang kita didik hari ini akan menjadi kawan sekelas, rakan sekerja, suami, isteri, ayah dan ibu kepada anak orang lain esok.

Keselamatan anak orang lain juga bermula dari rumah kita.

Nadia Irdina
Exco Penerangan
Ameerah Johor
DMPNJ

Birthday Attack | Ameerah Care | Ziarah Wanita Muda Sepang 🀍Pagi tadi, Ameerah Care turun padang buat Birthday Attack un...
07/10/2026

Birthday Attack | Ameerah Care | Ziarah Wanita Muda Sepang 🀍

Pagi tadi, Ameerah Care turun padang buat Birthday Attack untuk pengundi wanita muda yang lahir bulan Oktober di sekitar Sepang.

Bukan sekadar bertanya khabar, tetapi mendengar sendiri cerita, pandangan dan keperluan mereka. Setiap rumah yang diziarahi, setiap perbualan yang berlaku, ada cerita dan harapan yang wajar diberi perhatian.

Inilah semangat Ameerah Care, mendekati wanita muda, memahami denyut nadi mereka dan terus hadir bersama masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang menerima kunjungan kami pagi tadi. Semoga silaturahim ini terus terjalin dan menjadi langkah kecil kepada perubahan yang lebih besar. 🌷

Ameerah Care, dekat di hati, dekat dengan masyarakat.

AKWAM 28.0 - IRENE SOFIYA: TRAGEDI SEORANG PELAJAR ATAU KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN?Sekolah sepatutnya menjadi tempat pa...
05/10/2026

AKWAM 28.0 - IRENE SOFIYA: TRAGEDI SEORANG PELAJAR ATAU KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN?

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak belajar, membesar dan membina masa depan.

Namun apabila tragedi demi tragedi melibatkan pelajar terus berlaku, sampai bila kita mahu melihat perkara yang sama berulang? Apakah sistem yang ada hari ini benar-benar cukup untuk melindungi mereka?

Kes Irene Sofiya kembali membuka persoalan besar tentang keselamatan pelajar, tanggungjawab pihak berkaitan serta sejauh mana undang-undang dan sistem sedia ada mampu mencegah perkara seperti ini daripada terus berulang.

Saksikan kupasan khas bersama:

πŸ—£οΈ Panel 1: Puan Ainul Fatirah
Pengamal Undang-undang

πŸ—£οΈ Panel 2: Puan Tasneem Zainol
Pengarah Ameerah Selangor

πŸ§• Host : Syahirah Jafri
Exco HER, Ameerah Wilayah

πŸ“… Selasa, 6 Oktober 2026
⏰ 9.15 malam – 10.15 malam
πŸ“ Live di TikTok

Jangan lupa set reminder dan jumpa Selasa malam nanti!

LAGI PEMBUNUHAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH : AMEERAH GESA TINDAKAN SERIUS1. Ameerah Malaysia mengucapkan takziah dan melah...
04/10/2026

LAGI PEMBUNUHAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH : AMEERAH GESA TINDAKAN SERIUS

1. Ameerah Malaysia mengucapkan takziah dan melahirkan perasaan dukacita atas kematian seorang pelajar perempuan yang dibunuh di dalam kawasan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.

2. Kejadian tragis ini menambah jumlah tragedi pembulian dan pembunuhan di dalam premis sekolah yang sangat membimbangkan.

3. Belum reda kesedihan dengan kematian Almarhumah Zara Qairina, kita menerima berita pembunuhan di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya.Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kejadian buli bunuh seorang pelajar 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hari ini berlaku lagi pembunuhan di dalam kawasan sekolah yang sangat menyayat hati.

4. Ameerah mempersoalkan sejauh mana KPM mengambil tindakan serius dalam aspek meningkatkan tahap keselamatan di sekolah? Adakah kejadian ini hanya menambah jumlah angka kematian di sekolah tanpa tindakan yang benar-benar berkesan dalam melindungi keselamatan pelajar?

5. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa KPM perlu bermuhasabah dan menetapkan dasar dan polisi baharu keselamatan di sekolah, yang tidak hanya cantik di atas kertas tetapi benar-benar menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk anak-anak kita.

YB Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor
4 Oktober 2026

πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π€πŒπ„π„π‘π€π‡ πŸ’š15 tahun, banyak cerita.Banyak wajah. Banyak kenangan.Dan paling penting, banyak langkah yang sudah ki...
01/10/2026

πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π€πŒπ„π„π‘π€π‡ πŸ’š

15 tahun, banyak cerita.
Banyak wajah.
Banyak kenangan.
Dan paling penting, banyak langkah yang sudah kita tinggalkan.

Dari satu generasi ke satu generasi, Ameerah terus grow, terus lead, terus serve.

Selamat Ulang Tahun ke-15, Ameerah!

Happy Birthday!Selamat Ulang Tahun yang ke-15 buat Ameerah, semoga terus istiqamah menerajui perjuangan dan menjadi insp...
01/10/2026

Happy Birthday!

Selamat Ulang Tahun yang ke-15 buat Ameerah, semoga terus istiqamah menerajui perjuangan dan menjadi inspirasi buat seluruh muslimat muda Selangor!



Selamat Hari Kopi!
01/10/2026

Selamat Hari Kopi!

Coffee date dengan diri sendiri? Valid β˜•οΈβœ¨

Jangan pernah rasa bersalah nak take a break dan me time sebentar.

Ambil nafas, sebelum kita terus melangkah.

Selamat Hari Kopi Sedunia daripada Ameerah Bangi.

Pssst, awak geng kopi panas ke kopi ais?

01/10/2026

Selamat Hari Lahir !

Keep it up!
29/09/2026

Keep it up!

Keep it up!
29/09/2026

Keep it up!

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share