Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi Medium rasmi menyampaikan maklumat mengenai Zakat, Sedekah dan Wakaf kepada warga UiTM dan seluruh rakyat Malaysia.

Sesi Penerangan Kerjasama Strategik MAIS 🤝7 Oktober 2026Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), Pejabat Pemerkasaan A...
07/10/2026

Sesi Penerangan Kerjasama Strategik MAIS 🤝

7 Oktober 2026

Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM hari ini berkesempatan menghadiri Sesi Penerangan Kerjasama Strategik bagi Produk Baitulmal MAIS yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sesi ini memberi ruang kepada ZAWAF untuk mendapatkan penerangan berkaitan produk-produk Baitulmal MAIS serta meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada warga UiTM, khususnya dalam aspek pengurusan zakat, kebajikan dan pemerkasaan sosioekonomi.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi memperluas manfaat kepada masyarakat serta memperkasakan agenda zakat dan kebajikan.

📌 PERBINCANGAN GPKAZ V4 BERSAMA LZSBahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM menjadi tuan rumah Program Perbincanga...
07/10/2026

📌 PERBINCANGAN GPKAZ V4 BERSAMA LZS

Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM menjadi tuan rumah Program Perbincangan Garis Panduan Kelayakan Agihan Zakat (GPKAZ) V4 bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta seluruh IPT di Selangor pada:

📅 6 Oktober 2026
👥 Peserta: 50 orang

Program ini menjadi platform perbincangan dan perkongsian bagi memperkukuh pelaksanaan GPKAZ V4, di samping memperkemas kerjasama serta pengurusan berkaitan agihan zakat.

Semoga perbincangan yang dilaksanakan dapat menghasilkan input dan penambahbaikan yang bermanfaat dalam memperkasakan pengurusan zakat serta kebajikan warga universiti. 🤲🏻

🤝 PERBINCANGAN ZAWAF UiTM BERSAMA PBSN📅 2 Oktober 2026Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi perbincangan antara Bah...
02/10/2026

🤝 PERBINCANGAN ZAWAF UiTM BERSAMA PBSN

📅 2 Oktober 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi perbincangan antara Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM bersama Permodalan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada hari ini.

Perbincangan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada warga UiTM, khususnya dalam aspek kebajikan dan pemerkasaan mahasiswa.

Semoga perbincangan yang berlangsung ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan dapat diterjemahkan melalui inisiatif-inisiatif yang memberi impak kepada warga UiTM pada masa akan datang. 🤲🏻




🌙 SEDEKAH JUMAAT ZAWAF | 2 OKTOBER 2026 🤲🏻Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, ZAWAF UiTM menerusk...
02/10/2026

🌙 SEDEKAH JUMAAT ZAWAF | 2 OKTOBER 2026 🤲🏻

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, ZAWAF UiTM meneruskan agihan Sedekah Jumaat kepada para pelajar UiTM.

Semoga setiap juadah yang disumbangkan dapat memberi manfaat, mengukir senyuman dan meringankan urusan para pelajar dalam meneruskan perjalanan pengajian. 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha ZAWAF dalam menyantuni kebajikan warga UiTM.

🤲🏻 Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada para penyumbang dan keluarga.






🌱 JOM MENYUMBANG KE TABUNG WAKAF UiTM 🌱“Senai di Dunia, Tuai di Akhirat” Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersab...
01/10/2026

🌱 JOM MENYUMBANG KE TABUNG WAKAF UiTM 🌱

“Senai di Dunia, Tuai di Akhirat”

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

📖 Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim

Wakaf adalah sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir selagi manfaatnya digunakan.

✨ Jom bersama-sama menyumbang ke Tabung Wakaf UiTM dan menjadi sebahagian daripada usaha menyemai manfaat untuk warga universiti dan masyarakat.

💳 Staf UiTM:
Boleh membuat potongan gaji melalui iFinePortal → Permohonan → Potongan Gaji → Dana Wakaf UiTM.

📲 Orang awam:
Imbas QR Code JOM BERWAKAF pada poster untuk membuat sumbangan.

🤲 Sedikit yang kita beri, besar manfaatnya untuk dikongsi.

Jom berwakaf hari ini.
Semai di Dunia, Tuai di Akhirat. 🌿

Address

Aras Bawah, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355443115

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi:

Shortcuts

Share