06/10/2026
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ (๐๐ญ๐ฆ)
SHAH ALAM, 6 Oktober 2026 โ MARA Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memperkukuh hubungan strategik dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan dan kebajikan pelajar, khususnya untuk golongan asnaf dari Negeri Selangor.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Mohd Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah MARA Negeri Selangor bersama-sama Encik Fadzil Nor bin Samiran, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Azlin Syairi binti Abdul Aziz, Pegawai Latihan MARA Negeri Selangor dan Puan Jamaliah Mohamad, Penolong Amil IPT UniKL BMI. Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Khaidzir bin Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Puan Ariffa binti Ariffin, Ketua Pegawai Korporat & Projek Khas bersama pegawai- pegawai daripada Jabatan Pengurusan Pendidikan, LZS.
Semasa kunjungan hormat tersebut, MARA Negeri Selangor menerangkan ekosistem pendidikan MARA dan mencadangkan MARA Education Sponsorship Hybrid Program (MESH) dengan LZS khusus untuk pelajar asnaf. LZS menyatakan minat terhadap program MESH sedia ada yang menawarkan jaminan pekerjaan oleh pihak industri yang membolehkan golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan. LZS juga berhasrat untuk mengadakan program intervensi kepada pelajar BUDI MRSM yang dibantu oleh LZS.
Selain itu, MARA Negeri Selangor turut memohon LZS mempertimbangkan UniKL untuk disenaraikan sebagai institusi pendidikan tinggi yang ditaja oleh LZS, tertakluk kepada syarat dan rundingan bersama kelak.
Pertemuan turut membuka ruang kepada kerjasama antara Pejabat MARA Daerah (PMD) dan Cawangan LZS di seluruh Selangor, khususnya dalam mengenal pasti pelajar berpotensi serta memperluas hebahan peluang pendidikan dan penajaan.
MARA Negeri Selangor berharap jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan dan kerjaya kepada pelajar asnaf serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas kesudian menerima kunjungan dan keterbukaan dalam meneroka kerjasama strategik bersama MARA.