Digital Community Centre Grand Height

Directions Website

Digital Community Centre Grand Height Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Digital Community Centre Grand Height, Library, Sibu.

Digital Community Centre (DCC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan platform komuniti digital, internet percuma, pusat pertemuan belia, kemudahan kerja/seminar, pusat pembangunan kemahiran dan bakat serta penyelidikan dan pembangunan masyarakat

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM KENALI GHOSTWRITER โœจ๐Ÿ’ปPada 16 Oktober 2026 (Jumaat), Perpustakaan Awam Sibu dengan kerjasama Digital Community...
16/10/2026

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM KENALI GHOSTWRITER โœจ๐Ÿ’ป

Pada 16 Oktober 2026 (Jumaat), Perpustakaan Awam Sibu dengan kerjasama Digital Community Centre (DCC) Grand Height, DCC Sukun dan SMK Lanang, Sibu telah berjaya menganjurkan Program Kenali Ghostwriter bertempat di SMK Lanang, Sibu, bermula dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta.

๐ŸŽฏ Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada peserta tentang konsep serta fungsi ghostwriter dalam dunia penulisan dan penerbitan digital. Sepanjang program berlangsung, peserta telah melaksanakan tugasan secara berkumpulan bagi meneroka dengan lebih mendalam tentang peranan ghostwriter dalam menghasilkan karya penulisan. Hasil tugasan tersebut kemudiannya dibentangkan secara berkumpulan bagi menggalakkan perkongsian ilmu, meningkatkan keyakinan diri serta mengasah kemahiran komunikasi peserta.

๐Ÿง  Bagi mengukuhkan pemahaman peserta, aktiviti Kuiz Kahoot turut diadakan untuk menguji pengetahuan mereka berkaitan topik yang dipelajari dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, program ini turut diselitkan dengan Program Galakan Membaca, yang memberikan peluang kepada peserta untuk membaca bahan bacaan secara digital sekali gus memupuk minat membaca dan membudayakan penggunaan sumber digital sebagai medium pembelajaran.

๐ŸŒŸ Kesimpulannya, Program Kenali Ghostwriter telah memberikan pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada peserta dalam memahami dunia penulisan dan penerbitan digital. Melalui aktiviti berkumpulan, pembentangan, kuiz interaktif dan pembacaan digital, peserta bukan sahaja dapat menambah pengetahuan baharu, malah turut mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif, bekerjasama dan berkomunikasi. Diharapkan program seumpama ini dapat terus dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang celik digital, berilmu dan mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia penulisan serta pembacaan.

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Lanang, Sibu atas kerjasama yang diberikan, serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa ilmu dan kemahiran digital dalam kalangan komuniti.

๐ŸŒŸ **PROGRAM ABCya EXPLORERS: JELAJAH ILMU DIGITAL** ๐ŸŒŸProgram ABCya Explorers: Jelajah Ilmu Digital telah berjaya dilaksa...
06/10/2026

๐ŸŒŸ **PROGRAM ABCya EXPLORERS: JELAJAH ILMU DIGITAL** ๐ŸŒŸ

Program ABCya Explorers: Jelajah Ilmu Digital telah berjaya dilaksanakan pada 6 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di SK Agama (MIS) Sibu dengan kerjasama pihak sekolah. Program ini dianjurkan oleh Digital Community Centre (DCC) Grand Height dengan kerjasama DCC Sukun dan kolaborasi bersama SK Agama (MIS) Sibu, melibatkan seramai 25 orang murid.

Program ini bertujuan memperkenalkan platform ABCya sebagai medium pembelajaran digital yang interaktif, menyeronokkan dan berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran akademik asas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pengenalan kepada platform ABCya dan penerokaan enam permainan pendidikan yang berfokus kepada Matematik, Bahasa Inggeris serta seni bagi mengasah kreativiti dan bakat murid. Selain itu, peserta turut menyertai kuiz interaktif menggunakan Kahoot berdasarkan permainan ABCya yang telah dicuba. Program diakhiri dengan aktiviti galakan membaca bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid.

Melalui pelaksanaan program ini, peserta berpeluang meningkatkan minat dan motivasi terhadap pembelajaran melalui pendekatan permainan digital yang menyeronokkan. Aktiviti yang dijalankan turut membantu mengukuhkan kemahiran asas Matematik dan Bahasa Inggeris, mengembangkan kreativiti serta mengasah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, program ini meningkatkan keyakinan peserta dalam menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran dan memupuk budaya membaca sejak usia muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SK Agama (MIS) Sibu atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluas peluang pembelajaran digital serta melahirkan generasi yang celik teknologi, kreatif dan berilmu.

๐Ÿ“š *Belajar sambil bermain, meneroka sambil berkarya!*

๐Ÿ’ปโœจ PROGRAM DIGITAL LEARNING: ADOBE FILL & SIGN โœจ๐Ÿ’ปSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SM...
22/09/2026

๐Ÿ’ปโœจ PROGRAM DIGITAL LEARNING: ADOBE FILL & SIGN โœจ๐Ÿ’ป

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SMK Rosli Dhoby, Sibu atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan Program Digital Learning: Adobe Fill & Sign yang telah dilaksanakan pada 22 September 2026.

Program ini dianjurkan oleh Digital Community Centre (DCC) Grand Height dan DCC Sukun dengan kolaborasi bersama SMK Rosli Dhoby, Sibu. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus, mengisi dan menandatangani dokumen digital dengan lebih efisien menggunakan aplikasi Adobe Fill & Sign.

Seramai 33 orang peserta remaja telah menyertai program ini. Para peserta telah diberikan pengenalan berkaitan Adobe serta tutorial penggunaan Adobe Fill & Sign, termasuk aktiviti mengisi maklumat dan membuat tandatangan digital. Peserta turut menyertai Kuiz Kahoot, aktiviti menghasilkan sijil menggunakan Canva, menandatangani sijil menggunakan Adobe Fill & Sign serta membentangkan hasil kerja masing-masing. Program ini turut diselitkan dengan Program Galakan Membaca, di mana para peserta berpeluang membaca bahan secara digital. ๐Ÿ“–๐Ÿ’ป

Melalui program ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dan literasi digital, malah menjadi lebih yakin menggunakan Adobe dalam menghasilkan dokumen serta menyokong keperluan pembelajaran secara digital. ๐ŸŒŸ

Semoga usaha berterusan dalam memperkasa literasi digital, kreativiti dan kemahiran teknologi dalam kalangan generasi muda dapat terus memberi manfaat kepada komuniti. ๐Ÿค๐Ÿ’™

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. ๐ŸŒโœจ










๐Ÿ“šโœจPROGRAM DIGITAL LEARNING: BOOK CREATORโœจ๐Ÿ“šSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SK Jalan ...
22/09/2026

๐Ÿ“šโœจPROGRAM DIGITAL LEARNING: BOOK CREATORโœจ๐Ÿ“š

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SK Jalan Deshon, Sibu atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan Program Digital Learning: Book Creator yang telah dilaksanakan pada 15 September 2026.

Program ini dianjurkan oleh Digital Community Centre (DCC) Grand Height dan DCC Sukun dengan kolaborasi bersama SK Jalan Deshon, Sibu, bertujuan memperkenalkan peserta kepada fungsi dan kelebihan Book Creator serta melatih peserta menghasilkan buku digital interaktif yang menggabungkan elemen multimedia.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi pengenalan dan tutorial penggunaan Book Creator, menghasilkan buku digital sendiri, menyertai Kuiz Kahoot, serta membentangkan hasil buku digital yang telah dihasilkan. Program turut diselitkan dengan ktiviti galakan membaca melalui pembacaan semula buku digital yang dihasilkan oleh para peserta.

Seramai 25 orang peserta kanak-kanak telah menyertai program ini. Menariknya, tahap kesedaran dan literasi digital peserta menunjukkan peningkatan daripada 52% sebelum program kepada 96% selepas program, iaitu peningkatan sebanyak 44%.

Program ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada teknologi digital, malah turut membantu meningkatkan kemahiran teknologi dan kreativiti peserta dalam menghasilkan bahan bacaan digital yang lebih menarik dan interaktif. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–๐Ÿ’ป

Semoga program seperti ini dapat terus diperluaskan bagi melahirkan generasi yangkreatif, celik digital dan gemar membaca. ๐Ÿ’™

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. ๐Ÿคโœจ









Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐ŸคSemoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mek...
15/09/2026

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค
Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mekar dalam kalangan kita.

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ PROGRAM DIGITAL LEARNING: CANVA โ€“ POSTER BULAN KEMERDEKAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Program ...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ PROGRAM DIGITAL LEARNING: CANVA โ€“ POSTER BULAN KEMERDEKAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Digital Learning: Canva โ€“ Poster Bulan Kemerdekaan bertempat di SMK Kampung Nangka dengan penyertaan seramai 26 orang peserta. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽจ

Program ini dianjurkan oleh **Perpustakaan Awam Sibu, DCC Grand Height & DCC Sukun** dengan **jaringan kerjasama bersama SMK Kampung Nangka.

๐ŸŽฏ Manfaat Program:

1. ๐Ÿ’ป Meningkatkan kemahiran asas penggunaan Canva dalam menghasilkan poster digital.
2. ๐ŸŽจ Menggalakkan kreativiti dan penghasilan reka bentuk yang menarik.
3. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Memupuk semangat patriotisme melalui penghasilan poster bertemakan Bulan Kemerdekaan.
4. ๐Ÿค Meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama dan pembelajaran secara kreatif.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak SMK Kampung Nangka atas kerjasama, sokongan serta peluang yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ’

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang. ๐Ÿคโœจ

Terima kasih dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐ŸŒฟ PROGRAM CREATIVE WITH CHENILLE: HANDCRAFT FLOWER ART ๐ŸŒฟSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan ke...
13/08/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM CREATIVE WITH CHENILLE: HANDCRAFT FLOWER ART ๐ŸŒฟ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS SIBU) dan Majlis Perbandaran Sibu atas kesudian menghadiri serta bersama-sama menjayakan Program Creative With Chenille: Handcraft Flower Art. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diharapkan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat.

Program ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Sibu, Digital Community Centre Grand Height dan Digital Community Centre Sukun dengan kolaborasi bersama Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS SIBU) dan Majlis Perbandaran Sibu.

๐Ÿ“… Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Persidangan Perpustakaan Awam Sibu
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 30 orang dewasa dan warga emas

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta meneroka kreativiti melalui seni kraf tangan menggunakan kawat bulu (chenille) serta mengembangkan bakat seni dalam menghasilkan pelbagai bentuk hiasan bunga yang kreatif dan menarik.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan tunjuk ajar dan bimbingan secara langsung dalam menghasilkan bunga menggunakan kawat bulu sebagai bahan utama. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta, malah membuka ruang untuk mereka mengekspresikan kreativiti dan menghasilkan karya seni mengikut cita rasa masing-masing.

Di samping aktiviti pembuatan bunga, program ini juga menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti seni sebagai medium relaksasi, mengeratkan hubungan sosial serta menyemai minat terhadap kraf tangan sebagai salah satu bentuk ekspresi diri. Selain itu, kemahiran yang dipelajari juga berpotensi untuk dikembangkan sebagai satu peluang keusahawanan pada masa hadapan.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS SIBU) dan Majlis Perbandaran Sibu atas kesudian meluangkan masa, menghadiri program ini serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

โœจ Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berkreativiti dan meneroka potensi dalam bidang kraf tangan. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program-program yang akan datang! โœจ

๐ŸŒฟPROGRAM DIGITAL LEARNING : MICROSOFT ONENOTE๐ŸŒฟSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SMK B...
05/08/2026

๐ŸŒฟPROGRAM DIGITAL LEARNING : MICROSOFT ONENOTE๐ŸŒฟ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SMK BUKIT ASSEK, SIBU atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan Program Digital learning : Microsoft OneNote . Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti.
Program ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Sibu, Digital Community Centre Grand Height, dan Digital Community Centre Sukun dengan kolaborasi bersama SMK BUKIT ASSEK, SIBU
๐Ÿ“… Tarikh: 04 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: SMK Bukit Assek, Sibu
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 30 orang belia
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahun dan kemahiran peserta dalam menggunakann Microsoft OneNote sebagai medium pencatatan dan pengurusan maklumat yang sistematik, fleksible, dan mudah diakses. Selain itu, Program galakkan membaca juga turut diadakan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan belia. Disamping itu, program ini bukan sahaja memudahkan pengurusan nota dan maklumat di pelbagai peranti malah meningkatkan kecekapan kerja dan pembelajaran dalam kalangan pengguna. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan pihak sekolah atas kesudian meluangkan masa dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

๐Ÿš—๐Ÿ“ฑ Permudahkan urusan parkir anda dengan SMC CARES! Bayar kompaun, beli Pas Harian, e-Kupon Parkir dan tonton video pand...
30/07/2026

๐Ÿš—๐Ÿ“ฑ Permudahkan urusan parkir anda dengan SMC CARES! Bayar kompaun, beli Pas Harian, e-Kupon Parkir dan tonton video panduan ringkas cara penggunaan SMC CARES dengan hanya mengimbas kod QR pada poster. Muat turun aplikasi SMC CARES hari ini!

๐ŸŒฟ PROGRAM DIGITAL LET'S LEARN COLOURING WITH IPAD ๐ŸŒฟSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ...
20/07/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM DIGITAL LET'S LEARN COLOURING WITH IPAD ๐ŸŒฟ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PASTI AI-FATEH 3, SIBU atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan Program Digital Lets's Learn Colouring With Ipad . Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti.
Program ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Sibu, Digital Community Centre Grand Height, dan Digital Community Centre Sukun dengan kolaborasi bersama PASTI AL FATEH 3, SIBU
๐Ÿ“… Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Persidangan Perpustakaan Awam, Sibu
๐Ÿ‘ฅ Peserta: 41 orang kanak-kanak
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti mewarna digital kepada kanak-kanak menggunakan ipad, sebagai kaedah pembelajaran kreatif yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah 3D Pen Craft, Flashcard, Program galakkan membaca dan lawatan sambil belajar ke perpustakaan awam sibu. Akhir sekali, program ini bukan sahaja menyeronokkan malah membantu meningkatkan kreativii serta kemajuan diri dalam menggunakan platform ii digital dalam pembelajaran pada masa akan datang.
๐Ÿ’™ Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kesudian meluangkan masa dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

Address

Sibu
96000

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Digital Community Centre Grand Height posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category