APM SIBU

Call Directions

APM SIBU Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sibu
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

BANTUAN KECEMASAN KEPADA MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA DI HADAPAN PGA BATALION 10SIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertaha...
19/10/2026

BANTUAN KECEMASAN KEPADA MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA DI HADAPAN PGA BATALION 10

SIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah memberikan bantuan kecemasan kepada seorang mangsa lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan kes langgar lari di kawasan PGA Batalion 10, Sibu.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati seorang mangsa berada di bahu jalan dengan kehadiran anggota polis dan orang awam yang turut membantu.

Mangsa mengalami kecederaan pada jari kelingking tangan kanan, disyaki patah pada kaki kanan serta terseliuh pada tangan kanan.

Mangsa kemudiannya dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut

APM SIBU – SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI

Keprihatinan kami, keselamatan anda.

TANGKAP ANAK ULAR DI JALAN KENARISIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melak...
19/10/2026

TANGKAP ANAK ULAR DI JALAN KENARI

SIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan operasi menangkap ular selepas menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor ular di sebuah kediaman di No. 4A, Lorong 4A, Jalan Kenari, Sibu.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati seekor anak ular tikus yang dianggarkan sepanjang satu kaki berada di belakang mesin basuh. Anggota bertugas berjaya menangkap ular tersebut menggunakan penyepit ular dengan selamat.

APM SIBU – SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI

KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN DURINSIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah me...
19/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN DURIN

SIBU, 19 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan khidmat bantuan kecemasan bagi satu kes kemalangan jalan raya (KJR) yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza di kawasan Rumah Moses, Jalan Durin.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati seorang mangsa lelaki mengalami pening kepala, kelemahan anggota badan serta trauma akibat kejadian tersebut.

Pemeriksaan awal telah dilaksanakan dan mangsa diberikan bantuan awal sebelum dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Sedia, Pantas, Berintegriti

PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SIBUSIBU JAYA, 17 OKTOBER 2026 – Suasana penuh semangat kesukanan da...
17/10/2026

PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

SIBU JAYA, 17 OKTOBER 2026 – Suasana penuh semangat kesukanan dan kecergasan mewarnai Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, Sibu Jaya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Mej (PA) Mohd. Reduan bin Aini, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sibu, sebagai tanda sokongan terhadap usaha membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat.

Sambutan Hari Sukan Negara merupakan platform penting untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan riadah, sekali gus memupuk semangat perpaduan, disiplin, kerjasama serta gaya hidup sihat tanpa mengira usia dan latar belakang.

Sukan Menyatukan Kita, Kecergasan Membina Negara!

Semoga penganjuran HSN 2026 terus menyemarakkan semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang lebih sihat, aktif serta berdaya tahan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu sentiasa menyokong usaha membina komuniti yang cergas, sihat dan bersedia menghadapi cabaran.

SELAMAT HARI SUKAN NEGARA 2026!

APM SIBU BERJAYA MENANGKAP ULAR CINCIN DI KEDIAMAN PENDUDUKSIBU, 15 Oktober 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (AP...
15/10/2026

APM SIBU BERJAYA MENANGKAP ULAR CINCIN DI KEDIAMAN PENDUDUK

SIBU, 15 Oktober 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan operasi menangkap ular di sebuah kediaman di 1A, Lorong Ulu Sungai Merah 51M, Sibu. APM Daerah Sibu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam selepas pengadu memaklumkan terdapat seekor ular di dalam rak kasut kediamannya.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas berjaya menangkap seekor ular yang dikenal pasti sebagai ular cincin dengan anggaran panjang tiga kaki menggunakan penyepit ular.

APM menasihatkan orang awam supaya tidak cuba menangkap atau mendekati ular yang ditemui, sebaliknya memastikan jarak selamat dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Sebarang kecemasan, hubungi talian 999.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH SIBU

APM SIBU JALANKAN OPERASI MENANGKAP ULAR DI RANTAU PANJANGSIBU, 15 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM...
15/10/2026

APM SIBU JALANKAN OPERASI MENANGKAP ULAR DI RANTAU PANJANG

SIBU, 15 OKTOBER 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Sibu telah melaksanakan operasi menangkap ular (KMU) di RTR Rantau Panjang, Blok 1, Sibu, pada hari ini susulan aduan orang awam berhubung kehadiran seekor ular di dalam stor di bawah bangunan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati seekor ular yang dikenal pasti sebagai ular tedung selar, dianggarkan sepanjang empat kaki. Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan penyepit ular oleh anggota bertugas.

Orang awam diminta segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Sedia, Pantas, Berintegriti”
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA BAHAGIAN SIBU

Kes Sakit Di Lorong Wong King HouSIBU, 13 Okt - Satu kes Sakit (SKT) melibatkan seorang lelaki yang mengalami lemah angg...
13/10/2026

Kes Sakit Di Lorong Wong King Hou

SIBU, 13 Okt - Satu kes Sakit (SKT) melibatkan seorang lelaki yang mengalami lemah anggota badan di Lorong Wong King Hou, Sibu telah berjaya dikendalikan oleh APM Daerah Sibu.

4 anggota bersama sebuah ambulans telah digerakkan sejurus menerima panggilan pada jam 10:39 pagi. Mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya.


ULAR TEDUNG DI LORONG SETIA 3SIBU, 12 Okt - APM Daerah Sibu menerima panggilan berhubung kehadiran seekor ular di sebuah...
12/10/2026

ULAR TEDUNG DI LORONG SETIA 3

SIBU, 12 Okt - APM Daerah Sibu menerima panggilan berhubung kehadiran seekor ular di sebuah kediaman di Lorong Setia 3, Sibu.

Hasil pemeriksaan mendapati seekor ular tedung senduk sepanjang 4 kaki berada di dalam tandas rumah. Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri dan segera menghubungi talian *999* untuk mendapatkan bantuan.



DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKSetinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Hari Lahi...
10/10/2026

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Hari Lahir Ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar pada 10 Oktober 2026 bersamaan 28 Rabiulakhir 1448H.

Ikhlas daripada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak Daerah Sibu

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM SIBU













📢 KENYATAAN TAWARANPEROLEHAN BEKALAN ALAT GANTI PERALATAN OPERASI BERENJIN APM SARAWAKPejabat Negeri Pertahanan Awam Sar...
06/10/2026

📢 KENYATAAN TAWARAN

PEROLEHAN BEKALAN ALAT GANTI PERALATAN OPERASI BERENJIN APM SARAWAK

Pejabat Negeri Pertahanan Awam Sarawak mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai tawaran berikut:

🔧 Keterangan Tawaran:
Perolehan bekalan alat ganti bagi peralatan operasi berenjin bagi tempoh 36 bulan untuk kegunaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak.

📌 Jenis Tawaran: Terbuka
📑 Kod Bidang: 13 02 01
🏭 Bidang: Peralatan Kejuruteraan dan Mesin Pengeluaran
⚙️ Sub Bidang: Janakuasa elektrik dan peralatan generator / alat ganti dan bateri
📍 Lokasi: Semua Negeri

💰 Jumlah Harga Indikatif: RM532,906.29

📅 Tarikh Mula Tawaran: 7 Oktober 2026
⏰ Tarikh Tutup Tawaran: 28 Oktober 2026
📆 Tempoh Sah Laku: 270 hari

💻 Pembekal yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk mengambil bahagian melalui Sistem ePerolehan Kerajaan.

📢 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai tawaran ini.

Address

Jalan FONG MING, SIBU
Sibu
96000

Telephone

+6084220044

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM SIBU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share