AADK Daerah Sibu

Call Directions

AADK Daerah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Sibu, Government Organization, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming, Sibu.

AADK merupakan sebuah agensi di bawah KDN yang menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi:

-Pendidikan Pencegahan
-Penguatkuasaan & Keselamatan
-Rawatan, Perubatan & Pemulihan
-Hubungan Antarabangsa

20/10/2026

Jika ditanya, Apakah yang paling anda inginkan pada saat ini?

LEBIH 900 MAHASISWA UTS DIDEDAHKAN BAHAYA DADAH MENERUSI CERAMAH AADK Oktober 18, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaa...
18/10/2026

LEBIH 900 MAHASISWA UTS DIDEDAHKAN BAHAYA DADAH MENERUSI CERAMAH AADK

Oktober 18, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah Antidadah (CA) sempena Minggu Orientasi Kemasukan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bagi Ambilan Sesi September 2026 (MOKP) di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), baru-baru ini.

MOKP anjuran Unit Ps*kologi dan Kaunseling UTS melibatkan seramai lebih 900 orang mahasiswa baharu.

CA itu bertujuan memberi pendedahan kepada para penuntut mengenai ancaman serta bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, selain memupuk daya tahan kendiri yang kukuh dalam mendepani transisi kehidupan universiti.

Di samping itu, pengisian MOKP bermatlamat memperkasa mahasiswa agar berupaya bertindak sebagai ejen penyampai maklumat dan benteng pemutus rantaian gejala sosial dalam kalangan rakan sebaya.

Mahasiswa turut didedahkan dengan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan talian bantuan yang disediakan oleh AADK.

Kolaboratif antara AADK dan UTS itu dijangka berterusan sebagai sebahagian daripada usaha proaktif mewujudkan persekitaran institusi pengajian tinggi yang bebas dadah.

Pemerkasaan pencegahan pada peringkat awal kemasukan itu menjadi asas penting dalam melahirkan graduan yang cemerlang dari segi intelek, malah memiliki sahsiah terpuji demi pembangunan modal insan negara.








AADK SIBU PERKASA KESEDARAN BAHAYA DADAH KOMUNITI SELANGAU Oktober 17, 2026 SELANGAU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daera...
17/10/2026

AADK SIBU PERKASA KESEDARAN BAHAYA DADAH KOMUNITI SELANGAU

Oktober 17, 2026

SELANGAU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) memperkukuh benteng pertahanan komuniti luar bandar daripada ancaman bahan terlarang menerusi Ceramah dan Pameran Antidadah (CP) sempena Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bahagian Sibu di Rh. Catherine Anak Sada, Sungai Ngayah, Selangau, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut bertujuan mempertingkatkan tahap kesedaran komuniti setempat mengenai implikasi buruk penyalahgunaan dadah dan substans terlarang terhadap institusi kekeluargaan, kesihatan, serta keselamatan sosial.

Menerusi perkongsian ilmiah dan pameran itu, para penduduk didedahkan mengenai cara mengenal pasti simptom awal penagihan serta saluran khidmat rawatan dan pemulihan sukarela yang disediakan oleh pihak AADK.

RPS itu merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) melalui Majlis Pembangunan Sosial, dengan kerjasama strategik Pejabat Residen Bahagian Sibu serta Pejabat Daerah Selangau.

Program berkenaan berjaya menarik penyertaan seramai lebih 200 orang penduduk setempat dan komuniti rumah panjang sekitar.

Kaedah mendekati masyarakat secara bersemuka itu membuka ruang kepada ketua masyarakat dan ibu bapa berhubung usaha mengekang penularan najis dadah di peringkat akar umbi.

Sinergi antara pelbagai agensi kerajaan menerusi platform RPS itu membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan agenda mencegah dadah sampai ke pelosok pedalaman, sekali gus memelihara kesejahteraan masyarakat Sarawak ke arah merealisas*kan matlamat Komuniti Bebas Dadah.








👀 "Tiba-tiba s*k bertego, ingatkan ada molah salah kah apa, rupa2 tek Nya s*k boleh nangga kita lebih s*kit dari Nya."  ...
17/10/2026

👀 "Tiba-tiba s*k bertego, ingatkan ada molah salah kah apa, rupa2 tek Nya s*k boleh nangga kita lebih s*kit dari Nya."








KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI: AADK SIBU PERKUKUH MESEJ PENCEGAHAN DADAH Oktober 17, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaa...
17/10/2026

KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI: AADK SIBU PERKUKUH MESEJ PENCEGAHAN DADAH

Oktober 17, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Pameran Antidadah (PA) sempena Karnival Pendidikan Madani Tahun 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thai Kwang, baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sibu (PPD) melibatkan seramai lebih 500 orang, terdiri daripada murid sekolah, warga PPD, orang awam serta para pempamer daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

PA tersebut diadakan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dan komuniti setempat mengenai ancaman serta bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Inisiatif pencegahan itu juga bermatlamat memberi pendedahan menyeluruh mengenai peranan AADK, demi memastikan persekitaran institusi pendidikan sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang anasir dadah.

Karnival yang berlangsung meriah itu turut menyediakan pelbagai pengisian. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi ceramah kesedaran, bicara eksekutif, jualan ramah, eksplorasi kerjaya serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung.

Bagi mengasah kreativiti dan kemahiran teknologi generasi muda, penganjur turut mengadakan pertandingan mewarna, pertandingan doodle art serta bengkel coding Chumbaka.

Selain itu, pengunjung turut memanfaatkan kemudahan perkhidmatan sokongan komuniti yang disediakan di lokasi, termasuk kaunter pendaftaran Sarawak Pass/ MyDigital ID, di samping menjalani pemeriksaan kesihatan umum serta pemeriksaan pergigian secara percuma.

Penyertaan AADK dalam program itu mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperluas advokasi antidadah secara holistik.

Kerjasama strategik itu diyakini mampu membina benteng ketahanan diri yang kukuh dalam kalangan modal insan muda, sekali gus merealisas*kan aspirasi komuniti Madani yang makmur dan sihat.








CERAMAH AADK SIBU PERKASA KESEDARAN ANTIDADAH MENERUSI JELAJAH INTEGRITI Oktober 16, 2026 KANOWIT – Agensi Antidadah Keb...
16/10/2026

CERAMAH AADK SIBU PERKASA KESEDARAN ANTIDADAH MENERUSI JELAJAH INTEGRITI

Oktober 16, 2026

KANOWIT – Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah Antidadah (CA) sempena Program Jelajah Integriti Pentadbiran Bahagian Sibu Siri 3 Tahun 2026 (Program) di Pejabat Daerah Kanowit, petang tadi.

Program anjuran Unit Integriti, Pentadbiran Bahagian Sibu (PBS) itu melibatkan seramai lebih 130 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Pejabat Daerah Kanowit, Pejabat Daerah Selangau serta Mid Rajang Development Agency (MiRRDA).

CA tersebut bertujuan mempertingkatkan tahap kesedaran dan pemahaman warga perkhidmatan awam terhadap bahaya ancaman penyalahgunaan dadah serta substans terlarang di tempat kerja.

Di samping itu, pengisian CA turut bermatlamat memelihara etika profesionalisme, serta memperkukuh integriti warga pentadbiran agar sentiasa beriltizam mengekalkan budaya kerja yang harmoni.

Menerusi sesi perkongsian tersebut, para peserta didedahkan kepada peruntukan undang-undang semasa berkaitan penyalahgunaan dadah, kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan ps*kologi, serta langkah intervensi awal yang wajar diambil sekiranya berdepan dengan individu yang memerlukan bantuan pemulihan.

Penekanan turut diberikan terhadap peranan setiap kakitangan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan produktif.

Inisiatif kolaboratif itu mencerminkan komitmen berterusan AADK dan PBS dalam membendung gejala dadah di tempat kerja, selaras dengan usaha memartabatkan tadbir urus sektor awam yang berintegriti.








15 INDIVIDU POSITIF DADAH DALAM OPERASI BERSEPADU DI SIBU Oktober 15, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sib...
15/10/2026

15 INDIVIDU POSITIF DADAH DALAM OPERASI BERSEPADU DI SIBU

Oktober 15, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sibu (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sibu (JIM) komited memperkukuh budaya keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya Bilangan 7 Tahun 2026 (SJR) di sini, malam Selasa lalu.

SJR bersasar yang dihadiri Ketua Daerah AADK, Mohamad Farizal Mohamad Buang memberi penekanan penuh kepada pematuhan, akauntabiliti, serta sifar toleransi terhadap penyalahgunaan dadah dalam sektor pengangkutan perdagangan.

Hasil SJR itu, statistik keseluruhan saringan mendapati, seramai 84 orang telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati seramai 15 orang positif jenis Methamphetamine (syabu).

Tindakan saringan itu memfokuskan juga kepada kenderaan perdagangan serta persendirian demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan dengan itu, SJR dilaksanakan untuk memperhebat tindakan sifar toleransi terhadap mereka yang meletakkan nyawa orang awam dalam bahaya.

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. AADK tidak akan berkompromi dalam memastikan pemandu kenderaan bebas daripada dadah atau bahan terlarang.

Turut hadir Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ, Mohd Ariffin Zaini dan Ketua Unit Penguatkuasa JIM, Sapura Let.








AADK SIBU PUPUK KESEDARAN ANTIDADAH DALAM KALANGAN PELATIH ILKKM Oktober 8, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daer...
08/10/2026

AADK SIBU PUPUK KESEDARAN ANTIDADAH DALAM KALANGAN PELATIH ILKKM

Oktober 8, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah Antidadah (CA) sempena Ambilan Oktober Tahun 2026 Pelatih Diploma Kejururawatan (Pra Perkhidmatan) di Auditorium, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), pagi tadi.

Program anjuran ILKKM itu melibatkan penyertaan seramai lebih 50 orang pelatih baharu.

CA tersebut bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta peranan warga perkhidmatan kesihatan dalam menentang gejala sosial dalam masyarakat.

Selain itu, para pelatih telah mendaftar secara atas talian Sukarelawan AADK iaitu SKUAD Antidadah.

Penyertaan itu bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelatih agar mereka dapat bertindak sebagai ejen perubahan yang aktif menyebarkan mesej pencegahan dadah di peringkat komuniti.

Langkah AADK dan ILKKM itu membuktikan komitmen berterusan dalam melahirkan bakal petugas kesihatan yang berintegriti serta berilmu demi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas dadah.








SALAM TAKZIAH إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucpakan sa...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucpakan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilimpahkan kasih sayang dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai seorang negarawan yang disegani, tokoh wanita yang berjiwa besar serta insan yang telah mencurahkan bakti dengan penuh keikhlasan kepada negara dan masyarakat.

AADK menyanjung tinggi segala jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilimpahkan kasih sayang dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai seorang negarawan yang disegani, tokoh wanita yang berjiwa besar serta insan yang telah mencurahkan bakti dengan penuh keikhlasan kepada negara dan masyarakat.

AADK menyanjung tinggi segala jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

AADK SIBU PUPUK KESEDARAN ANTIDADAH MENERUSI PROGRAM KOMUNITI September 23, 2026 SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daer...
23/09/2026

AADK SIBU PUPUK KESEDARAN ANTIDADAH MENERUSI PROGRAM KOMUNITI

September 23, 2026

SIBU - Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) telah mengadakan Ceramah dan Pameran Antidadah (CP) sempena Program Kesejahteraan Komuniti Bebas Dadah (Program) bertemakan “Bersama Kita Cegah, Komuniti Sejahtera” bertempat di Dewan Hornbill, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), pada Sabtu.

Program anjuran Jawatankuasa Ketua Masyarakat Ketua Kaum Melayu/Melanau dengan kerjasama One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Substans Daerah Sibu, Pejabat Daerah Sibu, serta AADK itu telah melibatkan seramai lebih 150 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program telah disempurnakan oleh Ketua Masyarakat, Temenggong Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Haji Mohammad.

CP diadakan bertujuan menyebarkan maklumat mengenai bahaya penyalahgunaan bahan, menyemai kesedaran secara merentas generasi, serta memupuk semangat kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti dalam menangani gejala sosial secara inklusif.

Program berkenaan turut diisi dengan sesi ceramah daripada Unit Pakar Ps*kiatri Hospital Sibu dan Jabatan Penjara Malaysia serta ruang jualan dan pameran kesedaran.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Pengelola Program, Pemanca Sharifah Ainee Haji Sayeed Alwie, wakil Residen Bahagian Sibu, Diana Toh Kah Yien, wakil Pegawai Daerah Sibu, Sylvia Lau Gin Si, Ketua Daerah AADK, Mohamad Farizal Mohamad Buang serta wakil Pengerusi Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu, Nick Anderson Nihet.








Address

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Sibu Blok 1, Jalan Fong Ming
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084325811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share