01/10/2026
LENSA APM SIRI 1/2026 : VISI DAN HALA TUJU APM
Info terkini berkaitan visi dan hala tuju strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menuju masa hadapan.
Sejarah APM bermula seawal tahun 1939 menerusi aktiviti Passive Defence yang diperkenalkan oleh pihak British. Selepas penggubalan dan penguatkuasaan Civil Defence Ordinance 1951 (Akta 221) pada tahun 1952, pertahanan awam akhirnya diiktiraf sebagai unsur tetap serta penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1958.
Bagi memantapkan peranan organisasi, APM telah merangka tiga (3) kerangka utama iaitu :-
๐) ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค (๐๐) ๐๐๐๐โ๐๐๐๐ : Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara yang berteraskan Dasar Kesiapsiagaan dan Ketahanan Awam Negara (DeKAN), keutuhan rakyat, pemerkasaan angkatan, dan pemantapan perkhidmatan (merangkumi 15 strategi, 40 program, dan 66 indikator).
๐) ๐๐๐ค๐๐ ๐๐ฅ๐๐ญ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐โ๐๐๐๐ : Menyediakan perkhidmatan kesiapsiagaan berperingkat antarabangsa yang menumpukan 5 teras utama iaitu kesiapsiagaan awam, kompetensi modal insan, prasarana & logistik, pengoperasian, dan tadbir urus (39 aktiviti dan 39 output).
๐) ๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ฉ๐๐ง (๐๐๐ ๐๐) ๐๐๐๐โ๐๐๐๐ : Sasaran 100 tahun penubuhan APM untuk membangunkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berdaya tahan, berteknologi tinggi, dan profesional bagi menumpukan 5 teras strategi iaitu pemerkasaan modal insan, pemodenan logistik, pemantapan pusat operasi, pengukuhan integriti, serta pendigitalan organisasi pintar.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Sumber daripada :
Cawangan Pembangunan Strategik,
Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Perdana Menteri
**