AMOSH Official

Directions Contact the organization

AMOSH Official Assistant Medical Officer Sibu Hospital Official Pages

SI CILIK SELAMAT: CHILD SAFETY & EMERGENCY RESPONSE PROGRAME SIBU — Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada guru...
10/10/2026

SI CILIK SELAMAT: CHILD SAFETY & EMERGENCY RESPONSE PROGRAME

SIBU — Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) prasekolah dari seluruh Sarawak telah menyertai Bengkel Si Cilik Selamat: Child Safety & Emergency Response Program.
Program berteraskan tema "Because Every Second Matters" ini dianjurkan oleh AMOSH Hospital Sibu bagi memantapkan kemahiran warga pendidik dalam mengendalikan situasi kecemasan melibatkan kanak-kanak, seperti tercekik, bantuan asas hayat (BLS), pertolongan cemas, dan pengurusan kecederaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Tiong Hwa Huong, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hospital Sibu. Program ini turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat lain, Puan Sariah binti Hj. Mos – Ketua Penolong Pengarah Kanan (Prasekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS). Encik Mohd Aiman bin Abdullah, Pengerusi AMOSH, Hospital Sibu. Encik John Douglas, Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Sibu. Puan Hajah Sakinah, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu.

Menurut Puan Sariah binti Hj. Mos, penganjuran bengkel ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dan proaktif dalam membantu guru serta PPM prasekolah bersiap sedia menghadapi sebarang kecemasan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Dalam ucapan perasmian En Tiong telah menyatakan. “Program ini membawa mesej yang sangat penting: keselamatan kanak-kanak ialah tanggungjawab bersama. Sebagai pendidik, penjaga dan anggota masyarakat, kita mempunyai peranan untuk menyediakan persekitaran yang selamat serta bersedia bertindak apabila berlaku kecemasan”.

Melalui latihan praktikal ini, para peserta dibekalkan dengan ilmu serta keyakinan untuk bertindak pantas demi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid di sekolah.

TAMAT





Bengkel Si Cilik Selamat untuk warga pendidik di sekolah terutama nya guru dan PPM yang akan berlangsung esok di Premier...
08/10/2026

Bengkel Si Cilik Selamat untuk warga pendidik di sekolah terutama nya guru dan PPM yang akan berlangsung esok di Premier Hotel Sibu.

All the best kepada semua

1st Announcement! please mark your date now. Sarawak Emergency Medicine Conference, 8-9 April 2027.Brought to you by AMO...
08/10/2026

1st Announcement! please mark your date now. Sarawak Emergency Medicine Conference, 8-9 April 2027.

Brought to you by AMOSH Official .

Buletin AMOSH9.9.2026Bilik Mesyuarat, PPP Hosp Sibu, AMOSH. Petang tadi, Ketua Penolong Pegawai Perubatan  Negeri Sarawa...
09/09/2026

Buletin AMOSH
9.9.2026
Bilik Mesyuarat, PPP Hosp Sibu, AMOSH.

Petang tadi, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sarawak, YgBerusaha En Samsuri Bin Md Isa telah mempengerusikan dan seterusnya menangguh Mesyuarat Teknikal Ketua Penyelia Hospital Sarawak bagi tahun 2026.

Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibincangkan bersama demi memastikan profession PPP di semua Hospital di Sarawak dimartabatkan seiring dengan cabaran dan dugaan yang dihadapi PPP pada masa kini.

En Samsuri juga turut meluahkan rasa simpati dan sedih dengan kejadian yang menimpa pasukan FDS pada petang kelmarin tambahan p**a seorang dari mereka yang terlibat adalah PPP.

Admin juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

Admin / Urusetia Mesyuarat.

08/09/2026

Hari sedih buat semua warga KKM

08/09/2026

LAPORAN KEJADIAN HELIKOPTER TERHEMPAS

Tarikh: 8 September 2026
Masa: 1546H
Lokasi: Lapangan Terbang Long Lellang

1. MAKLUMAT KEJADIAN
Pada 8 September 2026 kira-kira jam 1540H, sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang.

2. TINDAKAN YANG DIAMBIL

- Pasukan penyelamat dan perubatan tiba di lokasi pada jam 1546H.
- Pihak BOMBA Airport telah berusaha untuk memadam kebakaran, setakat ini api masih belum dapat dipadam.
- Kawasan kejadian telah dikawal bagi tujuan keselamatan.
- Helikopter telah terbakar sepenuhnya.
- Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan berkemungkinan mangsa sempat terjun dari heli sebelum terhempas.

Status penumpang belum diketahui.
Penumpang:
- Captain Zainol
- Dr Ainul
- PPP Alexson Adit
- SN Debra Moset
- SN Jessie Paya

Disediakan oleh:

PPP Diana Kiew
Tarikh: 8/9/2026

Sumber video : Unknown

Buletin AMOSH8 September 2026Mesyuarat Teknikal Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Bil 2 /2026 (Perubatan) Pering...
08/09/2026

Buletin AMOSH
8 September 2026

Mesyuarat Teknikal Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Bil 2 /2026 (Perubatan) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Mesyuarat berlangsung dari 8hb hingga 9hb di Bilik Mesyuarat, Unit 4P Hosp Sibu sebagai tuan rumah kali ini.

Admin

Semoga dipermudahkan segala urusan, all the best kepada Hospital Sibu
25/08/2026

Semoga dipermudahkan segala urusan, all the best kepada Hospital Sibu

Kita menyambut baik usaha pihak atasan, tapi kalau design uniform utk Pre Hosp begini hasil dari janaan Ai, ok ke tak?Se...
08/08/2026

Kita menyambut baik usaha pihak atasan, tapi kalau design uniform utk Pre Hosp begini hasil dari janaan Ai, ok ke tak?

Sedikit penambahbaikan dari design yg telah dicadangkan pihak atasan, dengan berpandukan realistik cara kerja paramedik di lapangan.

Sekadar memberikan idea

Coming soon!Jawatankuasa Rekreasi, Sosial dan Sukan AMOSH bersama Kelab Muzik Hospital Sibu akan mengadakan edisi ke dua...
17/07/2026

Coming soon!

Jawatankuasa Rekreasi, Sosial dan Sukan AMOSH bersama Kelab Muzik Hospital Sibu akan mengadakan edisi ke dua Karnival KMHS, bersama-sama kita meriahkan!

Address

Hospital Sibu
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMOSH Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMOSH Official:

Shortcuts

Share