PPD Sibu

Call Directions

PPD Sibu PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIBU
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN,
BLOK 3, LOT 462, BROOKE DRIVE,

VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

22/08/2026
22/08/2026
๐Ÿ“ขHEBAHAN TAWARAN SEBUTHARGA ๐Ÿ“ขSukacita dimaklumkan bahawa PPD Sibu telah melaksanakan Tawaran Sebut Harga bagi : โœ๏ธNo. Se...
19/08/2026

๐Ÿ“ขHEBAHAN TAWARAN SEBUTHARGA ๐Ÿ“ข

Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Sibu telah melaksanakan Tawaran Sebut Harga bagi :

โœ๏ธNo. Sebutharga : PPDSBW.400-5/9/1
โœ๏ธNama Sebutharga : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN KUARTERS SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI BAWAH FASA 3 - KUARTERS KIP JALAN DISA, PPD SIBU BAGI TAHUN 2026
โœ๏ธKelayakan :
CIDB-G2-B-B24 DAN CIDB-G2-CE-CE21
ATAU UPKJ-E-II-5(a) & 5(b)
โœ๏ธPengambilan Dokumen : 19.08.2026 - 21.08.2026 (Jam 9 pagi - 12 tengahari & jam 2.30 petang - 4.30 petang)
โœ๏ธLawatan Tapak : 21.08.2026 @ 10 pagi
โœ๏ธTarikh Tutup : 27.08.2026 @ 12 tengahari

๐Ÿ“๐Ÿ“Hanya PENAMA SYARIKAT YANG SAH dan diberi kuasa dalam CIDB (PKK) atau CIDB (SPKK) atau UPKJ sahaja dibenarkan untuk mengambil dokumen sebutharga dan menyertai sesi lawatan tapak ini.

๐Ÿ“๐Ÿ“Sila bawa bersama dokumen lengkap (DOKUMEN ASAL dan SATU (1) SALINAN DOKUMEN-yang telah disahkan salinan) semasa pengambilan dokumen sebut harga:-
(a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) ; DAN
(b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) ; ATAU
(c) Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) ;
(d) Salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat/Penama Lesen ;
(e) TCC (Tax Compliance Certificate) ;
(f) Cop Syarikat

Untuk maklumat lanjut mengenai Tawaran Sebut Harga tersebut, sila rujuk kepada Notis Sebutharga di lampiran.

Harap maklum dan terima kasih

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐“๐” ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Š๐’๐), ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐„๐‘...
16/08/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐“๐” ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Š๐’๐), ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ (๐’๐€๐๐Š) ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐€๐‹๐ˆ๐‘๐€๐ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ (๐Š๐€๐€) ๐”๐๐“๐”๐Š ๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Tingkatan Satu bagi Kolej Sarawak, Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk Sesi Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian.

๐Ÿ“… ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐
17 OGOS 2026 HINGGA 18 SEPTEMBER 2026

Ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฌ ๐Š๐จ๐ ๐๐‘ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ฉ๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง.

Pautan :
https://shorturl.at/DcALZ

PENTING: Ibu bapa/penjaga disarankan untuk memastikan segala maklumat yang diisi adalah lengkap, tepat dan betul sebelum permohonan dihantar.

๐Ÿ“Œ Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan pengisian permohonan, ibu bapa/penjaga boleh merujuk kepada guru kelas di sekolah masing-masing atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Jangan lepaskan peluang. Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:PUAN ...
14/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:
PUAN HASIAH BT PUKIM, PUAN VERONICA ANAK AMIS, ENCIK BENEDICT WONG KEE TIONG, PUAN PAMELA LIM MEI SHAN, PUAN CHIENG HIE LING, PUAN HENG CHUI PING, ENCIK LAU UNG HUAT, ENCIK WONG TING WEE, CIK CHIENG KAI YIEN, PUAN LAU LIH HA,
ATAS PELANTIKAN SUBJECT MATTER EXPERT (SME)

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan pendidikan yang progresif, berwibawa dan berintegriti. Didoakan agar terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah, seterusnya memacu kecemerlangan sekolah dan memperkukuh agenda pendidikan demi melahirkan insan yang holistik serta berdaya saing.

โ€œMemimpin Dengan Integriti, Berkhidmat Dengan Dedikasiโ€
โ€œPendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahteraโ€

Ikhlas daripada

ENCIK LAU NGIE TUNG
Pegawai Pendidikan Daerah Sibu
serta seluruh warga
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

โ€œSederap Selangkah, Melangkah Lebih Jauhโ€
โ€œTahun Ini Tahun Kitaโ€

13/08/2026

๐Ÿ“ฃ Ekspo Pendidikan Sarawak 2026 anjuran Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
๐Ÿ—“๏ธ 15 Ogos 2026
๐Ÿ•— 7.30 Pagi - 4.30 Petang
๐Ÿ“Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak, Sibu, Sarawak

Objektif
๐Ÿ“ŒMemberi kesedaran tentang peluang pendidikan dan bantuan Kerajaan.
๐Ÿ“ŒMenghimpunkan Ekspo Pendidikan, Hari Kerjaya, dan Kesedaran Pendidikan.
๐Ÿ“ŒSasaran: pelajar, lepasan sekolah, guru, ibu bapa, dan orang awam.

โœ… Ceramah Kerjaya & Pendidikan di Sarawak
โœ… Pameran Pendidikan
โœ… Program Kesedaran Pendidikan.
โœ… Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SPM & STPM 2025


๐Ÿ“ฃSemua dijemput hadir

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆSeluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan s...
11/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

DR. YEK SIEW KING
atas pelantikan sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Jalan Oya
Berkuat Kuasa 6 Ogos 2026

dan

PUAN JENNY KOH SIN YUEH
atas pelantikan sebagai
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tung Hua
Berkuat Kuasa 10 Ogos 2026

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan pendidikan yang progresif, berwibawa dan berintegriti. Didoakan agar terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah, seterusnya memacu kecemerlangan sekolah dan memperkukuh agenda pendidikan demi melahirkan insan yang holistik serta berdaya saing.

โ€œMemimpin Dengan Integriti, Berkhidmat Dengan Dedikasiโ€
โ€œPendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahteraโ€

Ikhlas daripada

ENCIK LAU NGIE TUNG
Pegawai Pendidikan Daerah Sibu
serta seluruh warga
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

โ€œSederap Selangkah, Melangkah Lebih Jauhโ€
โ€œTahun Ini Tahun Kitaโ€

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Cik Alsey Stessy Anak Edwin, Pembantu Tadbir (P/O) N1 , Sektor Perancangan d...
11/08/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Cik Alsey Stessy Anak Edwin, Pembantu Tadbir (P/O) N1 , Sektor Perancangan
dan En Mohd Rosham Nor Bin Wally, Pembantu Tadbir (P/O) N1 Unit Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan, Sektor Pengurusan, PPD Sibu.

09/08/2026

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

IPU melebihi 100 โ€“ TIDAK SIHAT
โ€ข Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
โ€ข Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
โ€ข Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.

IPU melebihi 200 โ€“ SANGAT TIDAK SIHAT
โ€ข Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
โ€ข Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
โ€ข Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

IPU melebihi 500 โ€“ BAHAYA
โ€ข Sekolah ditutup sepenuhnya.
โ€ข Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bacaan serta arahan semasa.

Peranan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak boleh tidak menghantar anak ke sekolah dan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Ayuh bersama-sama memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Sentiasa peka. Sentiasa bersedia. Keselamatan diutamakan.

Rujukan:
Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 โ€“ Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah yang Berada dalam Kawasan Berjerebu yang Dianggap Kritikal.

SPI KPM Bil. 3 Tahun 2026 โ€“ Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat Kementerian Pendidikan.

Tahun ini tahun kita

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084330544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share