Polis IPD Sibu

Call Directions

Polis IPD Sibu Polis IPD Sibu (Official FB)

05/10/2026
PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU – SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT IPD SIBUSIBU, 2 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – Surau Darul Huda, Ibu P...
02/10/2026

PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU – SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT IPD SIBU

SIBU, 2 OKTOBER 2026 (JUMAAT) – Surau Darul Huda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menganjurkan Program Pengimarahan Surau – Solat Sunat Dhuha Peringkat IPD Sibu pada hari ini.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi tersebut disertai seramai 25 orang warga IPD Sibu, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Program dimulakan dengan kehadiran warga PKP, PRP dan PA, diikuti Solat Sunat Dhuha secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Marwan bin Haji Husaini (BIPS-BAKA) sebelum bersurai.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rohani, memupuk budaya hidup beragama serta mengukuhkan jati diri dan ukhuwah dalam kalangan warga PDRM. Selain itu, program ini turut menjadi salah satu usaha untuk mengimarahkan Surau Darul Huda dengan pengisian kerohanian secara berterusan.

Program telah berlangsung dengan lancar dan teratur serta mendapat penyertaan yang baik daripada warga IPD Sibu.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”






PROGRAM JERAYAWARA PENGUKUHAN AKIDAH DAN KESEDARAN UMMAH TAHUN 2026M/1448H PERINGKAT IPD SIBUSIBU, 23 September 2026 – S...
23/09/2026

PROGRAM JERAYAWARA PENGUKUHAN AKIDAH DAN KESEDARAN UMMAH TAHUN 2026M/1448H PERINGKAT IPD SIBU

SIBU, 23 September 2026 – Surau Darul Huda, IPD Sibu telah menganjurkan Program Jerayawara Pengukuhan Akidah dan Kesedaran Ummah Tahun 2026M/1448H yang berlangsung pada hari ini.

Program telah disertai seramai 98 orang yang terdiri daripada warga IPD Sibu dan ahli keluarga. Ceramah pengukuhan akidah dan kesedaran ummah telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Hasfa Bakri bin Hassan, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM Sarawak.

Antara pengisian program ialah Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, ceramah keagamaan, penyampaian cenderahati serta jamuan.

Program ini bertujuan meningkatkan penghayatan dan kefahaman agama, menyemarakkan pengisian kerohanian serta memperkukuh ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga IPD Sibu dan ahli keluarga.

Program berlangsung dengan lancar dan teratur, sekali gus mencerminkan komitmen IPD Sibu dalam memperkasa aspek kerohanian serta kesejahteraan warga PDRM.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

KERATAN AKHBAR PILIHAN : DUA LELAKI DIPENJARA DAN DISEBAT KERANA MENCEDERAKAN MANGSA SEMASA MEROMPAKSIBU, 22 SEPTEMBER 2...
22/09/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN : DUA LELAKI DIPENJARA DAN DISEBAT KERANA MENCEDERAKAN MANGSA SEMASA MEROMPAK

SIBU, 22 SEPTEMBER 2026 – Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak serta mencederakan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mysiri Peet terhadap Johnson B**g dan Maidy Carol Enting, kedua-duanya berusia 28 tahun, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkenaan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap, iaitu pada 2 Ogos.
Kesalahan tersebut dilakukan kira-kira jam 1.50 pagi pada 2 Ogos di Lebuh Tanah Mas, Sibu, ketika kedua-dua tertuduh melakukan rompakan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Dalam rayuan meringankan hukuman, Johnson B**g memaklumkan bahawa beliau pernah bekerja sebagai tukang masak, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, manakala Maidy Carol Enting memaklumkan pengalaman bekerja sebelum ini sebagai pekerja kilang ais.

Kes tersebut menjadi peringatan agar masyarakat sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan yang boleh mengancam keselamatan serta harta benda orang lain.

Sumber: Keratan akhbar seperti dalam gambar.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu Sibu mengucapkan Selamat Hari Mala...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu Sibu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai keharmonian yang menjadi kekuatan negara kita.

Ikhlas daripada
YDH ACP Abang Zainal Abidin bin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Sibu

YBhg. Puan Lilly Salawati binti Sahrani, Pengerusi PERKEP IPD Sibu
serta seluruh warga IPD Sibu.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!

14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, pengalaman luas, integriti serta komitmen dan dedikasi tinggi yang telah dicurahkan oleh YDH CP Datuk sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan kepolisan.

Sepanjang menerajui PDRM Kontinjen Sarawak, kepimpinan YDH CP Datuk sentiasa berteraskan integriti, profesionalisme, kebajikan warga pasukan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Segala jasa, sumbangan dan kepimpinan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada kenangan serta legasi yang amat dihargai oleh seluruh warga PDRM Sarawak.

YDH DCP Saifullizan bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersama seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, keteguhan hati dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu yang besar ini.

Semoga YDH CP Datuk terus diberi kekuatan untuk memimpin dengan penuh integriti, berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan menjunjung amanah perkhidmatan, demi memperkukuh kecemerlangan PDRM serta memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Sekalung tahniah atas pelantikan. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu. Semoga terus cemerlang dalam setiap langkah dan perjuangan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

 JANGAN JADI MATA DAN TELINGA PENJENAYAHDalam dunia digital yang semakin terbuka, setiap perkongsian perlu dibuat dengan...
14/09/2026



JANGAN JADI MATA DAN TELINGA PENJENAYAH

Dalam dunia digital yang semakin terbuka, setiap perkongsian perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan tanggungjawab. Tanpa kita sedari, perkongsian yang dianggap biasa boleh mendedahkan maklumat peribadi serta menjejaskan keselamatan diri dan keluarga.

Justeru, sentiasa berwaspada dan fikirkan kesan sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial. Jangan memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan. Ingat, keselamatan bermula dengan kebijaksanaan kita sendiri!

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#13092026

LAWATAN KEBAJIKAN PDRM SABAH SANTUNI WARIS MENDIANG KPL CHIU TECK SIONG DI SIBUSibu, 12 September 2026 – CP Datuk Jauteh...
12/09/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PDRM SABAH SANTUNI WARIS MENDIANG KPL CHIU TECK SIONG DI SIBU

Sibu, 12 September 2026 – CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mengadakan lawatan kebajikan serta menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Puan Tang Wei Wei, isteri kepada mendiang Koperal 191261 Chiu Teck Siong, yang merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian renjatan elektrik di Weston, Beaufort, Sabah.

Lawatan yang berlangsung di kediaman keluarga mendiang di Ulu Sungai Merah, Sibu, Sarawak itu turut disertai ACP Wong Leong Meng, KJLog Sabah, Supt. Yeoh Chun Shyan, KJSJK Sabah, Supt. Yampil anak Garai, KJSPT Sabah serta rombongan Konvoi Aman Borneo 2.0. Turut hadir Supt Balamurugan A/L Govindan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Asp Wee Soon Guan, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Sibu serta pemimpin masyarakat setempat.

Dalam kunjungan tersebut, PJP Sabah menyampaikan sumbangan kebajikan berbentuk kelengkapan sekolah anak-anak, kerperluan barang dapur dan bakti wang ihsan kepada waris mendiang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga PDRM Sabah terhadap keluarga yang sedang melalui saat sukar susulan kehilangan insan tersayang.

Pihak keluarga mendiang turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH PJP Sabah serta seluruh rombongan PDRM atas kesudian meluangkan masa menziarahi dan menyantuni keluarga mereka.

Sumber Gambar : Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Sarawak



Address

Sibu
96000

Telephone

+6084322222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis IPD Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share