Rakan JBALB Bahagian Sibu

Call Directions Website Contact the organization

Rakan JBALB Bahagian Sibu Rakan Penyampai Maklumat & Info Terkini Berkaitan Bekalan Air Dikawasan Luar Bandar JBALB Bahagian Sibu

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 6.10.2026 (SELASA)
06/10/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 6.10.2026 (SELASA)

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 5.10.2026 (ISNIN)
05/10/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 5.10.2026 (ISNIN)

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 4.10.2026 (AHAD)
04/10/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 4.10.2026 (AHAD)

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 1.10.2026 (KHAMIS)
01/10/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 1.10.2026 (KHAMIS)

πŠπˆπ“π€πŠπ“π€π”πŠπ’πˆπŠ? 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 πŠπ„π’π€π‹π€π‡π€π πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŽπ‘πƒπˆππ€π π€πˆπ‘, πŸπŸ—πŸ—πŸ’Perbuatan seperti membuat sambungan paip tanpa kebenaran, menc...
29/09/2026

πŠπˆπ“π€πŠπ“π€π”πŠπ’πˆπŠ? 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 πŠπ„π’π€π‹π€π‡π€π πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŽπ‘πƒπˆππ€π π€πˆπ‘, πŸπŸ—πŸ—πŸ’

Perbuatan seperti membuat sambungan paip tanpa kebenaran, mencuri air atau mengusik meter air bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh dikenakan hukuman denda yang berat.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ingin mengingatkan orang ramai tentang beberapa kesalahan di bawah Ordinan Air, 1994.

JBALB Sarawak menyeru orang ramai agar menjadi pengguna yang bertanggungjawab. Elakkan sambungan air haram, jangan mengusik meter air dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Hubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di 082-262211 untuk menyalurkan maklumat atau membuat aduan.

πŒπ„ππ†π€πŠπ€π‘ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ, πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π πŒπ€ππ€π: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ”πƒπ€π˜π€ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐁𝐀𝐋𝐁 π’π€π‘π€π–π€πŠProgram Hari Integriti peringkat ...
25/09/2026

πŒπ„ππ†π€πŠπ€π‘ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ, πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π πŒπ€ππ€π: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ”πƒπ€π˜π€ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐁𝐀𝐋𝐁 π’π€π‘π€π–π€πŠ

Program Hari Integriti peringkat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bagi tahun 2026 anjuran Cawangan Integriti yang telah diadakan pada 24 September 2026 dengan tema 'Mengakar Integriti, Kelestarian Mampan' yang berlangsung di Miri Marriott Resort and Spa.

Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Ir. Ts. Haji Tamida bin Haji Da'adi, Pemangku Pengarah JBALB Sarawak, sebagai usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh pembudayaan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja JBALB Sarawak.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pemangku Pengarah JBALB menegaskan bahawa integriti bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu dijadikan budaya kerja yang diamalkan dalam setiap keputusan dan tindakan. Setiap warga kerja bertanggungjawab memastikan kepentingan awam sentiasa diutamakan demi penyampaian perkhidmatan bekalan air yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

Turut juga memberi ucapan aluan pada program tersebut ialah Ts. Dianne Andrew Jo, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JBALB Sarawak.

Majlis ini turut dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada warga kerja daripada JBALB Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian.

Program Hari Integriti pada tahun ini dimulakan dengan Sesi Ceramah yang bertajuk β€œKecekapan Pengurusan Bekalan Air Terawat” yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, FASc, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sesi ini memberi pendedahan berkenaan kepentingan kecekapan pengurusan bekalan air terawat, selaras dengan tema program.

Program ini turut menampilkan Sesi Forum "Integriti di Lapangan Realiti dan Cabaran dalam Industri Bekalan Air" yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Ahmad, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) daripada Jabatan Hutan Sarawak yang menghimpunkan barisan panel daripada JBALB Sarawak yang disertai oleh Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian Kuching dan Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air Bahagian Samarahan manakala wakil daripada Sarawak Water Sdn. Bhd. yang disertai oleh Ir. Ts. Dr. Geoffery Ranggu anak Thomas, 'Manager Distribution for Northern Region (Miri)', bagi berkongsi pengalaman serta membincangkan cabaran sebenar dalam memperkukuh amalan integriti dalam industri bekalan air.

Seterusnya, perkongsian Sesi Ceramah yang kedua telah disampaikan oleh YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak di mana beliau telah menampilkan sesi ceramah berkaitan kecekapan pengurusan bekalan air terawat serta peranan integriti dalam menjamin kelestarian perkhidmatan air

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam memupuk budaya kerja berintegriti, memperkukuh profesionalisme serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatan bekalan air luar bandar.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 23.9.2026 (RABU)
23/09/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 23.9.2026 (RABU)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐉𝐁𝐀𝐋𝐁 π’π€π‘π€π–π€πŠ Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, Jabat...
16/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐉𝐁𝐀𝐋𝐁 π’π€π‘π€π–π€πŠ

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merakamkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak.

Hari Malaysia mengingatkan kita akan sebuah perjalanan yang dibina atas semangat perpaduan, kebersamaan dan saling menghormati. Kepelbagaian budaya, kaum dan latar belakang menjadi kekuatan yang terus menyatukan kita sebagai sebuah negara.

Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam penyampaian bekalan air kepada masyarakat luar bandar Sarawak, JBALB Sarawak akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat serta menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan Malaysia.

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 9.9.2026 (RABU)
09/09/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH SELANGAU) PADA 9.9.2026 (RABU)

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 7.9.2026 (ISNIN)
07/09/2026

PENGUMUMAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BAHAGIAN SIBU (DAERAH KANOWIT) PADA 7.9.2026 (ISNIN)

Address

Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 11:45

Telephone

+6084259100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan JBALB Bahagian Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rakan JBALB Bahagian Sibu:

Shortcuts

Share

Category