23/10/2026
PROGRAM HIGH PROFILE POLICING IPD PADAWAN
KOTA SENTOSA, 23 OKTOBER 2026 (JUMAAT)
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah melaksanakan Program High Profile Policing di Pasar Basah Kota Sentosa, Padawan, pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Program ini diketuai oleh P/Supt Barry Anak William, Ketua Polis Daerah Padawan, bersama DSP Dr. Daram Anak Ruer, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, pegawai-pegawai kanan polis, anggota PRP dan Amanita IPD Padawan serta Encik Tan Kun Gee, Pemanca Cina Bahagian Kuching.
Program ini bertujuan meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan awam, mencegah jenayah, memperkukuh hubungan antara polis dengan masyarakat serta meningkatkan keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan komuniti setempat.
Sepanjang program, pihak polis turut berinteraksi dengan masyarakat, menyampaikan maklumat dan mengedarkan risalah pencegahan jenayah, khususnya berkaitan langkah menjaga keselamatan harta benda serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam).
Orang ramai turut diberikan maklumat mengenai aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), nombor telefon balai polis dan talian hotline IPD Padawan bagi memudahkan penyaluran maklumat serta aduan kepada pihak polis.
Kehadiran pihak polis telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Program berlangsung dengan lancar tanpa sebarang aduan berkaitan jenayah diterima sepanjang pelaksanaannya.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama komuniti demi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. 🤝