28/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
S*K โ Program Pembersihan Mega Seluruh Negara sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari semalam berjaya menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memelihara kebersihan serta menceriakan kawasan rekreasi awam di daerah ini.
Program yang dirasmikan oleh YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan itu telah diadakan di Taman Eko Rimba Perangin, S*k, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat serta para sukarelawan.
Turut hadir ketika majlis perasmian diadakan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah S*k, YBrs. Encik Faisal Rizal bin Mohammad, AMK., BCK. merangkap Pegawai Daerah S*k, YB ADUN Belantik, Tuan Haji Ahmad bin Sulaiman, pengarah dan ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat, NGO dan orang awam.
Pelaksanaan program ini turut menerima peruntukan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuhkan tahap kebersihan persekitaran, memelihara kemudahan awam dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan rekreasi.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti mengecat struktur dan fasiliti awam di sepanjang pesisir sungai Taman Eko Rimba Perangin S*k yang sebelum ini kelihatan suram, usang dan lusuh. Menerusi aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan secara bersama, kawasan berkenaan kini tampil dengan wajah baharu yang lebih bersih, ceria, kemas dan menarik.
Usaha tersebut bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada persekitaran kawasan rekreasi berkenaan, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan kondusif untuk digunakan oleh pengunjung.
Selain aktiviti pembersihan dan mengecat, program turut diserikan dengan taklimat kesihatan berkaitan penyakit leptospirosis dan denggi yang disampaikan oleh Dr. Farah Diyana binti Adam dari Pejabat Kesihatan Daerah S*k. Taklimat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat tentang langkah pencegahan penyakit berjangkit, khususnya yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran.
Program turut menyediakan kaunter Trash to Cash_kendalian pihak SWCorp dan E-Idaman bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan pengasingan sisa dan kitar semula, di samping memberi pendedahan mengenai nilai ekonomi bahan buangan yang boleh dikitar semula.
Penganjuran program ini membuktikan bahawa usaha menjaga kebersihan dan menceriakan persekitaran bukanlah tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen, kerjasama dan kesedaran berterusan daripada seluruh lapisan masyarakat.
Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan peruntukan yang diberikan, YB Mejar (B) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah atas kesudian merasmikan program, serta Pejabat Kesihatan Daerah S*k, SWCorp dan E-Idaman atas kerjasama dan sumbangan kepakaran dalam menjayakan pengisian program.
Penghargaan turut diberikan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan, komuniti setempat, para sukarelawan serta semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen bagi memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Kejayaan program ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kebersihan dan kitar semula dalam kalangan masyarakat, selain menyemai rasa tanggungjawab bersama untuk memelihara keindahan alam semula jadi serta kemudahan awam demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Daripada kawasan yang dahulunya suram dan lusuh, kini kembali berseri. Inilah bukti bahawa melalui semangat kebersamaan, perubahan yang bermakna mampu direalisasikan.
*k