25/08/2026
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
24 OGOS 2026, S*K - Konvoi sempena Kempen Kibar Jalur Gemilamg Peringkat Daerah S*k Tahun 2026 telah diadakan bagi menyemarakkan rasa cinta dan semangat untuk mengibarkan jalur gemilang.
Seramai lebih dari 80 pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah dan Tanah S*k serta Majlis Daerah S*k menyertai konvoi ini yang meliputi mukim-mukim di daerah S*k.
Pelepasan bermula pada jam 9.30 pagi yang disempurnakan oleh YBhg Tuan Pegawai Daerah S*k, Encik Faisal Rizal Bin Mohammad.
Turut hadir bersama EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti Saad, Ahli Parlimen S*k, YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, ADUN Belantek, YB Ahmad bin Sulaiman serta ketua-ketua jabatan daerah S*k.