Pusat Khidmat ADUN Jeneri

Call Directions

Pusat Khidmat ADUN Jeneri DUN Menteri Besar Kedah

ZIARAH KEMATIAN BONDA AJK PAS DUN JENERI Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, hadir menziarahi keluarga Ahma...
07/10/2026

ZIARAH KEMATIAN BONDA AJK PAS DUN JENERI

Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, hadir menziarahi keluarga Ahmad Fauzi Abu yang merupakan ahli jawatankuasa Jentera Pilihan Raya PAS DUN Jeneri atas kepulangan bonda tercinta ke rahmatullah.

Jenazah bonda beliau telah disolatkan di Masjid Ubudiyah, Sungai Pau dan selamat disemadikan di tanah perkuburan masjid tersebut.

Mewakili seluruh kepimpinan dan sahabat jawatankuasa PAS DUN Jeneri, kami rakamkan ucapan takziah buat Fauzi Abu serta seluruh ahli keluarga. Semoga tabah dan reda menerima ketetapan Ilahi ini.

Semoga roh bonda beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

MANGSA RIBUT DIBANTU PUSAT KHIDMAT ADUN JENERI Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, hadir menziarahi mangsa ...
07/10/2026

MANGSA RIBUT DIBANTU PUSAT KHIDMAT ADUN JENERI

Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, hadir menziarahi mangsa kejadian ribut di Kampung Batu Besar, S*k.

Hujan lebat berterusan disertai angin kencang ini telah mengakibatkan bumbung rumah Mad Isa Abd Habib dan Rohaya Abdullah mengalami kerosakan.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, bantuan awal telah pun dihulurkan segera kepada pihak keluarga.

Pada masa yang sama, kerja-kerja pembaikan awal rumah mangsa juga telah digerakkan secara bergotong-royong hasil tenaga kerja Pusat Khidmat ADUN Jeneri bersama anggota Khidmat Malaysia S*k.

Turut serta menyantuni keluarga mangsa dalam ziarah ini adalah Tuan Penghulu Mukim Teloi dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Batu Besar.

Semoga mangsa dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

ZIARAH KEMATIAN DI KAMPUNG SELAMAT Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah Hasrulazna Habdi di Kampung ...
07/10/2026

ZIARAH KEMATIAN DI KAMPUNG SELAMAT

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah Hasrulazna Habdi di Kampung Selamat, Teloi Tua, yang telah kembali ke rahmatullah.

Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon telah hadir menziarahi keluarga arwah bagi menyampaikan salam dari Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga arwah diberikan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran menghadapi detik duka ini.

Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan bersama orang yang beriman serta beramal soleh.

TINJAUAN PROJEK DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG KENANGANPegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, turun meninjau perkem...
06/10/2026

TINJAUAN PROJEK DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG KENANGAN

Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, turun meninjau perkembangan kerja-kerja membina Dewan Orang Ramai di Kampung Kenangan, Jeneri, S*k, hari ini.

Alhamdulillah, projek yang dinantikan penduduk ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), sedang giat dijalankan.

Apabila siap kelak, pembinaan dewan ini bakal memberi manfaat yang cukup besar kepada penduduk setempat.

Penduduk Kampung Kenangan akhirnya akan memiliki sebuah ruang dan kemudahan yang lebih selesa untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, penganjuran majlis kenduri, mesyuarat, serta program-program kampung.

Semoga segala urusan pembinaan berjalan lancar demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH S*KPegawai Khas Adun Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, menghadiri Mesyuara...
06/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH S*K

Pegawai Khas Adun Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) S*k, bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah S*k.

Pegawai Daerah S*k, Tuan Faisal Rizal Mohammad selaku Pengerusi JPBD S*k, telah mempengerusikan mesyuarat tersebut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi.

Mesyuarat ini diadakan susulan fasa peralihan monsun yang sedang melanda, serta bagi memastikan JPBD S*k sentiasa bersiap-siaga mendepani sebarang risiko bencana.

Antara fokus utama perbincangan termasuklah keperluan aset dan logistik, tahap kesediaan anggota, serta penyelarasan tenaga kerja setiap agensi.

Langkah ini amat penting bagi menjamin setiap tindakan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, dan berkesan sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan.

Dengan adanya perancangan yang tersusun rapi, bencana dan kemalangan dapat dielakkan serta diminimakan kesannya.

SUMBANGAN UNTUK SUKAN RAKYAT DALAM BENDANG Pusat Khidmat Adun Jeneri menyampaikan sumbangan bagi menjayakan Program Suka...
05/10/2026

SUMBANGAN UNTUK SUKAN RAKYAT DALAM BENDANG

Pusat Khidmat Adun Jeneri menyampaikan sumbangan bagi menjayakan Program Sukan Rakyat: Sukan Dalam Bendang anjuran Belia Jeneri, petang tadi.

Pegawai Khas Kawasan kepada Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Badrul Hisham Abdul Rahman, telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil penganjur, Mohd Mubarak Haji Shaari.

Program ini akan diadakan pada 10 Oktober 2026, hari Sabtu bertempat di Bendang Sebelah Kedai Pomen Paktam, Jeneri, dengan bertemakan pakaian kain batik dan kain pelikat khusus untuk anak kariah Masjid Al-Maarif, Jeneri sahaja.

Antara acara "rare" dan menggamit memori yang akan dipertandingkan adalah panjat tiang, pukul bantal, bola jaring, bola sepak, tangkap ikan, tangkap itik, teka biji betik, bawa bola pingpong, tarik tali dan pelbagai lagi acara kejutan!

Program sebegini bukan sekadar untuk bersuka-ria, tetapi satu usaha untuk menghidupkan semula tradisi orang terdahulu yang cukup dekat dengan jiwa masyarakat tani kita, di samping menjadi medan terbaik untuk merapatkan ukhuwah dan persaudaraan sesama anak kariah.

ZIARAH PRIHATIN & SUMBANGAN KATIL PESAKITPusat Khidmat ADUN Jeneri telah menyantuni Muhammad Danial Abu Bakar di kediama...
05/10/2026

ZIARAH PRIHATIN & SUMBANGAN KATIL PESAKIT

Pusat Khidmat ADUN Jeneri telah menyantuni Muhammad Danial Abu Bakar di kediamannya di Kampung Padang Pulut, Jeneri, S*k, pagi tadi.

Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Masjid, Jeneri, kira-kira seminggu yang lalu.

Akibat insiden tersebut, beliau mengalami kecederaan patah kedua-dua belah tangan dan kini masih di bawah pemantauan rapi pihak doktor.

Bagi memudahkan urusan penjagaan dan memberi keselesaan sepanjang tempoh pemulihan, Pusat Khidmat telah menyampaikan sumbangan sebuah katil pesakit kepada beliau.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon.

Sama-sama kita doakan agar Muhammad Danial dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan tabah menghadapi ujian ini.

ZIARAH KEMATIAN DI BERIS JAYA Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mariam Musthapa yang telah kembali ke...
05/10/2026

ZIARAH KEMATIAN DI BERIS JAYA

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mariam Musthapa yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua.

Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, hadir menziarahi keluarga arwah di Bandar Baru Beris Jaya, S*k.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mendoakan semoga Allah Taala mengampuni segala dosa arwah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menempatkan arwah bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah 🤲🏻

“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”

04/10/2026

“Jangan suruh anak-anak berhenti sekolah untuk kerja. Beri dema peluang untuk mengaji, bina masa depan.”

ZIARAH KASIH KOMUNITI: MASIH ADA YANG SAYANGBersempena dengan penganjuran Hari Komuniti Kampungku Sejahtera DUN Jeneri 2...
04/10/2026

ZIARAH KASIH KOMUNITI: MASIH ADA YANG SAYANG

Bersempena dengan penganjuran Hari Komuniti Kampungku Sejahtera DUN Jeneri 2026, telah diadakan program ziarah di sekitar Kampung Kuala Temin, Kampung Gajah Putih, dan Kampung Tandop.

Ziarah ini diketuai oleh Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainon, turut disertai oleh barisan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Zakat Daerah S*k.

Melalui gabungan bersama AADK dan pihak Zakat, kita dapat menyelami isu kebajikan asnaf secara terus, di samping memberi kesedaran dan sokongan moral berhubung isu pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi.

Insya-Allah, usaha merapatkan ukhuwah dan menyantuni kebajikan komuniti DUN Jeneri ini akan terus diperkasa dari semasa ke semasa.

Biar jasa jadi kenangan, biar bakti jadi amalan.

“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”

Address

Kampung Sungai Pau
S*k
08200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105612634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADUN Jeneri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share