CREaTE

Call Directions Website Contact the organization

CREaTE Menjadi sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi negara, bertaraf dunia.
(1)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN CREaTE 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR telah menganju...
19/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN CREaTE 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR telah menganjurkan Program Semarak Kemerdekaan CREaTE 2026 pada 18 September 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan CREaTE, JKR. Program bertemakan โ€œSemangat Merdeka, Kedaulatan Negara, Tanggungjawab Bersamaโ€ ini diisi dengan perkongsian semangat patriotik oleh Leftenan Kolonel Mohd Adli Izmir bin Ramli, Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, selain penyampaian hadiah pertandingan CSSC dan lawatan ke reruai Rejimen 508 Askar Wataniah.

Semoga program seumpama ini dapat terus dianjurkan pada masa hadapan sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan memupuk kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga CREaTE.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semangat Merdeka, Kedaulatan Negara, Tanggungjawab Bersama.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )




Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSemoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus mekar dalam kalangan kita. Bersam...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus mekar dalam kalangan kita. Bersama kita menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih sejahtera.




15/09/2026
15/09/2026
Jom sama- sama kita saksikan slot bual bicara dI Selamat Pagi Malaysia menampilkan YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Sama...
15/09/2026

Jom sama- sama kita saksikan slot bual bicara dI Selamat Pagi Malaysia menampilkan YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor (Infra).

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐”๐๐€ ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ๐Š๐€๐!

YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), JKR Malaysia akan tampil dalam SPM โ€“ 1 Hari Inspirasi bagi membawakan topik 13th Malaysian Road Conference & Exhibition 2026.

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
โฐ 9.00 pagi
๐Ÿ“บ TV1 | Berita RTM | RTMKlik | MYTV Broadcasting | Astro CH505

Jom bersama-sama saksikan perkongsian menarik ini!

#๐ƒ๐ž๐ฅ๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ๐ˆ๐ฌ๐Ž๐ฎ๐ซ๐๐ซ๐ข๐จ๐ซ๐ข๐ญ๐ฒ
#๐ˆ๐š๐ฆ๐‰๐Š๐‘ #๐Š๐ข๐ญ๐š๐‰๐Š๐‘
#๐‰๐š๐ฌ๐š๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ
#๐“๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค

Kursus bertajuk Kontrak Kerja : Isu Perundangan dan Pengajaran Kes Mahkamah telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Sept...
07/09/2026

Kursus bertajuk Kontrak Kerja : Isu Perundangan dan Pengajaran Kes Mahkamah telah berlangsung dengan jayanya pada 1 September 2026 bertempat di Dewan CREaTE, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Seramai lebih 120 orang peserta dari Cawangan di Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri, JKR Daerah, Pasukan Projek dan JKR Kader telah berkumpul bagi memperkasakan ilmu berkenaan kontrak dan perundangan dalam industri pembinaan masa kini.

Sesi perkongsian ilmu kali ini disampaikan oleh dua orang Penceramah yang tidak asing lagi iaitu YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid dan Puan Chandra Dewi a/p Letchumanan AMN. Sepanjang masa kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan terma-terma kontrak, isu-isu perundangan dalam Syarat-syarat kontrak pembinaan, Tuntutan, Lanjutan Masa (EOT) dan amalan terbaik dalam menangani permasalahan semasa berhadapan dengan situasi mencabar dalam perundangan industri pembinaan di era moden ini.

Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang luar biasa! Semoga segala ilmu dan input yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya demi kecemerlangan organisasi. Terima kasih juga kepada barisan penceramah hebat atas perkongsian yang sangat padat dan bermanfaat!

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )




Pada 27 Ogos 2026, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR telah menerima kunjungan delegasi serama...
27/08/2026

Pada 27 Ogos 2026, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR telah menerima kunjungan delegasi seramai tiga (3) orang dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dianggotai oleh Ir. Dr. Suriyadi bin Sojipto, Ts. Dr. Noor Aina binti Misnon dan Dr. Syahmi bin Saari.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan nilai penyelidikan serta meneroka potensi kerjasama strategik antara CREaTE, JKR dan UPNM. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi kepakaran, bertukar pandangan serta mengenal pasti peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi kejuruteraan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )




Kursus Pemahaman Kepada Syarat-syarat Kontrak PWD 203A Siri 2 yang disampaikan oleh penceramah hebat daripada Jabatan Ke...
25/08/2026

Kursus Pemahaman Kepada Syarat-syarat Kontrak PWD 203A Siri 2 yang disampaikan oleh penceramah hebat daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan iaitu Abdul Shukor bin Abdul Rashid dan dibantu oleh Muhammad Aizat bin Mohd Yusof telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta pada 19 - 20 Ogos 2026 bertempat di Bilik Kuliah Al - Ghazali, CREaTE.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang menyeluruh kepada peserta mengenai syarat-syarat kontrak PWD 203A serta aplikasinya dalam pelaksanaan projek pembinaan. Kursus ini memberi penekanan kepada pemahaman terhadap peranan, tanggungjawab dan hak pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak, di samping memperkukuh pengetahuan peserta dalam mengurus dan mentadbir kontrak secara sistematik, teratur dan selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.

Di samping itu, peserta turut didedahkan kepada tafsiran dan aplikasi klausa-klausa utama PWD 203A melalui perbincangan serta perkongsian berdasarkan isu dan situasi yang lazim berlaku dalam pelaksanaan projek. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pengurusan perubahan kerja, lanjutan masa, kelewatan, tuntutan, pembayaran, penamatan kontrak serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pentadbiran kontrak. Pendedahan ini dapat membantu peserta mengenal pasti serta menangani isu kontrak dengan lebih tepat, berasaskan peruntukan dan kehendak kontrak, sekali gus mengurangkan risiko ketidakpatuhan dan pertikaian yang boleh menjejaskan kelancaran projek.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkukuh pemahaman terhadap syarat-syarat kontrak PWD 203A serta meningkatkan keupayaan pengurusan dan pentadbiran kontrak projek secara lebih sistematik, profesional dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan jabatan secara menyeluruh.

Terima kasih kepada penceramah pakar dari Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah kepada semua peserta atas penyertaan aktif dan komitmen sepanjang program ini!

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )




SALAM MAULIDUR RASUL 1448HSemoga Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menyemai kecintaan kepada junjungan besar N...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Semoga Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menyemai kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak Baginda dalam setiap langkah kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Ikhlas Daripada
Pengarah Kanan dan
Seluruh Warga Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE)
Jabatan Kerja Raya




Address

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jalan Kemus, Alor Gajah, Melaka
Simpang Ampat
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065512232

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CREaTE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CREaTE:

Shortcuts

Share