Majlis Daerah Simpang Renggam

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Simpang Renggam Simpang Renggam Central Johor Gateway

20/10/2026

Situasi jerebu di Johor hanya stesen Segamat mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana, manakala tujuh stesen pemantauan lain merekodkan tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.








19/10/2026

Urusan lebih mudah, pembayaran di hujung jari!

Dengan kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless), urusan harian kini lebih pantas, mudah dan praktikal.

17/10/2026
15/10/2026
KENYATAAN SEBUT HARGA MDSR BIL: 06/2026TARIKH IKLAN : 13 OKTOBER 2026 (SELASA)TARIKH JUAL : 14 OKTOBER 2026 (RABU) HINGG...
14/10/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA MDSR BIL: 06/2026

TARIKH IKLAN : 13 OKTOBER 2026 (SELASA)
TARIKH JUAL : 14 OKTOBER 2026 (RABU) HINGGA 20 OKTOBER 2026 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 21 OKTOBER 2026 (SELASA) TEPAT JAM 12 TENGAHARI

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja seperti jadual dibawah:

Dokumen meja boleh dirujuk di Kaunter Khidmat Pelanggan, Lobi Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.




14/10/2026
๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐† ๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐Œ๐——๐˜‚๐—ฎ (๐Ÿฎ) ๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ (๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ):๐Ÿ”น PEGAWAI KESIHAT...
13/10/2026

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐† ๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐Œ

๐——๐˜‚๐—ฎ (๐Ÿฎ) ๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ (๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ):

๐Ÿ”น PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U9 โ€“ 1 Kekosongan

๐Ÿ”น PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 โ€“ 1 Kekosongan

๐Ÿ“Œ Permohonan terbuka kepada rakyat Negeri Johor Darul Taโ€™zim atau warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Johor selama lima (5) tahun atau lebih, berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

๐Ÿ“Œ Permohonan hendaklah dibuat melalui Google Form di pautan berikut:

๐Ÿ”— https://forms.gle/2Ji7LBNBtm1qZVHy6

๐Ÿ“Œ Borang Permohonan Jawatan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi MDSR:

๐Ÿ”— https://www.mdsrenggam.gov.my/

๐Ÿ“… TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 OKTOBER 2026 (RABU)

โ€ขโ€ขโ€ข





10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

โ€“ Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







๐Ÿ“ข MAKLUMAN TAMBAHAN PENGAMBILAN RACE KIT HSN RUN @ TMIYC RENGGAM 2026Bagi peserta yang tidak berkesempatan mengambil rac...
09/10/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN TAMBAHAN PENGAMBILAN RACE KIT HSN RUN @ TMIYC RENGGAM 2026

Bagi peserta yang tidak berkesempatan mengambil race kit pada hari Khamis dan Jumaat, pihak urus setia akan membuka sekali lagi sesi pengambilan pada esok, Sabtu, 10 Oktober 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Gerakan, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam

Peserta dimohon membawa resit pembayaran semasa pengambilan race kit.Terima kasih atas kerjasama semua!

Address

Simpang Rengam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077551300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Simpang Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Simpang Renggam:

Shortcuts

Share