Jabatan PASTI Negeri Johor

Call Directions Contact the organization

Jabatan PASTI Negeri Johor Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan organisasi pendidikan prasekolah

🌟 PROGRAM ALAM RIA PASTI JOHOR 2026 🌟Alhamdulillah, dengan penuh semangat dan keceriaan, Program Alam Ria PASTI Johor 20...
01/10/2026

🌟 PROGRAM ALAM RIA PASTI JOHOR 2026 🌟

Alhamdulillah, dengan penuh semangat dan keceriaan, Program Alam Ria PASTI Johor 2026 telah berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di UniKL Pasir Gudang, Johor.

Program ini menjadi medan untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan potensi anak-anak PASTI di samping memupuk keyakinan diri, semangat ukhwah serta nilai kebersamaan dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat buat permata kecil PASTI untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 💚✨

"Mendidik Generasi Soleh Pintar"



🏆 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anak-anak...
28/09/2026

🏆 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anak-anak PASTI Johor yang telah mengambil bahagian dalam Alam Ria PASTI Negeri Johor 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para peserta, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang program berlangsung.

🌟 Tahniah kepada semua pemenang!
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian mencuba, kesungguhan berlatih dan pengalaman yang dilalui menjadi bekalan berharga buat anak-anak.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan teruskan mengukir kejayaan! 💚

"Mendidik Generasi Soleh Pintar"

Ikhlas daripada,
Jabatan PASTI Negeri Johor



𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔✨ 𝑀𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎 𝐾𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑖 𝑃𝑜𝑡𝑒𝑛𝑠𝑖 ✨Alam Ria PASTI Negeri Johor 2026 kembali dengan p...
25/09/2026

𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

✨ 𝑀𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎 𝐾𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑎𝑖 𝑃𝑜𝑡𝑒𝑛𝑠𝑖 ✨

Alam Ria PASTI Negeri Johor 2026 kembali dengan penuh warna dan keceriaan! 🎉

Program ini menjadi medan buat anak-anak PASTI menyerlahkan bakat, keberanian, kreativiti dan potensi diri dalam suasana yang menyeronokkan serta penuh nilai pendidikan.

📅 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 Pagi – 4.30 Petang
📍 Kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasir Gudang

Ayuh kita semarakkan Alam Ria PASTI Negeri Johor 2026 sebagai satu pentas untuk anak-anak soleh pintar berani tampil, berusaha dan mencipta kejayaan! 🌟

"Mendidik Generasi Soleh Pintar"



SELAMAT BERMUKTAMAR! Diucapkan buat seluruh perwakilan yang terdiri daripada warga PASTI Johor. Muktamar adalah ruang me...
01/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR!

Diucapkan buat seluruh perwakilan yang terdiri daripada warga PASTI Johor. Muktamar adalah ruang memperkukuh ukhuwwah, menyatukan fikrah dan memperteguh perjuangan.

Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap amanah dilaksanakan dengan penuh hikmah.


SUMBANGAN WARGA PASTI JOHOR KEPADA CIKGU MAIMUNAH SAFWAH MUSAAlhamdulillah, satu lagi usaha kebajikan yang mencerminkan ...
26/08/2026

SUMBANGAN WARGA PASTI JOHOR KEPADA CIKGU MAIMUNAH SAFWAH MUSA

Alhamdulillah, satu lagi usaha kebajikan yang mencerminkan keprihatinan dan ukhuwah dalam keluarga besar PASTI Johor.

Penyerahan sumbangan berjumlah RM7,000 menjadi tanda sokongan dan keprihatinan warga PASTI Johor kepada Cikgu Maimunah Safwah Musa (Cikgu Muna) bagi menampung kos rawatan pembedahan yang akan dijalankan pada 1 September 2026.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta menjadi asbab kekuatan buat Cikgu Muna dan keluarga.

Terima kasih kepada semua yang terus menyumbang, prihatin dan bersama-sama membina budaya kebajikan dalam keluarga PASTI Johor.

"Kebajikan atau sumbangan yang kita semai hari ini, Insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir."

Kita sama-sama doakan agar Cikgu Muna dipermudahkan segala urusan, diberi kesembuhan dan kesihatan segera untuk terus mendidik anak-anak PASTI.

Di akhir pertemuan, PASTI Johor berkesempatan bertemu dengan guru ambilan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak semester akhir yang bakal menamatkan kursus dan menerima sijil dalam majlis Konvokesyen Institut Latihan PASTI Malaysia pada hujung tahun ini.

Tahniah kepada semua guru yang akan menerima sijil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Semoga terus berjaya dan mendunia bersama PASTI!


PASTI AL-AMSYAR MENERIMA SUMBANGAN KEBAJIKAN PASTI MALAYSIAPada 11 Ogos 2026, PASTI Johor menyambut kehadiran PASTI Mala...
19/08/2026

PASTI AL-AMSYAR MENERIMA SUMBANGAN KEBAJIKAN PASTI MALAYSIA

Pada 11 Ogos 2026, PASTI Johor menyambut kehadiran PASTI Malaysia ke negeri Johor bagi menyampaikan sumbangan kebajikan dalam siri jelajah PASTI Daif.

Alhamdulillah, PASTI Al-Amsyar, Parit Sulong telah dipilih sebagai penerima sumbangan kebajikan PASTI Daif sebanyak RM3,500 untuk menaik taraf serta meringankan beban PASTI yang memerlukan ini.

Semoga dengan bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh PASTI Malaysia dan para dermawan diganjari pahala jariah yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Sama-sama kita doakan agar pendidikan PASTI terus diberkati, dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat serta rakyat Malaysia.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor


PERBINCANGAN MEJA BULAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JAINJ BERSAMA PASTI JOHORMenyatukan kefahaman dalam usaha memperkasak...
18/08/2026

PERBINCANGAN MEJA BULAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JAINJ BERSAMA PASTI JOHOR

Menyatukan kefahaman dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam di Negeri Johor.

Sesi perbincangan meja bulat pada hari ini menjadi ruang untuk berkongsi pandangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih mendasar demi memastikan agenda pendidikan Islam terus diperkasa dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Turut hadir, Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Mohd Ridhwan Salamun, Ketua Pemuda PAS Johor, Tuan Mohd Ekhwan Nazari Mohd Nazari, Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Johor, Tuan Noorhisham Abdullah, Penasihat Undang-Undang PASTI Malaysia, Ustaz Muhammad Nazirul Munir, Pengarah PASTI Johor dan Pegawai-Pegawai PASTI Johor.

Semoga Allah SWT permudahkan usaha ini dan merahmatinya.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor


KUNJUNGAN HORMAT PASTI JOHOR & PASTI MALAYSIA BERSAMA TUAN GURU DATO' DR. MAHFODZ MOHAMEDPada 11 Ogos 2026, PASTI Johor ...
14/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PASTI JOHOR & PASTI MALAYSIA BERSAMA TUAN GURU DATO' DR. MAHFODZ MOHAMED

Pada 11 Ogos 2026, PASTI Johor bersama PASTI Malaysia telah membuat kunjungan hormat bertemu Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi, Pagoh, Johor.

Alhamdulillah, pertemuan ini sarat dengan perkongsian dan nasihat daripada Tuan Guru Dato' untuk kami jadikan sebagai panduan dalam mengurus pentadbiran dan organisasi ini.

Kami doakan agar Tuan Guru Dato' terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor

ZIARAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU ALIEZAH ALI, SERAH SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN SKIM PASTI MALAYSIAPASTI Johor berkesempa...
12/08/2026

ZIARAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU ALIEZAH ALI, SERAH SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN SKIM PASTI MALAYSIA

PASTI Johor berkesempatan hadir menziarahi keluarga Almarhumah Cikgu Aliezah Ali (Cikgu Alus) yang terletak di Felda Bukit Besar, Tenggara.

Kami difahamkan Almarhumah Cikgu Alus mula mengetahui sakit yang dihadapinya sejak Oktober 2025, selepas itu menjalani rawatan susulan hingga kembali kerahmatullah pada 24 Julai 2026.

Almarhumah Cikgu Alus tetap ceria dan gagahkan diri hadir ke PASTI, mendidik anak-anak PASTI yang amat dikasihinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta dikurniakan pahala berpanjangan buat Almarhumah Cikgu Alus.

Di hujung pertemuan itu, kami telah serahkan sumbangan kebajikan skim PASTI Malaysia sebanyak RM5,000 kepada suami dan keluarganya.

Kami mendoakan seluruh ahli keluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan di atas ujian dan takdir Allah SWT.

Al FATIHAH BUAT CIKGU ALUS🤲🏻

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor

LAWATAN KERJA KE PASTI TENGGARA PASTI Johor pada Isnin, 10 Ogos 2026 telah membuat lawatan kerja rasmi ke PASTI Kawasan ...
12/08/2026

LAWATAN KERJA KE PASTI TENGGARA

PASTI Johor pada Isnin, 10 Ogos 2026 telah membuat lawatan kerja rasmi ke PASTI Kawasan Tenggara.

Fokus utama kami dalam pertemuan ini adalah untuk memperkukuh pemusatan organisasi serta pengoperasian PASTI di peringkat kawasan berjalan dengan tersusun.

Lawatan kerja ini akan berterusan ke seluruh negeri Johor untuk memastikan pelaksanaan dan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor

Address

No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6077555198

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan PASTI Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan PASTI Negeri Johor:

Shortcuts

Share