Faizul Abd. Ghani

Call Directions Website

Faizul Abd. Ghani FAIZUL ABDUL GHANI
Calon HARAPAN Nombor 1
N39 DUN Tanjung Surat

Pada 3 September 2026, satu usaha murni telah dilaksanakan apabila Faizul Abdul Ghani, Ketua Cabang Keadilan Pengerang, ...
03/09/2026

Pada 3 September 2026, satu usaha murni telah dilaksanakan apabila Faizul Abdul Ghani, Ketua Cabang Keadilan Pengerang, menyampaikan sumbangan daripada Program E-Kasih anjuran Pejabat ICU, Jabatan Perdana Menteri kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Pengerang.

Beberapa penerima telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan tersebut. Walaupun mungkin tidak mampu menyelesaikan segala kesusahan yang ditanggung, bantuan ini diharapkan dapat menjadi sedikit sinar dan meringankan beban kehidupan mereka.

Bagi En. Hairuddin bin Kemat, salah seorang penerima, beliau melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menyampaikan bantuan. Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna dan sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan harian.

Begitu juga dengan Aunty Chia Au Tee yang tidak dapat menyembunyikan rasa syukurnya. Dengan penuh terharu beliau mengucapkan,
“Banyak terima kasih, tuan. Tahun ini saya banyak ONG!”

Kata-kata ringkas itu mungkin kedengaran sederhana, namun di sebaliknya tersimpan seribu makna — rasa syukur, kegembiraan dan penghargaan daripada seorang insan yang sedang melalui kehidupan dengan penuh ketabahan.

Sesungguhnya, sebuah sumbangan bukan hanya tentang nilai yang diterima, tetapi tentang rasa peduli yang disampaikan. Ia menjadi tanda bahawa masih ada pihak yang mengambil berat, masih ada tangan yang sudi menghulur dan masih ada hati yang mahu melihat kehidupan insan lain menjadi lebih baik.

Semoga segala sumbangan yang disampaikan ini dapat sedikit membantu meringankan beban para penerima, memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta menjadi penyambung harapan buat mereka dan keluarga.

Kecil di mata kita, besar ertinya buat mereka.
Semoga segala usaha kebajikan ini terus diberkati dan dapat diteruskan demi membantu lebih ramai warga yang memerlukan di Pengerang.

“Berkongsi rezeki, menyemai kasih, meringankan beban.”

Faizul Abd Ghani
Ketua Cabang Keadilan Pengerang

Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi ...
30/08/2026

Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.

Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.

Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.

Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.

ANWAR IBRAHIM



SEPETANG BERSAMA JENTERA HARAPAN TANJUNG SURAT ❤️💙Saya berbesar hati dapat bersama-sama dalam Majlis Penghargaan Jentera...
27/08/2026

SEPETANG BERSAMA JENTERA HARAPAN TANJUNG SURAT ❤️💙

Saya berbesar hati dapat bersama-sama dalam Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN Tanjung Surat yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan di Felda Tunggal, Kota Tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera HARAPAN yang telah menyumbang tenaga, masa, buah fikiran dan komitmen, sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan tersebut, sedikit sumbangan berupa bakul makanan serta nanas telah disampaikan kepada para jentera. Nilainya mungkin tidak seberapa, namun ia merupakan tanda ingatan dan penghargaan tulus daripada saya.

Kekuatan kita lahir daripada semangat kebersamaan, kesetiaan dan kerja berpasukan. Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam perjuangan membawa suara serta harapan rakyat Tanjung Surat.

Jasa dan pengorbanan anda semua amat saya hargai dan tidak akan dilupakan.

Faizul Abdul Ghani
Pengerusi Pakatan Harapan Pengerang
Ketua Cabang KEADILAN Pengerang
Mantan Calon Harapan DUN Tanjung Surat

Dengan penuh rasa syukur, sebagai umat Islam memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW 2026/1448H. Semoga kita semua diberi ...
24/08/2026

Dengan penuh rasa syukur, sebagai umat Islam memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW 2026/1448H. Semoga kita semua diberi kekuatan meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, dalam tugas dan kehidupan kita seharian.

Selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga rahmat dan berkah Allah SWT menyertai setiap langkah dan usaha seluruh anggota keluarga kita.

Sebagai tanda penghargaan atas segala kerja keras, pengorbanan dan komitmen sepanjang PRN DUN Tanjung Surat, semua jente...
24/08/2026

Sebagai tanda penghargaan atas segala kerja keras, pengorbanan dan komitmen sepanjang PRN DUN Tanjung Surat, semua jentera HARAPAN dijemput hadir ke Majlis Penghargaan Jentera HARAPAN PRN DUN Tanjung Surat.

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
🕒 Jam 3.00 Petang
📍 Gerai Cendol Helikopter Felda Tunggal, Kota Tinggi

Majlis ini khusus untuk kita berkumpul semula, beramah mesra dan meraikan seluruh pasukan yang telah turun padang serta memberikan yang terbaik sepanjang kempen lalu.

Kehadiran semua jentera amat dialu-alukan. Datang ramai-ramai, kita jumpa petang esok dan kita raikan semangat kebersamaan yang telah dibina sepanjang perjuangan di Tanjung Surat. ✊

Faizul Abdul Ghani
Pengerusi Pakatan Harapan Pengerang
Ketua Cabang Keadilan Pengerang
Mantan Calon Harapan DUN Tanjung Surat

Jalan Teruih GK!!!Rangkul semua otai Reformis kita.. 💯
19/08/2026

Jalan Teruih GK!!!
Rangkul semua otai Reformis kita.. 💯

Terima kasih YAB Dato’ Seri Amirudin Shari atas kesudian hadir ke DUN Tanjung Surat, meluangkan masa menikmati cendol be...
10/07/2026

Terima kasih YAB Dato’ Seri Amirudin Shari atas kesudian hadir ke DUN Tanjung Surat, meluangkan masa menikmati cendol bersama rakyat serta menyantuni seluruh jentera HARAPAN.

Ucapan dan amanat YAB benar-benar menyuntik semangat baharu kepada kami untuk terus bekerja keras hingga ke saat terakhir kempen. Kehadiran beliau membuktikan bahawa perjuangan di Tanjung Surat mendapat sokongan kepimpinan parti dan akan terus diberi perhatian.

Kepada seluruh jentera, teruskan usaha, kuatkan langkah dan jangan berhenti sehingga tamat tempoh berkempen. Terima kasih atas setiap pengorbanan, tenaga dan masa yang dicurahkan.

Esok, berilah saya peluang untuk membawa suara dan harapan rakyat Tanjung Surat.

Undilah Calon HARAPAN Nombor 1, Faizul Abdul Ghani bagi DUN N39 Tanjung Surat.

Johor Ke Depan, Undi HARAPAN!

Saya menziarahi kediaman keluarga Allahyarhamah Karni binti Kasimin, penerokawati No. 1418, Blok 18, FELDA Sening, serta...
10/07/2026

Saya menziarahi kediaman keluarga Allahyarhamah Karni binti Kasimin, penerokawati No. 1418, Blok 18, FELDA Sening, serta bertemu waris bagi menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati.

Kehilangan insan tersayang pastinya amat berat, apatah lagi buat keluarga yang telah lama berkongsi kasih, susah dan senang bersama Allahyarhamah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan menghadapi waktu yang sukar ini.

Salam takziah daripada saya, Faizul Abdul Ghani, kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah. 🤲

Address

Jalan Besar
Simpang Renggam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faizul Abd. Ghani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share