Haji Rahim Ismail

Call Directions Contact the organization

Haji Rahim Ismail YB. HAJI RAHIM ISMAIL
AHLI DEWAN NEGERI CHANGKAT JERING
PUSAT KHIDMAT ADUN CHANGKAT JERING

Seusai solat Isyak tadi, saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Salmiah binti Shamsuddin (63 tahun) di Masjid...
08/10/2026

Seusai solat Isyak tadi, saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Salmiah binti Shamsuddin (63 tahun) di Masjid Nurul Amin, Banggol Pasir.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Salam TakziahSeusai solat Asar tadi, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Suhaimi bin Hassan di...
08/10/2026

Salam Takziah

Seusai solat Asar tadi, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Suhaimi bin Hassan di Surau Ahmadiah, Sungai Petai bersama ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk setempat yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang dikasihi. Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat.

Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama bagi membincangkan pelba...
08/10/2026

Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama bagi membincangkan pelbagai isu pembangunan serta keperluan rakyat di kawasan DUN Changkat Jering.

Antara perkara yang saya bangkitkan dalam mesyuarat tersebut ialah:

πŸ“Œ Permohonan turapan semula semua jalan di Taman Changkat Jering yang dimaklumkan belum pernah menerima kerja penurapan baharu sejak taman tersebut dibangunkan.

πŸ“Œ Permohonan jalan alternatif di Lorong Abdul Hamid, Kg Air Kuning berikutan jalan sedia ada melibatkan lot persendirian. Cadangan jalan alternatif sepanjang lebih kurang 50 meter dilihat dapat memberi kemudahan dan penyelesaian jangka panjang kepada penduduk setempat.

Malam semalam seusai solat Isyak, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Fazimah binti Awang Ah...
08/10/2026

Malam semalam seusai solat Isyak, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Fazimah binti Awang Ahmad di Surau As-Somadiah, Kg Senduk, Batu 8.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan yang dikasihi. Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam TakziahSeusai solat Zohor tadi, saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Sofiah binti Ahmad (65 tahun) di...
07/10/2026

Salam Takziah

Seusai solat Zohor tadi, saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Sofiah binti Ahmad (65 tahun) di Surau Diri Jumaat Taman Kaya 2. Saya juga diberi amanah untuk mengimamkan solat jenazah Allahyarhamah.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan yang disayangi. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat.

πŸŽπŸ” πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸπŸŽ.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐒Saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Ramli bin Mohamad (61 tahun) di Masjid Al-Naim,...
07/10/2026

πŸŽπŸ” πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐒

Saya hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Ramli bin Mohamad (61 tahun) di Masjid Al-Naim, Kampung Pauh.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

πŸŽπŸ“ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ’.πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠Seusai solat Asar, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham **Haji Kamaru...
07/10/2026

πŸŽπŸ“ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
πŸ’.πŸ‘πŸŽ 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠

Seusai solat Asar, saya berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham **Haji Kamaruddin di Surau Taman Kuning Sari.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian insan yang dikasihi. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Saya berkesempatan menziarahi mangsa yang terjejas akibat bencana ribut di Batu 7 serta menyampaikan sedikit sumbangan b...
01/10/2026

Saya berkesempatan menziarahi mangsa yang terjejas akibat bencana ribut di Batu 7 serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Kejadian ribut yang melanda telah menyebabkan kerosakan pada kediaman dan memberi kesan kepada kehidupan harian penduduk yang terlibat. Saya turut mengambil kesempatan melihat sendiri keadaan rumah serta mendengar keperluan yang diperlukan oleh mangsa.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak dan menjadi tanda bahawa mereka tidak keseorangan menghadapi ujian ini.

Saya mendoakan agar mangsa diberikan ketabahan, dipermudahkan urusan pembaikan rumah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Daripada hutan ke meja pengguna, rupanya panjang juga perjalanan tongkat ali dan kacip fatimah ni. Hari ini saya berkese...
01/10/2026

Daripada hutan ke meja pengguna, rupanya panjang juga perjalanan tongkat ali dan kacip fatimah ni.

Hari ini saya berkesempatan melawat sebuah kilang memproses tongkat ali dan kacip fatimah di Kg Senduk Tengah.

Menariknya, bahan mentah yang digunakan diperoleh daripada masyarakat Orang Asli sebelum diproses di kilang ini. Bermula dengan kerja memotong, menjemur, mengeringkan dan seterusnya dikisar menggunakan mesin sehingga menjadi serbuk yang sedia untuk dipasarkan.

Lawatan ini memberi gambaran bagaimana hasil hutan tempatan dapat diusahakan menjadi produk bernilai tinggi serta membuka peluang ekonomi kepada pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat.

Tahniah kepada pengusaha yang terus gigih mengembangkan industri berasaskan herba tempatan. Semoga terus maju dan memberi manfaat kepada ekonomi kawasan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Seusai Ziarah Mahabbah saya berkesempatan menziarahi Pakcik Wahid di Kg Senduk Ulu yang sedang dalam proses pemulihan se...
01/10/2026

Seusai Ziarah Mahabbah saya berkesempatan menziarahi Pakcik Wahid di Kg Senduk Ulu yang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan. Saya mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Dalam kunjungan yang sama, saya berpeluant mentahnik cucu beliau yang baru dilahirkan. Alhamdulillah, satu nikmat dan kegembiraan buat keluarga dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan.

Semoga anak yang dilahirkan membesar sebagai anak yang soleh, menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa serta membawa keberkatan kepada keluarga.

Address

No 6 Lorong Medang Taman Simpang
Simpang
34700

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+6058493727

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haji Rahim Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Haji Rahim Ismail:

Shortcuts

Share