SMK SRI SADONG

Call Directions Website

SMK SRI SADONG SMK Sri Sadong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Gunung Ngeli Sederap menuju sasaran

SKPMg2: Standard 1 โ€“ KepimpinanTAKLIMAT PENYELARAS PPBG DAN PELANTIKAN MENTOR GURU BAHARUTarikh: 30 September 2026 (Rabu...
30/09/2026

SKPMg2:
Standard 1 โ€“ Kepimpinan

TAKLIMAT PENYELARAS PPBG DAN PELANTIKAN MENTOR GURU BAHARU

Tarikh: 30 September 2026 (Rabu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: SMK Sri Sadong

Taklimat Penyelaras PPBG dan pelantikan mentor kepada guru baharu SMK Sri Sadong telah dilaksanakan bagi memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan PPBG serta peranan mentor dalam membimbing guru baharu.

Pelantikan mentor bertujuan membantu guru baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, memahami tugas dan tanggungjawab serta meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas.

Program ini diharapkan dapat memastikan proses bimbingan dan pembangunan profesional guru baharu dilaksanakan secara terancang dan berterusan.

SMK Sri Sadong โ€“ Excellent Champion The Best

LAPORAN PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA PERPINDAHAN GURU KE STESEN BAHARUTarikh: 29 September 2026Tempat: SMK Sri SadongProgram...
29/09/2026

LAPORAN PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA PERPINDAHAN GURU KE STESEN BAHARU

Tarikh: 29 September 2026
Tempat: SMK Sri Sadong
Program: Perhimpunan Khas Sempena Perpindahan Guru

Perhimpunan khas telah diadakan bagi meraikan Cikgu Muhammad Najib bin Nor Amri yang akan berpindah ke stesen baharu setelah 5 tahun berkhidmat di SMK Sri Sadong.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menimba pelbagai pengalaman serta memberikan sumbangan dalam pelaksanaan tugas dan aktiviti sekolah. Perpindahan ini merupakan satu langkah baharu dalam perjalanan kerjaya beliau.

Warga SMK Sri Sadong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan kenangan yang telah dicurahkan. Semoga terus maju jaya di stesen baharu dan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada keluarga Sri Sadong.


.

LAPORAN RINGKAS PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026Program Hari Cuci Malaysia 2026 telah dilaksanakan pada 25 September 2026...
29/09/2026

LAPORAN RINGKAS PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026

Program Hari Cuci Malaysia 2026 telah dilaksanakan pada 25 September 2026 di SMK Sri Sadong dengan melibatkan semua warga sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru, AKP dan semua murid.

Program gotong-royong ini bertujuan memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih, ceria dan kondusif. Program berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua warga sekolah.

SMK Sri Sadong โ€“ Excellent Champion The Best!

PROGRAM KELAS BIMBINGAN MALAM CALON SPM 2026Program Kelas Bimbingan Malam bagi calon SPM 2026 telah mula dilaksanakan pa...
29/09/2026

PROGRAM KELAS BIMBINGAN MALAM CALON SPM 2026

Program Kelas Bimbingan Malam bagi calon SPM 2026 telah mula dilaksanakan pada 21 September 2026. Program ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Rabu, bermula jam 7.00 malam hingga 9.00 malam.

Program ini merupakan cetusan ilham Tuan Pengetua, Encik Abang Jamali bin Abang Tar, sebagai salah satu usaha untuk memberikan bimbingan, pengukuhan dan persediaan tambahan kepada calon SPM 2026 dalam menghadapi peperiksaan.

Diharapkan program ini dapat membantu meningkatkan kefahaman, keyakinan dan prestasi akademik murid serta menyemarakkan semangat mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Semoga terus berusaha dan istiqamah. Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“š

โ€œUsaha Hari Ini, Kejayaan Esok.โ€

SELAMAT DATANG KE SMK SRI SADONG!Selamat datang dan selamat bertugas kepada guru-guru baharu yang kini menjadi sebahagia...
28/09/2026

SELAMAT DATANG KE SMK SRI SADONG!

Selamat datang dan selamat bertugas kepada guru-guru baharu yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga SMK Sri Sadong.

Semoga kehadiran anda semua membawa semangat, idea dan tenaga baharu dalam mendidik serta mencorakkan kejayaan anak-anak Sri Sadong.

Selamat datang ke keluarga kita!

SRI SADONG โ€“ EXCELLENT, CHAMPION, THE BEST!



23/09/2026

PROGRAM SOKONGAN SEEP โ€“ GERAK GEMPUR SEJARAH

22 September 2026 | 8.00 pagi - 3.30 petang

๐Ÿ“ Bilik PRIMA SRISA
๐Ÿ‘ฅ Semua calon SPM 2026
๐Ÿ“Š Kehadiran: 82 daripada 92 orang calon

๐ŸŽค Penceramah:
En. Fyian Shaufiq bin Sulaiman
Guru Sumber Sejarah
SMK Batu Kawan

Syukur alhamdulillah telah berlangsung Program Gerak Gempur Sejarah yang dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik bagi menghadapi Peperiksaan SPM 2026.

Program ini diharap dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah dari segi kualiti dan kuantiti. Moga calon SPM SRISA 2026 lebih yakin dan mampu menjawab dengan baik semasa SPM nanti.

Terima kasih pihak JPNS, MEITD (Program SEEP), pegawai-pegawai PPD, pengurusan sekolah, guru-guru sejarah SRISA serta murid-murid yang telah memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.

โ€œSejarah adalah guru kehidupan. Hayati sejarah, kuasai ilmu, bina masa depan."





๐ŸŽ“ PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 5 โ€“ CALON SPM 2026 ๐ŸŽ“๐Ÿ“… Tarikh: 21 September 2026โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 10.00 pagi๐Ÿ“ Tempat: Bili...
21/09/2026

๐ŸŽ“ PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 5 โ€“ CALON SPM 2026 ๐ŸŽ“

๐Ÿ“… Tarikh: 21 September 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik PRIMA SRISA
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Semua calon SPM 2026
๐Ÿ“Š Kehadiran: 85 daripada 92 orang calon
๐ŸŽค Penceramah: En. Hasbi bin Ancheh, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan

Program motivasi ini dilaksanakan bagi memberikan suntikan semangat, membina keyakinan diri serta meningkatkan kesediaan murid dalam menghadapi SPM 2026.

Perkongsian dan motivasi yang disampaikan oleh En. Hasbi bin Ancheh memberikan dorongan kepada calon agar terus fokus, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa dalam mencapai kejayaan.

Semoga semua calon SPM 2026 terus berdisiplin, konsisten dan yakin dengan potensi diri. ๐Ÿ’ช๐Ÿ“š

โ€œUsaha Hari Ini, Kejayaan Esok.โ€




๐ŸŒฟ PESANAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN ๐ŸŒฟSelamat bercuti kepada semua murid SMK Sri Sadong.Manfaatkan masa cuti dengan sebai...
28/08/2026

๐ŸŒฟ PESANAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN ๐ŸŒฟ

Selamat bercuti kepada semua murid SMK Sri Sadong.

Manfaatkan masa cuti dengan sebaik-baiknya. Rehat secukupnya, luangkan masa bersama keluarga, ulang kaji pelajaran dan lakukan aktiviti yang berfaedah.

Dalam masa yang sama, jagalah keselamatan diri, kesihatan, adab dan tingkah laku. Gunakan media sosial secara bijak dan elakkan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Semoga cuti ini menjadi ruang untuk kita berehat, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat, disiplin dan azam yang lebih tinggi.

Selamat bercuti dan selamat kembali ke sekolah! ๐Ÿ’™โค๏ธ

SMK Sri Sadong
Excellent Champion The Best

Nama Program: Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026Tarikh: 26 Ogos 2026Masa: 1.30 petangTempat: Bilik Prima SRISAPeri...
26/08/2026

Nama Program: Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026
Tarikh: 26 Ogos 2026
Masa: 1.30 petang
Tempat: Bilik Prima SRISA
Peringkat: SMK Sri Sadong

1. PENGENALAN

Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026 telah dilaksanakan sebagai salah satu platform pengurusan sekolah untuk meneliti perkembangan prestasi, mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi serta merancang tindakan penambahbaikan secara berfokus dan berterusan.

Pelaksanaan dialog ini memberi ruang kepada pihak pengurusan dan warga sekolah untuk meneliti data serta maklumat berkaitan prestasi sekolah secara lebih sistematik. Perbincangan yang dilaksanakan turut menekankan aspek akauntabiliti, pemantauan berterusan dan tindakan susulan bagi memastikan sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.

2. OBJEKTIF

Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026 dilaksanakan untuk:

Meneliti perkembangan pencapaian dan prestasi semasa sekolah berdasarkan data serta evidens yang berkaitan.
Mengenal pasti kekuatan, isu dan jurang pencapaian yang memerlukan perhatian.
Membincangkan strategi dan intervensi yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa.
Meningkatkan keberkesanan tindakan intervensi yang telah dilaksanakan.
Menetapkan tindakan susulan yang jelas, terancang dan boleh dipantau.
Memperkukuh budaya kerja berasaskan data, kolaborasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga sekolah.

3. DAPATAN DIALOG PRESTASI

Hasil perbincangan, beberapa dapatan utama telah dikenal pasti. Antaranya ialah keperluan untuk memastikan data prestasi murid sentiasa dikemas kini, dianalisis dan digunakan sebagai asas dalam merancang intervensi.

Perbincangan turut mengenal pasti bahawa pencapaian murid perlu dipantau secara berkala bagi membolehkan murid yang berisiko dikenal pasti lebih awal. Tindakan intervensi yang dilaksanakan perlu bersifat bersasar dengan mengambil kira tahap penguasaan, keperluan dan faktor yang mempengaruhi pencapaian murid.

Selain itu, aspek kerjasama antara pihak pengurusan, guru, guru kelas, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling serta ibu bapa perlu diperkukuh bagi memastikan intervensi yang dirancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

4. KEKUATAN

Antara kekuatan yang dikenal pasti melalui dialog ialah:

a) Pihak sekolah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap usaha meningkatkan prestasi murid.
b)Warga sekolah menunjukkan kesediaan untuk menggunakan data sebagai asas dalam membuat keputusan dan merancang tindakan.
c)Pemantauan prestasi murid dilaksanakan secara berterusan.

5. ISU DAN CABARAN

Beberapa isu dan cabaran yang memerlukan perhatian berterusan telah dikenal pasti, antaranya:

a) Terdapat murid yang masih belum mencapai tahap prestasi yang disasarkan.
b) Jurang pencapaian antara murid memerlukan intervensi yang lebih bersasar dan berbeza mengikut keperluan.
c) Tahap motivasi dan kesediaan belajar sebahagian murid masih perlu dipertingkatkan.
d) Pemantauan terhadap keberkesanan intervensi perlu dilaksanakan secara lebih konsisten.

6. INTERVENSI YANG DICADANGKAN

Bagi menangani isu yang dikenal pasti, beberapa intervensi dicadangkan untuk dilaksanakan secara berfasa:

6.1 Intervensi Akademik
Melaksanakan bimbingan dan pengayaan berdasarkan tahap penguasaan murid.
Memberikan latihan berfokus kepada murid yang belum mencapai tahap sasaran.
Melaksanakan pemantauan pencapaian secara berkala.
Menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru.
6.2 Intervensi Motivasi dan Sahsiah
Melaksanakan sesi motivasi dan bimbingan secara bersasar.
Memberikan sokongan kepada murid yang menunjukkan masalah motivasi, kehadiran atau penglibatan dalam pembelajaran.
Memperkukuh peranan guru kelas, guru mata pelajaran dan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pemantauan murid.
6.3 Intervensi Bersama Ibu Bapa
Meningkatkan komunikasi dengan ibu bapa bagi murid yang memerlukan perhatian khusus.
Mengadakan perbincangan atau sesi konsultasi dengan ibu bapa berdasarkan keperluan.
Memberikan maklumat berkaitan perkembangan akademik dan sahsiah murid secara berkala.
6.4 Intervensi Pemantauan
Menetapkan sasaran yang jelas bagi murid dan kumpulan yang dikenal pasti.
Menyediakan rekod pemantauan intervensi.
Membuat analisis keberkesanan intervensi secara berkala.
Membentangkan perkembangan semasa dalam mesyuarat atau dialog prestasi yang seterusnya.
7. TINDAKAN SUSULAN
Bil. Tindakan Susulan Pihak Bertanggungjawab

1 Mengenal pasti murid/kumpulan yang memerlukan intervensi berfokus PK Pentadbiran / Ketua Panitia / Guru Mata Pelajaran Berterusan
2 Melaksanakan intervensi akademik berdasarkan data pencapaian Guru Mata Pelajaran Berterusan
3 Melaksanakan bimbingan dan kaunseling kepada murid yang memerlukan Guru Bimbingan dan Kaunseling Mengikut keperluan
4 Memantau kehadiran, motivasi dan penglibatan murid Guru Kelas / GBK Berterusan
5 Meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan ibu bapa Guru Kelas / GBK / Pengurusan Mengikut keperluan
6 Merekod dan menganalisis keberkesanan intervensi Guru Mata Pelajaran / Ketua Panitia Berkala
7 Membentangkan perkembangan dan pencapaian semasa dalam dialog prestasi seterusnya Pihak Pengurusan Sekolah Mengikut jadual

8. IMPAK YANG DIHARAPKAN

Melalui pelaksanaan tindakan susulan yang dirancang, pihak sekolah mensasarkan peningkatan pencapaian murid secara berperingkat, pengurangan jurang pencapaian serta peningkatan motivasi dan penglibatan murid dalam proses pembelajaran.

Selain itu, pelaksanaan dialog prestasi secara berkala diharapkan dapat membudayakan pengurusan berasaskan data, meningkatkan akauntabiliti warga sekolah serta memastikan setiap intervensi yang dilaksanakan mempunyai sasaran, pemantauan dan penilaian keberkesanan yang jelas.

9. HUBUNG KAIT DENGAN SKPM KUALITI@SEKOLAH

Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026 menyokong usaha sekolah dalam melaksanakan pengurusan yang sistematik, berasaskan data dan berorientasikan peningkatan kualiti. Perbincangan yang dilaksanakan memberi penekanan kepada proses mengenal pasti isu, menganalisis data, merancang intervensi, melaksanakan tindakan serta membuat pemantauan dan penilaian terhadap keberkesanan tindakan.

Pendekatan ini dapat menjadi evidens kepada amalan penambahbaikan berterusan, khususnya melalui penggunaan maklumat dan data untuk membuat keputusan, penyelarasan tindakan warga sekolah serta pemantauan terhadap keberhasilan intervensi.

10. PENUTUP

Secara keseluruhannya, Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026 telah menjadi medium yang penting dalam memperkukuh pengurusan prestasi sekolah secara berfokus dan sistematik. Perbincangan yang dilaksanakan membolehkan pihak sekolah mengenal pasti kekuatan, isu dan ruang penambahbaikan serta menetapkan tindakan susulan yang lebih terarah.

Komitmen berterusan semua pihak amat penting bagi memastikan intervensi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dipantau secara konsisten. Dapatan daripada dialog ini juga akan dijadikan asas kepada tindakan penambahbaikan seterusnya bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pencapaian sekolah secara menyeluruh.

Disediakan untuk:
SMK SRI SADONG
Dialog Prestasi Berfokus Bilangan 2/2026
26 Ogos 2026

๐ŸŽ‰ SELESAI SUDAH MESYUARAT TAHUNAN PIBG SMK SRI SADONG 2026! ๐ŸŽ‰22 OGOS 2026 | SABTU | BILIK PRIMAAlhamdulillah, Mesyuarat ...
24/08/2026

๐ŸŽ‰ SELESAI SUDAH MESYUARAT TAHUNAN PIBG SMK SRI SADONG 2026! ๐ŸŽ‰

22 OGOS 2026 | SABTU | BILIK PRIMA

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan PIBG SMK Sri Sadong telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. ๐Ÿค๐Ÿ’™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Kehadiran dan komitmen tuan/puan amat kami hargai. ๐ŸŒท

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan KPD IPD Simunjan, Encik Rafhan bin Kepli atas perkongsian, nasihat dan penerangan yang sangat bermanfaat kepada para ibu bapa. Semoga jalinan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan PDRM terus diperkukuhkan demi keselamatan serta kesejahteraan anak-anak.

๐ŸŽ Tahniah kepada para pemenang cabutan bertuah!
Syabas kepada yang berjaya membawa pulang hadiah. Semoga terus dimurahkan rezeki! ๐Ÿ˜๐ŸŽ‰

Terima kasih atas kebersamaan dan sokongan semua.

PIBG Peduli, Menjulang Prestasi! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Address

Jalan Gunung Ngeli
Simunjan

Telephone

+6082803764

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SRI SADONG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share