Social Takaful Fund

Directions

Social Takaful Fund Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Social Takaful Fund, Social service, ISLAMIC BUSINESS SCHOOL (IBS) Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah Darul Aman, Sintok.

STF IBS BEKERJASAMA DALAM BIJAK WANG CHALLENGE ZON UTARASocial Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB  beker...
27/09/2026

STF IBS BEKERJASAMA DALAM BIJAK WANG CHALLENGE ZON UTARA

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB bekerjasama dengan mySalam dalam penganjuran Bijak Wang Challenge Zon Utara. Pertandingan yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan yang pertama seumpamanya yang menghimpunkan mahasiswa IPT seluruh Malaysia untuk bersaing, menguji ilmu kewangan dan membawa nama universiti ke peringkat nasional. Ia melibatkan lima zon pertandingan dan UUM terpilih menjadi tuan rumah bagi Bijak Wang Challenge bagi Zon Utara yang berlangsung pada 27 September 2026.

Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000, termasuk hadiah istimewa RM5,000 bagi universiti dengan penyertaan tertinggi dan RM5,000 kepada universiti yang mempunyai pelajar memenangi pertandingan.

Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam UUM Rizarina Karman antara 3 wakil pelajar IPT Zon Utara yang terpilih ke peringkat separuh akhir National Bijak Wang Challenge 2026 dengan menewaskan hampir 400 peserta dari IPT Zon Utara. Semoga kolaborasi ini meningkatkan kesedaran literasi kewangan kepada pelajar dari seluruh IPT di Malaysia


STF IBS UUM TAWAR GERAN KAJIAN KES BERSAMA PKKPK UUM Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB, dengan k...
24/08/2026

STF IBS UUM TAWAR GERAN KAJIAN KES BERSAMA PKKPK UUM

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB, dengan kerjasama Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK) UUM, telah menganjurkan Taklimat Penjanaan Proposal Geran Kajian Kes pada 23 April 2026 khusus kepada pensyarah IBS UUM. Sesi taklimat telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Azlina Kamaruddin, Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Mahathir Mohamad (IPDM) dan disertai oleh seramai 16 orang pensyarah IBS UUM.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penjanaan proposal bagi geran kajian kes, sama ada untuk tujuan pengajaran mahupun penyelidikan. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada penghasilan kajian kes yang lebih berkualiti . STF menyokong usaha memperkasakan penghasilan kajian kes yang mempunyai nilai akademik dan praktikal, khususnya dalam bidang tadbir urus, literasi kewangan dan kewangan sosial Islam.

Kajian kes yang dihasilkan diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran, di samping menyumbang kepada pengembangan penyelidikan yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.


Kempen Kesedaran Kewangan @ Program Hari Kesihatan Bersama Komuniti Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UU...
13/08/2026

Kempen Kesedaran Kewangan @ Program Hari Kesihatan Bersama Komuniti

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB menyertai Program Hari Kesihatan Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Changlun pada 13 Ogos 2026 di Perkarangan Surau Al-Falah Bendang Tok Leh Changlun. Pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran, jualan, pemeriksaan kesihatan, mewarna kanak-kanak dan lain-lain diadakan dalam memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai kepentingan penjagaan kesihatan & perancangan kewangan. Dana Sosial Takaful menyampaikan mesej kesedaran kewangan menerusi permainan interaktif & kuiz kewangan.

Program yang turut disertai agensi seperti SSPN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan CNI menyantuni hampir 150 pengunjung di program ini. Semoga komuniti setempat mendapat manfaat dari penganjuran program kempen kesedaran kesihatan dan kewangan ini.


100 PADAWAN BERGRADUASI DI PROGRAM IKHLAS PADAWAN 2.0  Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Pus...
25/06/2026

100 PADAWAN BERGRADUASI DI PROGRAM IKHLAS PADAWAN 2.0

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) UUM bekerjasama dengan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) dalam penganjuran program IKHLAS PADAWAN 2.0. Seramai 100 pelajar UUM terlibat dalam program yang dijalankan pada April hingga Jun 2026 merangkumi bengkel, mentoring serta kerja lapangan yang memberi fokus kepada pengurusan kewangan, perancangan takaful serta pembinaan kerjaya dalam bidang takaful.

Para pelajar ini diraikan dalam majlis Graduasi IKHLAS PADAWAN 2.0 di Dewan Sri Angsana pada 25 Jun 2026 yang dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB), En Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi serta pengurusan TIFB.

Penolong Naib Canselor UUMCOB, Prof Dr Selamah Maamor yang mewakili Naib Canselor UUM dalam ucapan perasmian menyatakan komitmen UUM dalam memastikan program ini sentiasa mendapat keutamaan dalam memastikan agenda perancangan kewangan Islam dan pembangunan pelajar diperjuangkan bersama rakan industri seperti TIFB.


132 PELAJAR SERTAI PROGRAM GRADUASI PADAWAN KWSP 1.0  Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Pusa...
16/06/2026

132 PELAJAR SERTAI PROGRAM GRADUASI PADAWAN KWSP 1.0

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Pusat Perkembangan Kerjaya & Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) UUM bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam penganjuran Majlis Graduasi PADAWAN KWSP 1.0 pada 16 Jun 2026.

Seramai 132 pelajar terlibat dalam program yang dijalankan sejak April 2026 merangkumi bengkel, podcast dan pembentangan kertas kerja yang memfokus kepada kesedaran kewangan serta perancangan persaraan bagi golongan sasaran.

Majlis yang dihadiri oleh En Sazaliza Zainuddin Ketua Pegawai Operasi KWSP, En Iwan Azlan Mokhtar Ketua Pegawai Sumber Manusia KWSP serta pengurusan kanan KWSP menyatakan komitmen kepada program ini dalam memberi impak besar kepada pembangunan pelajar dan kesedaran perancangan persaraan dalam masyarakat.

Penolong Naib Canselor UUMCOB, Prof Dr Selamah Maamor menzahirkan sokongan UUM dalam memastikan agenda literasi kewangan diperjuangkan bersama dengan rakan industri seperti KWSP bagi kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat.



500 Peserta Sertai WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0 Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan In...
16/06/2026

500 Peserta Sertai WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Institut Penyelidikan dan inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0 meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan dan penjagaan kesihatan secara holistik di perkarangan Pasaraya CMart Changlun pada 9 Jun 2026.
.
Program melibatkan aktiviti Do-It Fun Walk, Finance Trivia Challenge, Pertandingan Debat, Booth Literasi Kewangan, Pertandingan Mewarna, serta gerai makanan yang memeriahkan suasana festival, selain saringan kesihatan percuma bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit. Selain itu, reruai literasi kewangan yang disediakan telah memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan kewangan, perancangan kewangan Islam, perlindungan takaful serta amalan kewangan yang lestari.

Pengarah Program, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd. Wahab berkata, penganjuran WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan dan penjagaan kesihatan. Penyertaan lebih 500 peserta membuktikan bahawa program berasaskan komuniti yang menggabungkan elemen pendidikan, kesihatan dan aktiviti rekreasi mampu menarik minat masyarakat serta memberi impak yang positif.

Program ini mendapat kerjasama CMart Changlun, Cooperative Digital Experts (Codex) Kedah Berhad, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pusat Kesihatan Changlun serta pelbagai agensi lagi. Komitmen semua pihak membuktikan bahawa sinergi antara universiti, agensi kerajaan dan sektor industri mampu menghasilkan impak yang lebih besar kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.



HACK@IPT di IPG Kampus Darul Aman JitraHari Celik Kewangan (HACK) merupakan inisiatif Social Takaful Fund sejak tahun 20...
19/05/2026

HACK@IPT di IPG Kampus Darul Aman Jitra

Hari Celik Kewangan (HACK) merupakan inisiatif Social Takaful Fund sejak tahun 2025 bagi meningkatkan tahap literasi kewangan di kalangan masyarakat. HACK yang mendapat sokongan institusi kewangan memfokus pendedahan literasi kewangan kepada peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan komuniti.

Untuk tahun 2026, STF bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam penganjuran HACK di 12 IPT di Kedah dan Perlis dengan sasaran penglibatan seramai 4,000 peserta. Ini melibatkan ceramah kewangan dan perancangan persaraan, pameran, permainan interaktif serta pendaftaran takaful dan akaun i-Saraan KWSP.

Siri 1 HACK@IPT telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman Jitra pada 19 Mei 2026 yang melibatkan penyertaan 212 pelajar tahun akhir jurusan pendidikan. Program meliputi sesi ceramah oleh Dr. Amirul Haqeem Abd Ghani, Pensyarah IBS bertajuk “Perancangan Kewangan Peribadi – Gaji Pertama & Waspada Scam” dan disusuli dengan sesi ceramah perancangan persaraan oleh Puan Noorfazira Pegawai KWSP Alor Setar

En Mohd Saharudin, Pensyarah IBS merangkap pengarah program menyatakan penganjuran HACK@IPT membuktikan peranan berterusan Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB dalam memperluas kerjasama strategik bersama institusi kewangan seperti KWSP menerusi penganjuran program bagi memastikan kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat.


STIA 2026 Perkasa Geran Penyelidikan dan Perundingan STFSocial Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB te...
19/05/2026

STIA 2026 Perkasa Geran Penyelidikan dan Perundingan STF

Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB telah menganjurkan Dialog Sinergi Strategik Industri-IBS: Stronger Together Industry – Academia (STIA) bertempat di Bangunan Menara Takaful Kuala Lumpur baru-baru ini. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara IBS UUM dan industri khususnya dalam bidang kewangan Islam.

Dialog ini disertai oleh En Mohd Radzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Takaful Association (MTA) dan En Kamarul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif, MyPusaka Sdn Bhd serta pengurusan tertinggi Hong Leong Islamic Bank (HLIB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB), Al-ISRA Group (AIG) dan SZO Advisory Services.

Prof Dr Selamah Maamor, Penolong Naib Canselor UUMCOB yang juga Dekan IBS UUM berkata penganjuran dialog ini mencerminkan komitmen STF dan IBS dalam memperluaskan jaringan kolaborasi industri-akademia selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasa penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada masyarakat. Program ini turut membuka ruang perbincangan mengenai pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), latihan industri, konsultansi profesional dan pembangunan produk kewangan Islam yang lebih inklusif.



13/05/2026

Program PADAWAN KWSP x UUM Siri 2.

Address

ISLAMIC BUSINESS SCHOOL (IBS) Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah Darul Aman
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Social Takaful Fund posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category