02/10/2026
[SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT WAKIL-WAKIL MAHASISWA]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Mandat Mahasiswa ❤️🖤
Mandat Mahasiswa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh wakil mahasiswa atas segala khidmat, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang sesi perkhidmatan.
Setiap usaha, sumbangan dan perjuangan yang telah diberikan dalam membawa suara serta aspirasi mahasiswa amatlah dihargai dan akan menjadi sebahagian daripada perjalanan serta legasi kepimpinan mahasiswa di Universiti Utara Malaysia.
Semoga segala pengalaman dan bakti yang dicurahkan menjadi kenangan bermakna serta bekalan untuk terus melangkah dan menyumbang pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
“MANDAT DARI MAHASISWA, BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA”