Pergerakan Puteri Sipitang

Call Directions Contact the organization

Pergerakan Puteri Sipitang Puteri UMNO Bahagian Sipitang (2023-2026)

Selamat Ulang Tahun buat Puan Rosminih Akup, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang.Seluruh Ahli Jawatankuasa Pe...
04/10/2026

Selamat Ulang Tahun buat Puan Rosminih Akup, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang.

Seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Puan Ketua yang kami hormati dan kasihi.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang penuh keberkatan, rezeki yang melimpah serta kekuatan dalam memimpin dan terus berbakti kepada masyarakat, agama dan bangsa.

Terima kasih atas segala kepimpinan, tunjuk ajar, komitmen dan semangat yang sentiasa dicurahkan kepada seluruh barisan Puteri UMNO Bahagian Sipitang. Semoga setiap usaha dan perjuangan Puan sentiasa dipermudahkan serta mendapat keberkatan daripada-Nya.

Teruslah menjadi pemimpin yang inspiratif, kuat dan sentiasa dekat di hati seluruh ahli Puteri.

Dengan penuh kasih dan penghargaan,
Seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang 💗🌷

Selamat Ulang Tahun, KP! 🎂✨

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DR SITI HASMAH MOHD ALIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa duk...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang menzahirkan ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negara. Allahyarhamah bukan sahaja dikenang sebagai pendamping setia seorang negarawan, malah sebagai antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan serta banyak mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan amal bakti Allahyarhamah menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.”

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan dan menerangi kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang setulusnya dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang

*TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK*Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Seri Pad...
18/09/2026

*TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK*

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta menerima dengan penuh kesyukuran keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Puteri UMNO Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif YAB Presiden UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Dato’ Sri Najib melunaskan denda berjumlah RM50 juta.

Kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi berikut:

*Nama Akaun:*
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

*Nombor Akaun*: 8604886094
*Bank*: CIMB ISLAMIC

Terima kasih atas setiap doa, sokongan dan sumbangan.

Jom Bawa Bossku Balik Rumah!


🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan Sel...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menyemai semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air. Sebagai generasi muda, kita mempunyai peranan penting dalam membawa aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih harmoni, sejahtera dan progresif.

Dari Puteri Lahir Pemimpin,
Dari Malaysia Lahir Harapan. ❤️🇲🇾

Ayuh kita bersama-sama memelihara keharmonian dan meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.








💗 HARI KEDUA PAU 2026 | TEMA RETRO 💗Hari kedua Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 terus diserikan dengan kehadiran barisa...
11/09/2026

💗 HARI KEDUA PAU 2026 | TEMA RETRO 💗

Hari kedua Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 terus diserikan dengan kehadiran barisan Puteri UMNO yang tampil penuh bergaya dalam tema Retro! ✨

Rombongan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sipitang turut bersama-sama memeriahkan suasana PAU dengan semangat dan gaya tersendiri.

Lebih istimewa, kehadiran Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (Along) turut menyemarakkan lagi semangat seluruh warga Puteri. 💗

Tema retro bukan sekadar gaya, tetapi mencerminkan semangat Puteri yang sentiasa ceria, berani dan terus relevan merentasi zaman.

Puteri UMNO — terus bersatu, terus melangkah, terus mara! 💗







PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2026 🇲🇾💙📍 PWTC, Kuala Lumpur📅 9-11 September 2026Rombongan Perwakilan Puteri UMNO...
11/09/2026

PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2026 🇲🇾💙

📍 PWTC, Kuala Lumpur
📅 9-11 September 2026

Rombongan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sipitang hadir memeriahkan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Rombongan ini diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang, Pn. Rosminih Akup, bersama barisan perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sipitang.

Semoga kehadiran dan penyertaan ini terus menyemarakkan semangat perjuangan, memperkukuh kesatuan serta membawa suara Puteri UMNO Sipitang dalam wadah perjuangan parti.

Radu Tatap Radu! 💙





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sempena Maulidur Rasul 1448H, saya bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerak...
25/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sempena Maulidur Rasul 1448H, saya bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, sirah dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan semangat untuk memperkukuh ukhuwah, mempererat silaturahim serta membentuk generasi wanita muda yang berilmu, berintegriti dan berjiwa besar.

Harapan saya sebagai Ketua Puteri, semoga Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuh iman dan memperbanyakkan amal kebajikan. Semoga seluruh warga Puteri UMNO Bahagian Sipitang sentiasa diberi kekuatan untuk berbakti kepada agama, masyarakat dan negara dengan penuh keikhlasan.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT serta dikurniakan kehidupan yang sejahtera, harmoni dan penuh kasih sayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
“Melahirkan Rasul, Menyinari Dunia.”

Pn. Rosminih Akup
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang

UCAPAN SEMPENA ULANG TAHUN PERGERAKAN PUTERI UMNO KE-253 Ogos 2001 – 3 Ogos 2026“Sekali Puteri, Selamanya Puteri”Assalam...
03/08/2026

UCAPAN SEMPENA ULANG TAHUN PERGERAKAN PUTERI UMNO KE-25
3 Ogos 2001 – 3 Ogos 2026

“Sekali Puteri, Selamanya Puteri”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Pergerakan Puteri UMNO hari ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Sepanjang suku abad, Puteri UMNO telah menjadi wadah yang melahirkan ramai pemimpin wanita muda yang berwibawa, berani menyuarakan aspirasi rakyat serta sentiasa komited dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Bersempena sambutan yang penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan Puteri UMNO terdahulu dan kini, serta semua ahli Puteri yang tidak pernah jemu mencurahkan tenaga, idea dan khidmat bakti demi memastikan perjuangan ini terus relevan dan dihormati.

Saya berharap lebih ramai wanita muda di Sipitang tampil ke hadapan sebagai generasi pelapis yang berilmu, berintegriti, berakhlak mulia dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. Jadilah wanita yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan, kerjaya dan keluarga, malah sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat serta berani menyumbang kepada pembangunan daerah dan negara.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan perpaduan, memperkasakan wanita muda, mengangkat suara generasi baharu dan meneruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan serta semangat kebersamaan. Yakinlah bahawa masa depan Sipitang akan menjadi lebih gemilang apabila wanita muda memainkan peranan sebagai pencetus perubahan yang positif.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pergerakan Puteri UMNO Ke-25.
Semoga Puteri UMNO terus teguh melangkah, menjadi suara wanita muda, dan kekal relevan dalam mendepani cabaran masa hadapan.

“Sekali Puteri, Selamanya Puteri.”

Pn. Rosminih Akup
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SIPITANG 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan...
26/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SIPITANG 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sipitang bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2026 (Ahad), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kaka, Sipitang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rahmah Jan binti Sulaiman Khan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenom merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Turut mengiringi rombongan beliau ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenom.

Turut hadir selaku tuan rumah ialah YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Noh, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, bersama Encik Awang Anak, Naib Ketua UMNO Bahagian Sipitang, serta barisan kepimpinan sayap parti iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Sipitang, Hajah Amuilin Junsin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sipitang, En Abzalrudin dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang, Cik Nurhidayat Razali yang mewakili Ketua Puteri.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Sipitang, Puan Rosminih Akup, tidak dapat bersama-sama pada mesyuarat kali ini kerana sedang melaksanakan tugas rasmi berkaitan Pilihan Raya Negeri Sembilan yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan, jawatankuasa pelaksana, para jemputan serta seluruh warga UMNO Bahagian Sipitang yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sehingga mesyuarat ini dapat berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Insya-Allah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang akan diadakan pada 9 Ogos 2026, selepas Pilihan Raya Negeri Sembilan dan menjelang Persidangan Agung UMNO 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 September 2026.

Semoga semangat perjuangan yang dizahirkan melalui mesyuarat ini terus memperkukuh perpaduan seluruh saf kepimpinan dan ahli UMNO. Mudah-mudahan UMNO terus kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat serta kembali meraih mandat dan kepercayaan para pengundi di Negeri Sabah di bawah panji Barisan Nasional (BN) demi kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan negeri serta rakyat keseluruhannya.

Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional!




Puteri Umno Sabah
Pemuda Sipitang
Wanita Bahagian Sipitang
Rosminih Akup

🌙 Salam Ramadan 1447H 🌙Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H kepada...
18/02/2026

🌙 Salam Ramadan 1447H 🌙

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Sipitang yang dikasihi.

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan tarbiah jiwa, menyucikan hati, memperkukuhkan iman dan membina kekuatan rohani dalam diri setiap daripada kita.

✨ Motivasi Ramadan:
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mendidik kita menjadi insan yang lebih sabar, lebih pemurah dan lebih dekat kepada Allah SWT. Jadikan setiap hari di bulan mulia ini sebagai peluang memperbaiki diri dan menanam azam untuk perubahan yang lebih baik.

Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan ukhuwah, serta terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan tanah air.

🌟 Ramadan Kareem, Ramadan Mubarak.
Semoga segala amal diterima dan diberkati.

Ikhlas daripada,
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang





Address

Sipitang

Telephone

+601139907501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Puteri Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergerakan Puteri Sipitang:

Shortcuts

Share