Pejabat Tenaga Kerja Sipitang

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tenaga Kerja Sipitang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Tenaga Kerja Sipitang, Government Organization, Tingkat 1, Lot 4 & 5, Arked Mara Sipitang, Sipitang.

Saluran utama di media sosial untuk meningkatkan keterlibatan (engagements) antara Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan golongan pekerja serta majikan yang dilitupi di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) khususnya di daerah Sipitang.

12/08/2026

AWAS SINARAN UV EKSTREM DI SABAH! ⚠️

Bekerja di bawah matahari terik tanpa perlindungan boleh menjejaskan kesihatan.

πŸ‘·β€β™€οΈπŸ‘·β€β™‚οΈ Lindungi diri anda:
🧒 Pakai topi/helmet berteduh
πŸ•ΆοΈ Gunakan pelindung mata UV
πŸ‘• Pakai pakaian yang sesuai
🧴 Gunakan sunscreen SPF 30
πŸ’§ Minum air secukupnya
🌳 Berehat di tempat teduh dan elakkan pendedahan berpanjangan kepada matahari terik.

Kesihatan anda adalah modal utama pekerjaan anda 🩷
Jaga Diri. Jaga Kesihatan.
Kerja Selamat, Hidup Berkualiti.

πŸ“’ Pesanan daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah

12/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR, TUAN PENGARAH JTK SABAH

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat YBrs. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria, Pengarah JTK Sabah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang penuh keberkatan, ketenangan hati serta kebahagiaan bersama insan-insan tersayang.

Semoga setiap langkah kepimpinan Tuan terus dipermudahkan, dikurniakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan sentiasa diberikan kekuatan untuk memimpin dengan penuh integriti, amanah dan dedikasi.

Ikhlas daripada warga kerja JTK Sabah.

11/08/2026
06/08/2026

πŸ“’ NOTIS PEMAKLUMAN PERINGATAN TERAKHIR ‼️

PERHATIAN kepada Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang terlibat.

Sekiranya agensi anda masih mempunyai Bon Tunai RM1,000.00 yang telah didepositkan sebelum pindaan Akta Agensi Pekerjaan Swasta berkuat kuasa pada 1 Februari 2018, sila membuat tuntutan segera!

⏳ Tempoh tuntutan terakhir adalah dalam masa 1 bulan dari tarikh notis ini dikeluarkan.

⚠️ Bon tunai yang tidak dituntut selepas tempoh tersebut akan diwartakan dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.

πŸ“‹ Sila semak senarai agensi yang terlibat dalam infografik ini dan hubungi Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran untuk maklumat lanjut atau bantuan berkaitan proses tuntutan.

Jangan lepaskan hak anda. Bertindak segera sebelum tempoh tuntutan tamat.

04/08/2026
30/07/2026

Jabatan Tenaga Kerja Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Hj. Nor Zulhilmie bin Mohd Salleh atas perlantikan sebagai Ketua Bahagian Pekerja GIG, Jabatan Tenaga Sabah.


30/07/2026

Tahniah & Selamat Datang!

Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan iltizam yang dibawa, Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan terus melakar kecemerlangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memartabatkan hak pekerja serta memperkasakan pembangunan tenaga kerja demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Sabah.

Selamat menjalankan amanah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin Jabatan Tenaga Kerja Sabah ke arah yang lebih cemerlang.

Selamat Bertugas, Tuan Pengarah!

22/07/2026
πŸ“’ AYUH IKUTI SEMUA MEDIA SOSIAL RASMI PEJABAT TENAGA KERJA SIPITANG!Ikuti semua Platform Media Sosial Rasmi Pejabat Tena...
13/07/2026

πŸ“’ AYUH IKUTI SEMUA MEDIA SOSIAL RASMI PEJABAT TENAGA KERJA SIPITANG!

Ikuti semua Platform Media Sosial Rasmi Pejabat Tenaga Kerja Sipitang iaitu Akaun Facebook, Halaman Facebook (page), Instagram, Tiktok!

Melalui platform media sosial kami, orang awam boleh mendapatkan sebarang pengumuman, hebahan rasmi dan notis berkenaan:-

βœ… Maklumat berkaitan Hak-Hak Pekerja dan Tanggungjawab Majikan.

βœ… Perkongsian informasi mengenai undang-undang perburuhan dan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

βœ… Informasi seputar Jabatan Tenaga Kerja Sabah

βœ… Segala informasi yang berkenaan khususnya di daerah Sipitang

Senarai Media Sosial Pejabat Tenaga Kerja Sipitang :-

πŸ”Ž Akaun Facebook:

Ptk Sipitang Sabah

πŸ”Ž Halaman Facebook (page) :

Pejabat Tenaga Kerja Sipitang

πŸ”Ž Akaun Instagram:

ptk_sipitang

πŸ”Ž Akaun Tiktok:

ptk_sipitang

29/06/2026

KONVENSYEN REVOLUSI PERBURUHAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026.

Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) sentiasa komited dalam memperkukuh agenda pendidikan perburuhan sebagai
pemangkin utama ke arah pembentukan masyarakat industri yang berpengetahuan
tinggi, berdaya saing, serta berintegriti. Selaras dengan hasrat murni tersebut, JTK
Sabah amat berbesar hati untuk menganjurkan Konvensyen Revolusi Perburuhan
Peringkat Negeri Sabah 2026 pada ketetapan berikut;

Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 Petang
Tempat: Ballroom 1, Level 1, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Daftar sekarang ‼️

https://s3p.mohr.gov.my/programprapendaftaran/544



Address

Tingkat 1, Lot 4 & 5, Arked Mara Sipitang
Sipitang
89857

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6087822715

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Sipitang:

Shortcuts

Share