Akademi Pembangunan Belia Malaysia

Directions Website Contact the organization

Akademi Pembangunan Belia Malaysia MENGILMUKAN USAHAWAN BELIA

WEBINAR KEUSAHAWANAN  SIRI 7: REVOLUSI BISNES 2026 – DARI LIKE KE LOYALTYTRONOH, PERAK, 20 OKTOBER 2026 – Cawangan Penge...
20/10/2026

WEBINAR KEUSAHAWANAN SIRI 7: REVOLUSI BISNES 2026 – DARI LIKE KE LOYALTY

TRONOH, PERAK, 20 OKTOBER 2026 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Webinar Keusahawanan Siri 7 bertajuk “Revolusi Bisnes 2026 – Dari Like Ke Loyalty” secara dalam talian menerusi ZOOM MEETING dan LIVE FACEBOOK PAGE Akademi Pembangunan Belia Malaysia.

Webinar ini bertujuan membimbing usahawan dan bakal usahawan menguasai strategi pemasaran digital, khususnya dalam menukar interaksi media sosial kepada pelanggan setia melalui kandungan berkualiti, komunikasi berkesan dan pembinaan kepercayaan pelanggan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Coach Akmal daripada Learning Facilitator Coach Evoing, dengan fokus kepada strategi pemasaran digital yang berkesan bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan serta mengembangkan perniagaan dalam era digital.

APBM Batu Gajah berharap program ini dapat memperkasa pengetahuan dan kemahiran keusahawanan belia, sekali gus melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing. Penghargaan turut dirakamkan kepada penceramah dan semua peserta atas sokongan yang diberikan.

📲 LIKE, SHARE & FOLLOW media sosial rasmi APBM Batu Gajah!



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

20/10/2026

Jom Saksikan Secara LIVE!!

Webinar KEUSAHAWANAN Siri 7 - REVOLUSI BISNES 2026: DARI LIKE KE LOYALTY

Please Like & Share
Follow kami untuk mendapatkan maklumat terkini:








KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

🔥 HARI INI! JANGAN LEPASKAN! 🔥💬 WEBINAR KEUSAHAWANAN  SIRI 7: REVOLUSI BISNES 2026: DARI LIKE KE LOYALTY 📅 20 OKTOBER 20...
19/10/2026

🔥 HARI INI! JANGAN LEPASKAN! 🔥

💬 WEBINAR KEUSAHAWANAN SIRI 7: REVOLUSI BISNES 2026: DARI LIKE KE LOYALTY

📅 20 OKTOBER 2026 (SELASA)
⏰ 10.00 PAGI
💻 ZOOM MEETING
🚨 Tak dapat masuk Zoom? Jangan risau!
Saksikan LIVE di page Akademi Pembangunan Belia Malaysia.

📌 PENTING!
Peserta yang mengikuti Facebook LIVE diminta kekal sehingga tamat webinar kerana link pendaftaran dan sijil akan diberikan oleh urusetia.

💬 Ada soalan? Tulis di ruangan komen! Urusetia akan ajukan kepada penceramah.



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

PROGRAM PENGUKUHAN NATURAL LANGUAGE PROCESSING (NLP) MINDA POSITIF KERJA PROAKTIF APBM BATU GAJAH JANDA BAIK, PAHANG, 18...
19/10/2026

PROGRAM PENGUKUHAN NATURAL LANGUAGE PROCESSING (NLP) MINDA POSITIF KERJA PROAKTIF APBM BATU GAJAH

JANDA BAIK, PAHANG, 18 OKTOBER 2026 – Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Pengukuhan Natural Language Processing (NLP) Minda Positif Kerja Proaktif pada 16 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang, dengan penyertaan pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah.

Program ini bertujuan memperkukuh kredibiliti dan kewibawaan warga kerja, meningkatkan motivasi serta memupuk pemikiran positif, komunikasi berkesan dan kerjasama berpasukan dalam usaha membentuk organisasi yang lebih dinamik dan produktif.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Teambuilding Game, Whacky Sport dan Telematch (Wet & Dry) telah dilaksanakan bagi membina kepercayaan, mengasah kepimpinan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana ceria dan penuh semangat.

Turut hadir ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, harmoni dan berprestasi tinggi.

📲 Ikuti perkembangan dan aktiviti terkini melalui laman rasmi media sosial APBM Batu Gajah.



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

“🚀 ESOK KITA JUMPA! 🚀🔥 WEBINAR KEUSAHAWANAN  SIRI 7✨ REVOLUSI BISNES 2026: DARI LIKE KE LOYALTY ✨👍 Likes beribu, tapi ju...
18/10/2026

“🚀 ESOK KITA JUMPA! 🚀

🔥 WEBINAR KEUSAHAWANAN SIRI 7
✨ REVOLUSI BISNES 2026: DARI LIKE KE LOYALTY ✨

👍 Likes beribu, tapi jualan masih lesu? 😓
Inilah masanya untuk ubah LIKE menjadi LOYALTY, pelanggan menjadi peminat setia, dan engagement menjadi jualan! ❤️📈

📅 20 OKTOBER 2026 (SELASA)
⏰ 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
💻 ZOOM MEETING
🎓 Sijil Penyertaan Disediakan
💯 PERCUMA!

💡 Bongkar rahsia psikologi pelanggan, strategi retention dan 5 amalan mudah untuk membina pelanggan setia!

🔥 JANGAN SEKADAR VIRAL, JADILAH PILIHAN! 🔥

📲 DAFTAR SEKARANG!
👉 https://forms.gle/WwMq7sxTJDXyB3kW6

📱 Cik Norfitri: www.wasap.my/60187751528/WRB7
📱 Pn. Siti Balqish: www.wasap.my/60136495009/WRB7

ESOK KITA JUMPA! JOM REVOLUSIKAN BISNES ANDA! 🚀









KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

KURSUS ASAS NIAGA BELIA SIRI 2: “SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS” – DARI ASAS KE PELUANG PERNIAGAANTRONOH, PERAK, 15 OKTOBER...
15/10/2026

KURSUS ASAS NIAGA BELIA SIRI 2: “SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS” – DARI ASAS KE PELUANG PERNIAGAAN

TRONOH, PERAK, 15 OKTOBER 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Niaga Belia Siri 2: Sport Massage for Beginners – Dari Asas ke Peluang Perniagaan bertempat di APBM Batu Gajah.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teori dan kemahiran asas urutan sukan, di samping menerapkan pengetahuan keusahawanan bagi membuka peluang menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan kemahiran.

Pengisian kursus merangkumi modul Pengenalan dan Teori Asas Urutan Sukan serta Teknik Asas Urutan Sukan, dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman, iaitu Cik Nur Shamimi Alia binti Shuhami, Encik Muhammad Nazmi bin Mohd Nazri, Encik Muhammad Afnan Hazazi bin Mohd dan Cik Nur Zahirah binti Zamani serta Cik Farah Hana binti Mohd Ariff dari Robust Sport & Physiotherapy.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Penganjuran ini diharap dapat memperkasa kemahiran belia serta menggalakkan mereka meneroka peluang keusahawanan bagi membina perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

📲 Ikuti platform rasmi APBM Batu Gajah untuk mendapatkan maklumat terkini.



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Institut Sukan Negara Malaysia Majlis Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

🔥 NAK JADI BOS? MASA UNTUK CIPTA PELUANG!🔥😎 BELIA JADI BOS — MASA UNTUK BINA BISNES SENDIRI! 💼🚀Pernah terfikir…💭 “Aku na...
15/10/2026

🔥 NAK JADI BOS? MASA UNTUK CIPTA PELUANG!🔥

😎 BELIA JADI BOS — MASA UNTUK BINA BISNES SENDIRI! 💼🚀
Pernah terfikir…
💭 “Aku nak buat bisnes, tapi nak mula dari mana?”
💭 “Aku ada idea, tapi takut tak menjadi…”
💭 “Boleh ke orang muda macam aku jadi bos?”
JAWAPANNYA — BOLEH! 🔥

✨ Dalam webinar BELIA JADI BOS, kita akan explore:

💡 Cara fikir macam seorang usahawan

🚀 Tukarkan idea kepada peluang bisnes

🎯 Kenali kekuatan & potensi diri

🔥 Bina keyakinan untuk berani bermula

💰 Kenali dunia bisnes & peluang yang ada

🧠 Bina mindset “Aku boleh!”
Jangan hanya scroll cari inspirasi…

👉 JADI ORANG YANG CIPTA INSPIRASI! 😎🔥

📍 29 OKTOBER 2026 (KHAMIS)

💻 ONLINE WEBINAR – ZOOM

🎟️ PERCUMA + SIJIL PENYERTAAN

🔥 FREE JE! RUGI KALAU TAK JOIN!

✨ Hari ini belajar,
Esok mula mencuba,
Lusa mungkin… ANDA JADI BOS! 😎💼
👉 DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/cD1eHmwJv8im2tvNA

📲 Sebarang pertanyaan:
📱 Puan Wan Dzalen
www.wasap.my/60122775350/webinarsiri8
📱 Puan Noorhafizah
www.wasap.my/60175699923/webinarsiri8

📲 LIKE • SHARE • FOLLOW



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PERAK KE APBM BATU GAJAHTRONOH, PERAK, 14 OKTOB...
15/10/2026

LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PERAK KE APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 14 OKTOBER 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menerima lawatan dan kunjungan hormat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Perak bagi menggalakkan aktiviti pertanian di tempat kerja.

Delegasi yang diketuai oleh Encik Mohd Izzuwan bin Abu Hassan telah disambut oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Kunjungan ini turut menyaksikan penyerahan kit penanaman nanas kepada pihak APBM sebagai galakan kepada kakitangan untuk melaksanakan aktiviti penanaman nanas.

Inisiatif ini bertujuan memupuk minat terhadap pertanian serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih hijau, bersih dan kondusif. Seramai lima orang pegawai telah dipilih untuk menjayakan pelaksanaan program ini.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada LPNM Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

📲 LIKE, SHARE & FOLLOW media sosial rasmi APBM Batu Gajah untuk maklumat terkini!



KBSMalaysia Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

🚨🔥 ESOK! ESOK! ESOK! 🔥🚨KURSUS ASAS NIAGA BELIA SIRI 2: SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS – DARI ASAS KE PELUANG BISNES💪 ESOK M...
14/10/2026

🚨🔥 ESOK! ESOK! ESOK! 🔥🚨

KURSUS ASAS NIAGA BELIA SIRI 2: SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS – DARI ASAS KE PELUANG BISNES

💪 ESOK MASANYA UNTUK BERTINDAK! Kuasai asas urutan sukan, tingkatkan kemahiran praktikal dan teroka peluang bisnes bersama APBM Batu Gajah!
📅 15 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 APBM Batu Gajah, Perak
🎁 PENYERTAAN PERCUMA!
✅ Makan & minum disediakan
✅ Sijil penyertaan disediakan
🎯 Belia berumur 18–35 tahun
⚠️ HANYA 30 PESERTA TERAWAL!

🔥 JANGAN LEPASKAN PELUANG! Tambah kemahiran, tingkatkan nilai diri dan teroka potensi pendapatan.



KBSMalaysia Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

🔥💪 2 HARI LAGI! 💪🔥SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS – DARI ASAS KE PELUANG BISNES⏳ TINGGAL 2 HARI! Minat urutan sukan? Inilah ...
13/10/2026

🔥💪 2 HARI LAGI! 💪🔥
SPORT MASSAGE FOR BEGINNERS – DARI ASAS KE PELUANG BISNES

⏳ TINGGAL 2 HARI! Minat urutan sukan? Inilah masanya untuk menimba ilmu, menguasai kemahiran praktikal dan meneroka peluang menjana pendapatan!

📅 15 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 APBM Batu Gajah, Perak

🎁 PERCUMA | Makan & minum disediakan | Sijil penyertaan
🎯 Terbuka kepada belia 18–35 tahun
⚠️ TERHAD KEPADA 30 PESERTA TERAWAL!

📲 DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/vqneccrh5XXEDk2K8

📞 Puan Ernie: https://www.wasap.my/60124474846/SPORTMASSAGE2026
📞 En. Sabri: https://www.wasap.my/60125841811/SPORTMASSAGE2026
📞 En. Lung: https://www.wasap.my/60193401495/SPORTMASSAGE2026

💥 Jangan lepaskan peluang ini! Lengkapkan diri dengan kemahiran baharu bersama APBM Batu Gajah. Tempat terhad — bertindak sekarang!



KBSMalaysia Mordi Bimol JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negara Malaysia Institut Sukan Negara Malaysia ILKBS Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Sekretariat Usahawan Negeri Perak

Address

Km 21, Lebuhraya Ipoh-lumut
Siputeh
31560

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pembangunan Belia Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Pembangunan Belia Malaysia:

Shortcuts

Share