Wawasan Negara Tanjong Malim

Call Directions Website Contact the organization

Wawasan Negara Tanjong Malim Kami bawa pembaharuan dan menzahirkan harapan & amanah rakyat untuk masa hadapan yang lebih baik.

Kesempatan bersama masyarakat setempat  untuk mendengar aspirasi, keluh kesah dan harapan mereka sangat kami hargai. Pad...
12/10/2026

Kesempatan bersama masyarakat setempat untuk mendengar aspirasi, keluh kesah dan harapan mereka sangat kami hargai.

Pada ruang masa yang sama kami juga amat bersyukur untuk menerima ahli-ahli baru Wawasan Negara warga Rumah Awam 3, Kg Lubuk Salak dan Kampung Kelawar Tanjung Malim.

Terima kasih kerana sepakat bersama kami untuk membawa perubahan.

Selasa 06 Oktober 2026.Majlis silaturrahim Wawasan Negara Tg. Malim diadakan dalam keadaan cuaca hujan lebat. Namun teta...
12/10/2026

Selasa 06 Oktober 2026.

Majlis silaturrahim Wawasan Negara Tg. Malim diadakan dalam keadaan cuaca hujan lebat. Namun tetap berjalan dalam suasana persaudaraan yang meriah. Lebih gembira kehadiran dengan majoritinya orang muda.

Teringat juga jerik payah 8 tahun dahulu untuk membawa parti Tun M, ketika itu, bertapak di bumi tanah rancangan ini sehingga akhirnya mempunyai hampir 200 ahli dalam masa satu tahun sahaja.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, dalam dan juga luar parti di sini, yang banyak membantu memperkenalkan diri ini kepada masyarakat di sini. Ramai juga yang telah kembali ke alam baqa.

Bulat tekad, teruskan usaha, InsyaAllah ada hasilnya.

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَKami merakamkan takziah dan berkongsi  duka atas pemergian YABhg. Tun Dr. S...
28/09/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kami merakamkan takziah dan berkongsi duka atas pemergian YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali ke rahmatullah jam 9.30 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Sama-sama kita doakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang berima dan diredhai-Nya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Al-Fatihah

23/09/2026

Melaka Coastal Run 2026.

07/09/2026

Beliau berkata, penyertaan pemimpin bukan Melayu dalam sesebuah gabungan politik tidak seharusnya bersifat simbolik semata-mata, sebaliknya perlu disertai ruang dan pengaruh dalam membuat keputusan penting kerajaan.

Selamat bermuktamar!
04/09/2026

Selamat bermuktamar!

AYUH! BINA NEGARA BERSAMA KAMI 🇲🇾Parti Wawasan Negara Bahagian Tanjung Malim berhasrat untuk menyediakan platform kepada...
02/09/2026

AYUH! BINA NEGARA BERSAMA KAMI 🇲🇾

Parti Wawasan Negara Bahagian Tanjung Malim berhasrat untuk menyediakan platform kepada semua golongan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama - anak muda, golongan profesional, usahawan, pekerja, penjawat awam, wanita, pesara, komuniti setempat serta mereka yang mahu menyumbang idea dan tenaga untuk bersama-sama membangunkan masa depan negara.

Kami percaya, perubahan tidak hanya datang daripada ahli politik. Ia bermula apabila rakyat biasa berani tampil, bersuara dan mengambil bahagian.

Khususnya kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di kawasan Parlimen Tanjung Malim, ayuh bersama kami membina sebuah negara yang lebih baik, adil dan berwawasan.

Sertai kami hari ini!
Daftar sebagai ahli melalui kod QR di poster atau klik pautan di bawah:

https://mywawasan.org:8000/register/bahagian/p077-tanjung-malim/?tkb=153

📞 Hubungi kami: [WhatsApp 016 3045471] untuk maklumat lanjut.

Berganding bahu realisasikan agenda reset Malaysia.

Seiring membina negara atas prinsip konsensus nasional 🇲🇾





Tahniah dan selamat menjalankan amanah daripada kami Wawasan Negara Tg. Malim. Tahniah diucapkan kepada Puan Dayang Sani...
01/09/2026

Tahniah dan selamat menjalankan amanah daripada kami Wawasan Negara Tg. Malim.

Tahniah diucapkan kepada Puan Dayang Saniah Awang atas pelantikan sebagai Ketua Wanita (Penaja) dan Saudara Muhammad Faiz Rahmad sebagai Ketua Pemuda (Penaja) Parti Wawasan Negara.

Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat menggerakkan sayap Wanita dan Pemuda dengan penuh komitmen, integriti dan dedikasi tinggi.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh peranan Wanita dan Pemuda demi menjayakan aspirasi serta perjuangan Parti Wawasan Negara di semua peringkat kebangsaan, Negeri dan Bahagian-bahagian.




Address

P077 Tanjong Malim
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60163045471

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasan Negara Tanjong Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wawasan Negara Tanjong Malim:

Shortcuts

Share