Majlis Daerah Sri Aman

Call Directions Website

Majlis Daerah Sri Aman Pihak Berkuasa Tempatan

NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA BAIK PULIH JALANMajlis Daerah Sri Aman (MDSA)Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bah...
28/10/2026

NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA BAIK PULIH JALAN
Majlis Daerah Sri Aman (MDSA)

Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja baik pulih jalan akan dilaksanakan di Jalan Datuk Kampung Hilir, Sri Aman mengikut ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 28 hingga 30 Oktober 2026 (Rabu hingga Jumaat)

🕗 Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sehubungan dengan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, memperlahankan kenderaan serta mematuhi papan tanda dan arahan keselamatan sepanjang melalui kawasan kerja bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kejadian yang tidak diingini.

Pihak Majlis memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pengguna jalan raya sepanjang kerja-kerja ini dijalankan.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Majlis di talian 083-322072.

Terima kasih atas kerjasama anda.

📢 JOM MERIAHKAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG!Ooo haaaaa.. ooo ktk orang Simanggang  👋🥳Jom beramai-ramai memeriahkan Program ...
22/10/2026

📢 JOM MERIAHKAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG!
Ooo haaaaa.. ooo ktk orang Simanggang 👋🥳
Jom beramai-ramai memeriahkan Program Sarawakku Sayang yang bakal berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2026!
Pelbagai Kaunter Perkhidmatan, Jualan dan juga Konsert Rakyat khas untuk Orang Simanggang!
Pelbagai hadiah – hadiah untuk dimenangi…
Ayuh, warga Sri Aman! Sama-sama kita meriahkan Program Sarawakku Sayang 💚
Jangan lupa datang, jangan lepaskan peluang!

📢 JOM BAYAR CUKAI TAKSIRAN!!!Sempena penganjuran Program Sarawakku Sayang pada 30 Oktober hingga 1 November 2026, Majlis...
20/10/2026

📢 JOM BAYAR CUKAI TAKSIRAN!!!
Sempena penganjuran Program Sarawakku Sayang pada 30 Oktober hingga 1 November 2026, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) menyeru orang ramai untuk tampil menunaikan tanggungjawab membayar cukai taksiran demi pembangunan dan kesejahteraan bandar Sri Aman.

🎁 BERITA BAIK UNTUK PEMBAYAR CUKAI!
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen anda, hadiah akan diberikan kepada semua pembayar cukai yang membuat bayaran pada hari program berlangsung!
💙 Bayar cukai, sokong pembangunan.
💛 Bersama-sama kita memajukan Sri Aman.
❤️ Tanggungjawab anda, manfaat untuk semua!
📅 Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026
📍 Lokasi: Kaunter Majlis Daerah Sri Aman (Program Sarawakku Sayang)

Jangan lepaskan peluang ini! Mari bersama-sama menyemarakkan Program Sarawakku Sayang sambil melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang prihatin.
ANDA BAYAR, ANDA DIHARGAI! 🎁



🎉 Simanggang Street Market 🎉Jom meriahkan suasana malam di Simanggang! 🌙✨Orang ramai dijemput berkunjung ke Simanggang S...
20/10/2026

🎉 Simanggang Street Market 🎉
Jom meriahkan suasana malam di Simanggang! 🌙✨
Orang ramai dijemput berkunjung ke Simanggang Street Market, destinasi santai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman, membeli-belah serta menyokong produk dan usahawan tempatan.
🗓️ Hari: Setiap Hari Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)
🕕 Masa: 2.00 petang hingga 10.00 malam
📍 Lokasi: Parkir Kereta Jalan Kelab (Di Kawasan Premis Everwin)
Pelbagai pilihan menanti anda — makanan dan minuman, barangan kegunaan harian, pakaian, aksesori serta produk usahawan tempatan!
❤️ Jom singgah, jom meriahkan, jom sokong usahawan tempatan!

‼️‼️ NOTIS PEMAKLUMAN ‼️‼️🔊 GANGGUAN TALIAN TELEFON DI PEJABAT MAJLIS DAERAH SRI AMAN 🔊Adalah dimaklumkan bahawa talian ...
02/10/2026

‼️‼️ NOTIS PEMAKLUMAN ‼️‼️

🔊 GANGGUAN TALIAN TELEFON DI PEJABAT MAJLIS DAERAH SRI AMAN 🔊

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di Majlis Daerah Sri Aman (083-322066) kini mengalami gangguan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami sedang mengambil tindakan segera bagi memulihkan perkhidmatan tersebut.

Sebarang urusan boleh dibuat melalui:
📠 083-320829 (Faks)
📥 [email protected]

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

30/09/2026

📌 LAWATAN TINJAUAN & SESI LIBAT URUS AKPANS

Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah menerima Lawatan Tinjauan dan Sesi Libat Urus Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya kecemerlangan, kualiti serta penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Sesi ini turut menjadi platform untuk perkongsian pandangan, pertukaran maklumat serta perbincangan berkaitan amalan pengurusan berkualiti dalam usaha meningkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan MDSA.

MDSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan serta perkongsian yang diberikan oleh:

Encik Kasvenda bin Kassim (Ketua Panel)
Encik MOhamad Rafiq bin Laili
Encik Chang Hiang Meng
Puan Zaharah Malim binti Sidek Malim
Puan Nurul Khafizah binti Khadir

Semoga sesi libat urus ini dapat memperkukuh komitmen bersama ke arah perkhidmatan awam yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat.



Send a message to learn more

22 September 2026 (Selasa)MDSA MENYOKONG PENUH PELAKSANAAN PROGRAM PATUH 2026 DI PASAR TAMU SRI AMANMajlis Daerah Sri Am...
22/09/2026

22 September 2026 (Selasa)

MDSA MENYOKONG PENUH PELAKSANAAN PROGRAM PATUH 2026 DI PASAR TAMU SRI AMAN

Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sri Aman melalui pelaksanaan Program Patuh 2026 di Pasar Tamu Sri Aman.

Program ini merupakan satu inisiatif strategik KPDN dalam memperkukuh ekosistem perniagaan yang kondusif, beretika dan patuh, di samping meningkatkan kesedaran para peniaga terhadap kepentingan pematuhan peraturan serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

MDSA komited untuk terus bekerjasama dan menyokong usaha bersepadu bersama KPDN serta pihak berkepentingan dalam memastikan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Pasar Tamu Sri Aman dapat dilaksanakan dalam suasana yang teratur, selamat dan memberi manfaat kepada peniaga serta komuniti setempat.

Kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, pihak berkuasa tempatan dan komuniti perniagaan amat penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berintegriti, mampan dan mesra pengguna.

Bersama Membina Sri Aman yang Lebih Sejahtera, Teratur dan Kondusif.




⚠️ CEGAH JEREBU, LINDUNGI DIRIOrang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan jerebu dan ...
01/09/2026

⚠️ CEGAH JEREBU, LINDUNGI DIRI

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan jerebu dan cuaca panas.

🌫️ Langkah perlindungan:

😷 Pakai pelitup muka N95 ketika berada di luar.
🏠 Kurangkan aktiviti luar dan kekal di dalam rumah jika keadaan jerebu bertambah buruk.
💧 Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
👨‍👩‍👧‍👦 Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.
📱 Sentiasa ikuti maklumat dan nasihat terkini daripada pihak berkuasa.

JAGA DIRI • JAGA KELUARGA • JAGA KOMUNITI 💙

Address

Sri Aman

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083322072

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services