Klinik Kesihatan Ayer Tawar

Call Directions

Klinik Kesihatan Ayer Tawar Mencegah Dan merawat penyakit. Mengajar communiti supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan diri. Berkongsi ilmu kesihatan.
预防与治疗疾病
教导爱大华居民对自己的健康负责
与大家分享正确的健康意识

Kemeriahan Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia 2026 🎉 🎉 🎉 AYER TAWAR, 28 September 2026 – Unit Fisioterapi, Klinik Kesihat...
29/09/2026

Kemeriahan Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia 2026 🎉 🎉 🎉

AYER TAWAR, 28 September 2026 – Unit Fisioterapi, Klinik Kesihatan Ayer Tawar dengan kerjasama seluruh Fisioterapi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung serta Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar telah menganjurkan Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia 2026 bertempat di Klinik Kesihatan Ayer Tawar.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini memberi fokus kepada tema penyakit kardiovaskular dan strok, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam pencegahan, pengurusan dan pemulihan penyakit.

Bagi memupuk kesedaran mengenai gaya hidup sihat serta penjagaan kesihatan jantung, pelbagai aktiviti interaktif dan saringan kesihatan telah disediakan kepada warga kerja serta komuniti setempat, antaranya:

✨ Analisis Komposisi Badan – Saringan bagi menilai komposisi badan termasuk peratusan lemak dan j***m otot.

✨ Ujian Kecergasan Asas – Penilaian ringkas bagi mengenal pasti tahap kecergasan, kekuatan dan keupayaan fizikal individu.

✨ Jom Gerak Badan dengan Nintendo Game – Aktiviti fizikal interaktif berasaskan permainan video yang menyeronokkan sebagai galakan untuk mengamalkan gaya hidup aktif.

💪 Turut diadakan Saringan Kekuatan Tangan kategori anggota klinik

Pendidikan Kesihatan Jantung – Penyampaian informasi dan panduan berkaitan kepentingan aktiviti fizikal serta penjagaan kesihatan jantung dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

Program sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan sekumpulan pelajar kejururawatan yang telah membuka tiga buah booth pameran kesihatan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal, amalan gaya hidup aktif serta langkah-langkah pencegahan penyakit kardiovaskular dan strok 👏

26/09/2026

HAPPY WORLD PHARMACY DAY 2026 KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR

SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2026Sambutan **HARI FARMASI SEDUNIA* telah diadakan pada **25 September 2026** di **Klinik...
26/09/2026

SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2026

Sambutan **HARI FARMASI SEDUNIA* telah diadakan pada **25 September 2026** di **Klinik Kesihatan Ayer Tawar**, anjuran Unit Farmasi Klinik Kesihatan Ayer Tawar.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya pertandingan **Teka Bilangan Pil dalam Balang*, **BINGO Game* serta pertandingan **Preskripsi Hati kepada Farmasi*.

Sambutan turut diserikan dengan acara meraikan **Hari Jadi Pegawai Farmasi Pn Narmatha **, yang diraikan bersama oleh warga Unit Farmasi dan seluruh warga klinik. Pelbagai juadah dan makanan yang lazat turut disediakan untuk dinikmati bersama oleh semua staf.

Secara keseluruhannya, sambutan berlangsung dalam suasana yang **meriah, ceria dan penuh kegembiraan**. Program ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada warga farmasi, malah turut mengeratkan hubungan, memupuk semangat kerjasama dan mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dalam kalangan warga Klinik Kesihatan Ayer Tawar.

Program Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah telah dilangsung dengan berjaya Dan meriah pada 11/9/2026 di Klinik ...
13/09/2026

Program Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah telah dilangsung dengan berjaya Dan meriah pada 11/9/2026 di Klinik Kesihatan Ayer Tawar

PERTANDINGAN KECERIAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 🇲🇾Klinik Kesihatan Ayer Tawar | 20 Ogos 2026 – 8 Se...
08/09/2026

PERTANDINGAN KECERIAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 🇲🇾

Klinik Kesihatan Ayer Tawar | 20 Ogos 2026 – 8 September 2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia, satu Pertandingan Keceriaan antara unit-unit Klinik Kesihatan Ayer Tawar telah diadakan sepanjang tempoh 20 Ogos 2026 hingga 8 September 2026.

Pertandingan ini menyaksikan warga Klinik Kesihatan Ayer Tawar berganding bahu mencurahkan kreativiti, idea dan semangat patriotisme dalam menghias ruang serta sudut di unit masing-masing.

Pelbagai hiasan yang kreatif, inovatif dan penuh warna-warni telah menghiasi setiap sudut klinik, menjadikan suasana Klinik Kesihatan Ayer Tawar lebih meriah, ceria dan sarat dengan semangat kemerdekaan serta kecintaan kepada Malaysia.

Pada 8 September 2026, sesi penilaian pertandingan telah berlangsung dengan barisan panel juri yang terdiri daripada:

👨‍⚖️ Haji Khusairi
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar

👨‍⚖️ En. Lau
Bendahari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar

👩‍⚕️ Dr. Khairunisa, Pakar Perubatan Kesihatan, unit Primer dan Kesihatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua unit yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen yang sangat baik! 👏🏻🎉

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

🥇 TEMPAT PERTAMA
💊 Unit Farmasi

🥈 TEMPAT KEDUA
🏢 Unit Pentadbiran

🥉 TEMPAT KETIGA
👩🏻‍🍼 Unit KKIA

🎖️ SAGUHATI
🏥 Unit OPD
🏫 Unit Pasukan Sekolah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Klinik Kesihatan Ayer Tawar atas semangat kerjasama, kreativiti dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan pertandingan ini.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan patriotisme terus subur dalam kalangan warga kerja serta menjadi inspirasi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat. ❤️🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia!

Program Penyusuan Susu Ibu Sedunia Di Klinik Kesihatan Ayer Tawar Pada 11/9/2026 pada masa pukul 8 pagi. Mari la menyert...
08/09/2026

Program Penyusuan Susu Ibu Sedunia Di Klinik Kesihatan Ayer Tawar Pada 11/9/2026 pada masa pukul 8 pagi.

Mari la menyertai program untuk menyokong ibu -ibu menyusu susu ibu untuk bayi dari 0-2 tahun…

PROGRAM WARGA EMAS - SIHAT , AKTIF & CERIA📆28 Ogos 2026 📍 ARENA KAMPUNG RAJA HITAM🤝 Anjuran Klinik Desa Kampung Raja Hit...
29/08/2026

PROGRAM WARGA EMAS - SIHAT , AKTIF & CERIA

📆28 Ogos 2026
📍 ARENA KAMPUNG RAJA HITAM
🤝 Anjuran Klinik Desa Kampung Raja Hitam & Klinik Desa Batu 16 , Ayer Tawar bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ayer Tawar

Antara aktiviti yang telah dijalankan:

1. Saringan Kesihatan
2. Saringan Peka B40
3. Suntikan Influenza Untuk Warga Emas
4. Pertandingan Memperagakan Pakaian Tradisional
5. Pertandingan Ingat & Cari
6. Pertandingan Bau & Rasa
7. Pameran Unit Farmasi
8. Pameran Unit Fisioterapi
9. Pameran Unit Cara Kerja
10. Pameran Unit Pemakanan


📸 Jom tunjukkan siapa “Super Dad & Family” dalam keluarga anda!Ayah & Keluarga bukan sekadar watak sampingan — mereka ia...
28/08/2026

📸 Jom tunjukkan siapa “Super Dad & Family” dalam keluarga anda!

Ayah & Keluarga bukan sekadar watak sampingan — mereka ialah MAIN CHARACTER dalam perjalanan penyusuan susu ibu! 💙

Sertai sekarang dan raikan kuasa sokongan seorang ayah serta keluarga!

📸*Pertandingan foto "Main Character Energy : Super Dad & Family Edition" sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Manjung*

💙 SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Daerah Manjung.

2. Percuma dan terbuka kepada semua keluarga.

3. Setiap peserta hanya boleh menghantar 1 foto.

4. Foto mestilah bertemakan “Super Dad & Family” dan menunjukkan sokongan ayah/keluarga terhadap penyusuan susu ibu.

5. Foto mestilah sopan dan sesuai untuk tontonan umum.

6. Foto hendaklah hasil karya sendiri dan tidak menggunakan AI untuk menghasilkan atau mengubah kandungan utama foto.

7. Peserta perlu mendapatkan kebenaran individu yang terdapat dalam foto.

8. Upload foto di ruangan komen posting rasmi pertandingan (posting ini) dan sertakan: Nama peserta + lokasi

9. Jangan lupa hashtag:



19/08/2026

Address

Ayer Tawar, Sitiawan
Stiawan
32400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056723333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Ayer Tawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share