Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia SEDIA PANTAS BERINTEGRITI
(798)

 TEMU BUAL DIALOG D'4 (SANDAKAN FM) - PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KAMPUNG BOKARA SANDAKANMari sama-sama kita saksikan ...
05/10/2026



TEMU BUAL DIALOG D'4 (SANDAKAN FM) - PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KAMPUNG BOKARA SANDAKAN

Mari sama-sama kita saksikan bual bicara bersama Kapt. (PA) Sulaiman bin Salama, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sandakan dalam mengupas topik "Program Kampung Angkat MADANI Kampung Bokara Sandakan” yang akan berlangsung pada :-

📅 06 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ 04:00 petang
🌐 Menerusi platform media SANDAKANfm Bersamamu

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah














**

  SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026Sukacita dimaklumkan Unit Integrit...
05/10/2026



SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan Unit Integriti APM akan menganjurkan Program Sambutan Hari Integriti Peringkat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tahun 2026 yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :-

📅 Tarikh : 06 dan 07 Oktober 2026 (Selasa dan Rabu)
⏰ Masa : 08:30 pagi hingga 05:30 petang
📍 Tempat : Dewan Tun Perak dan Pekarangan Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya :-
✅ Pertandingan Sukan Rakyat (Congkak, Batu Seremban, Tarik Guni, Tuju Tin dan Sepak Bulu Ayam)
✅ Program Zumba
✅ Saringan Kanser dan Kesihatan secara percuma
✅ Ceramah : Integriti Dalam Kehidupan Dunia Digital

Oleh itu, dijemput seluruh warga APM untuk hadir dan sertai program yang akan dijalankan kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda...

Jumpa anda di sana...😁😁😁

Jabatan Perdana Menteri














**

 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN PRESTASI BILANGAN 1 BAGI TAHUN 2025 SEMPENA PROGRAM LIBAT URUS TIMBALAN KETUA SE...
05/10/2026



MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN PRESTASI BILANGAN 1 BAGI TAHUN 2025 SEMPENA PROGRAM LIBAT URUS TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN JABATAN PERDANA MENTERI (TKSUK JPM) BERSAMA PEGAWAI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) LEMBAH KLANG JPM TAHUN 2026

Isnin, 05 Oktober 2026 - Sekitar program yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) bertempat di Auditorium Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada pagi tadi.

Dalam pada itu, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Penghargaan Kecemerlangan Prestasi Bilangan 1 Bagi Tahun 2026 yang dimenangi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dan Sarawak.

Kejayaan ini merupakan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam pengurusan pembayaran bil dalam tempoh tujuh (7) hari. Hal ini membuktikan bahawa budaya kecemerlangan, akauntabiliti dan tadbir urus yang berkesan terus menjadi nilai penting dalam memperkukuh pengurusan organisasi APM.

Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS TPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah, YS TPj. (PA) Mohtar bin Samat, Pengarah APM Negeri Sarawak serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas usaha keras, integriti dan dedikasi yang berterusan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Semoga penganugerahan ini menjadi penyuntik semangat buat semua warga APM untuk terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan di masa hadapan!

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Sarawak














**

05/10/2026
05/10/2026
05/10/2026

Inilah Objektif penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026. Ia memberi fokus supaya semua pihak memperkukuh budaya kesiapsiagaan dalam menghadapi risiko bencana, khususnya menjelang Musim Monsun Timur Laut (MTL).





  TANAH RUNTUH: KELUARGA TIGA BERANAK BERDEPAN DETIK CEMASKundasang: Sebuah keluarga tiga beranak cemas selepas berlaku ...
05/10/2026



TANAH RUNTUH: KELUARGA TIGA BERANAK BERDEPAN DETIK CEMAS

Kundasang: Sebuah keluarga tiga beranak cemas selepas berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran rumah mereka di Kampung Kinasaraban di sini pada Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ranau, Lt. (PA) Sarifudin Sahibin berkata cerun yang terjejas dianggarkan setinggi kira-kira 30 kaki, selebar 50 kaki dan sepanjang 30 kaki.

Kejadian itu dinilai oleh empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) PUPA Kundasang pada Jumaat susulan kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1 Oktober.

Anggota APM berkenaan ke lokasi kejadian dengan peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap bagi menilai keadaan cerun serta memastikan keselamatan penduduk berhampiran.

Susulan penilaian itu, anggota APM menasihatkan penduduk supaya menjauhi kawasan berhampiran tanah runtuh sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku pergerakan tanah selanjutnya atau tanah runtuh susulan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.dailyexpress.com.my/news/289160/tanah-runtuh-keluarga-tiga-beranak-berdepan-detik-cemas

Dipetik daripada akhbar:
Daily Express

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













Kundasang: Sebuah keluarga tiga beranak cemas selepas berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran rumah mereka di Kampung Kinasaraban di sini pada Khamis.

04/10/2026
04/10/2026
04/10/2026

Address

Stiawan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia:

Shortcuts

Share