Pesuruhjaya Bangunan MBSJ

Pesuruhjaya Bangunan MBSJ

Share

Selamat datang ke "Page" Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MBSJ

Photos from Pesuruhjaya Bangunan MBSJ's post 21/06/2023

*Strata Technique Approach Towards Resilient (My-STAR) MBSJ 2023*

*โ€œTECHNICAL STRATA MANAGEMENT COURSEโ€*

*DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN*

*AYUH turut serta beramai-ramai dalam sesi percambahan fikiran dan berkongsi pengalaman dalam Strata Technique Approach Towards Resilient (My-STAR) MBSJ 2023 โ€œTECHNICAL STRATA MANAGEMENT COURSEโ€ anjuran Koperasi Subang Jaya Berhad (KOSUJA) dengan kerjasama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBSJ*

6 Sesi Pembentangan dan 1 Sesi Forum

*Sesi 1 : Pengendalian Isu Bocor Antara Tingkat*

*Sesi 2 : Pemeriksaan Bangunan Berkala Melebihi 10 Tahun*

*Sesi 3: Kontrak dan Penyelenggaraan Lif*

*Sesi 4 : Pengurusan Cerun di Kawasan Strata*

*Sesi 5 : Pengurusan Penyelenggaraan Yang Efektif*

*Sesi 6 : Etika dan Tanggungjawab Sebagai Pengurus Harta*

*Sesi 7 : Forum Hakmilik Strata*

JOM DAFTAR SEKARANG ๐Ÿ“
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe73urd3mrwYQTCvybIR2styAgbtGzvQz8xZhC2J5hdjJY_Sw/viewform?usp=pp_url

*Tarikh : 7 hingga 8 Ogos 2023 (Isnin - Selasa)*
*Masa Pendaftaran : 8.00 pagi*
*Tempat : Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang*

*Yuran Pendaftaran : "Early Bird" RM 900.00 / seorang (Bayaran Sebelum 30 Jun 2023)*
RM 950.00 / seorang (selepas 30 Jun 2023)

Pakej Termasuk :
๐Ÿ›๏ธ *Penginapan 2H1M bilik Single*
๐Ÿ›๏ธ *Goodies Bag*
๐Ÿฝ๏ธ *Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang, Makan Malam*
๐Ÿ›๏ธ *Sijil Penyertaan*
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
CPD Point untuk Ahli LPPEH/LAM/BEM
๐Ÿ“Œ *10 CPD BOVEA* (DALAM PERMOHONAN)
๐Ÿ“Œ *3 CPD LAM*
๐Ÿ“Œ *CPD BEM* (DALAM PERMOHONAN)
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan kursus ini, sila hubungi *Puan Siti Zunara binti Dawam di talian 03-8026 7460 atau Encik Mohd Affizal bin Sarayani di talian 03-8026 4013*

*Pendaftaran dan pembayaran hendaklah dijelaskan SEBELUM atau PADA 21 Julai 2023*

Photos from Majlis Bandaraya Subang Jaya's post 20/07/2022
06/07/2022

Seminar Strata Technique Approach Towards Resilient (MyStrar) MBSJ 2022

Hebahan umum ๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰๐Ÿ”‰

Berita baik! Program seminar bersiri anjuran COB MBSJ akan diadakan dengan Mata CPD...

Penyertaan adalah terhad. Daftar segera!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia di talian 03-8026 4012 atau 03-8026 4013

09/06/2022

Trivia ringkas berkaitan Konsep Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).



25/05/2022

Sharing n reminder to all ajk of JMB & MC...

SIDANG MEDIA BERKAITAN PENDAKWAAN TERHADAP BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DI ATAS KEGAGALAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

Pada 20 Mei 2022 yang lalu, seramai 8 orang termasuk pengerusi dan ahli jawatankuasa badan pengurusan bersama (JMB) Kondominium Koi Tropika, Puchong telah didakwa di Mahkamah Majistret (Munisipal) Subang Jaya kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-10 tahun 2019.

Mengikut fakta kes dan pertuduhan, pada 4 Mac 2020, kesemua Orang Kena Saman (OKS) telah didapati gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-10 untuk Kondominium Koi Tropika bagi tahun 2019. Aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBSJ dan susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka. OKS telah dituduh di bawah Peraturan 34 (2) Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Syafiq Affandy bin Hasan.

Kesemua OKS telah membuat pengakuan bersalah dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000.00 seorang terhadap 7 orang daripada 8 orang OKS tersebut yang berjumlah keseluruhan RM14,000.00.
Kesemua OKS telah membayar denda tersebut. Walau bagaimanapun, seorang OKS telah dimaklumkan meninggal dunia dan saman terhadapnya telah dibatalkan oleh Mahkamah. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Majlis Bandaraya Subang Jaya, Intan Rozlina Hani binti Rasim manakala kesemua OKS diwakili oleh peguam M. Ramachandran daripada Tetuan Rama Samuel & Associates.

Oleh yang demikian, Majlis Bandaraya Subang Jaya menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang berjaya mendapatkan sabitan terhadap JMB di atas kegagalan mereka mengadakan AGM.

Sehubungan dengan itu, MBSJ menyeru kepada semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) yang masih belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), hendaklah melaksanakan kewajipan statutori tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan Mahkamah.

Kenyataan media akan menyusul.

Photos from Pesuruhjaya Bangunan MBSJ's post 03/11/2021
Photos from Pesuruhjaya Bangunan MBSJ's post 23/09/2021

Webinar Pengurusan Bangunan Strata MBSJ 2021
Siri 02/2021 dan siri 3/2021 akan diadakan pada 28/09/2021 dan 30/09/2021
Sila scan di qr code yg disediakan bagi menyertai sesi webinar yang diadakan...

Photos from Pesuruhjaya Bangunan MBSJ's post 23/09/2021

Webinar Pengurusan Bangunan Strata MBSJ 2021...
Siri 01/2021...
Majlis dirasmikan oleh Datuk Bandar MBSJ

Another 2 siri webinar akan diadakan pada 28/09/2021 dan 30/09/2021

Photos from Pesuruhjaya Bangunan MBSJ's post 09/09/2021

SOP PPN Fasa 2 Negeri Selangor
SEKTOR PENGURUSAN STRATA
Berkuatkuasa 10 September 2021

Photos from Majlis Bandaraya Subang Jaya's post 09/09/2021

Audit Pematuhan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
Oleh Jabatan COB MBSJ, dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa MBSJ, Unit Auditan dan Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara...

Want your business to be the top-listed Government Service in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Subang Jaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00