Muafakat Komuniti Prihatin Putra Heights / Bukit Lanchong

Muafakat Komuniti Prihatin Putra Heights / Bukit Lanchong

Share

Projek ibadah sosial

07/09/2024

Assalamualaikum🌸
Allahumma Solli'Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Sayyidina Muhammad 💚

InsyaAllah Majlis Maulid Wanita esok Ahad 08/09/2024 bertempat di Surau Al Hayy

Jom Sama2 Cari redha Dan kasih sayang Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka ALLAH memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)

🌹MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
🌹PENDAFTARAN TEKAN LINK DIBAWAH👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdvRFZ-X7eUnRET5Pa1kUVNrD7T1f2eEFsYZRwp-lmVnC8qmg/viewform

20/02/2024

Tanda الله menerima amal mu ,berlaku perubahan pada Ketauhidan dan Pekerti mu serta menjernihkan Hati mu.

Biar amal sedikit dan ringkas spt hanya selawat Jibril tetapi membawa perubahan pada Tauhid , pekerti dan hati mu, ia lebih baik daripd ahli abid, ahli Quran,Ahli ilmu,pencinta majlis , pengamal pelbagai aliran tarekah,amalkan selawat² yg hebat² dan sebagainya tetapi tidak membuah Tauhid ,Kemuliaan Pekerti dan kejernihan Hati.

Bukan ilmu dan amal mu yg boleh mengubah hati mu kpd kejernihan tetapi kerana BARAKAH GURU yg menyambung benar dgn RASULULLAHﷺ

Ilmu boleh diambil dimana², wirid juga boleh diambil dimana² namun barakah hanya ada para Guru yg Haq.

~Walid Ibrahim Al Malik❤️

Photos from Muafakat Komuniti Prihatin Putra Heights / Bukit Lanchong's post 17/02/2024

MAJLIS SELAWAT WANITA DI SURAU AR RAUDHAH SERI MUTIARA PUTRA HEIGHTS

Alhamdulillah telah diadakan sekali lagi Majlis Selawat Wanita di Surau Ar Raudhah Seri Mutiara Putra Heights pada 4 Februari 2024. Kehadiran seramai 30 orang yang rata-ratanya dari komuniti Pangsapuri Seri Mutiara dan sekitarnya.

Majlis dimulai dengan bacaan Al Fatihah dan diteruskan dengan istighfar, Selawat Jibril dan doa. Seterusnya Puan Sabariah berkongsi tentang kepentingan mengenal Allah bagi merasai kebahagiaan hakiki dan menggalakkan para hadirin untuk mengamalkan selawat dengan rasa cinta secara istiqamah.

Slot penutup majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan qasidah Melayu yang dibawa sendiri oleh ibunda dari komuniti Seri Mutiara.

Terima kasih buat semua yang hadir. Insyaallah jumpa di Majlis Selawat yang akan datang.

Info lanjut untuk mengetahui program Majlis Selawat Wanita Putra Heights dan Bukit Lanchong boleh klik link wasap di bawah👇

https://chat.whatsapp.com/Lo8c4AkZRWh5gwCQIDpcDC

16/02/2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MAJLIS MAGHFIRAH

Dengan hormatnya SEMUA AHLI QARIAH dijemput menghadiri Majlis Maghfirah seperti berikut:

Agenda
16hb Feb 2024 (Jumaat)
📒Kuliah Maghrib: Allah Syariat dan Hakikat
📒Solat Isya berjemaah
📒Majlis Maghfirah
📒Tausiyah

Dipimpin Oleh Ustaz Mohd Faiz B.Md Yasin

Semua dijemput hadir. InshaAllah.

"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ALLAH memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

TERIMA KASIH.

03/02/2024

Assalamualaikum.

JEMPUTAN KE MAJLIS SELAWAT WANITA

Kami dengan rasa rendah hati ingin menjemput semua ke Majlis Selawat Wanita seperti ketetapan berikut:

📆 Tarikh: 4 Feb 2024 (Ahad)
⏱Masa: 9.00 pagi
📍Lokasi: Surau Ar Raudhah Putra Heights

🚗 Map
https://maps.app.goo.gl/6MZiQyty1oGJeaGS9

💡 Aturcara Majlis
🌹Bacaan Selawat
🌹Qasidah
🌹Pengisian

“Selawat membawa RAHMAT, muafakat membawa BERKAT"

Semua dijemput hadir.

Anjuran bersama:
Surau Ar Raudhah Putra Heights dan MK Komuniti Putra Heights & Bukit Lanchong

19/01/2024

JOM INFAQ JUMAAT❤️

ALIRKAN AIR KE DALAM EMPANGAN 🌊
SUBURKAN KAWASAN YANG MEMERLUKAN 🌴🌳🌹

Dari Infaq dialirkan kepada Komuniti terutama untuk asnaf, anak yatim, mereka yang memerlukan dan program komuniti seperti pasar komuniti dengan jualan subsidi dan sebagainya

Link infaq :

https://toyyibpay.com/Infaq-Jumaat-MK-Putra-Heights-Bukit-Lanchong

“Di Sini Bermulanya Cinta”
“Muafakat Membawa Berkat”

19/01/2024

MAJLIS MUNAJAT CINTA WANITA 2024

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Munajat Cinta Wanita 2024 di Surau Al Hayy Putra Height buat kali ke-2 secara fizikal pada 14 Januari 2024. Anjuran Surau Al Hayy Mbsj Harmoni dengan kerjasama Muafakat Komuniti Putra Heights dan Bukit Lanchong.

Kehadiran Majlis Munajat kali ini dalam 40 orang yang rata-rata dari komuniti Putra Heights terutama dari komuniti Harmoni.

Majlis dimulakan dengan Zikir Isyqiah yang telah dibimbing oleh Ustazah Nurul Syahida. Perkongsian tentang sifat 'Keakuan Diri' yang perlu dielakkan dan hanya memandang kewujudan yang hakiki iaitu Allah SWT turut dikongsikan oleh ustazah.

Majlis diteruskan dengan persembahan Qasidah dari anak-anak Alam Megah. Lantunan suara yang mengasyikkan menambah kerinduan buat Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.

Perkongsian ringkas mengenai gagasan I-Madina dan program-program yang telah dan akan dijalankan untuk komuniti turut dikongsikan.

Seterusnya dijalankan juga agihan sumbangan beras dan keperluan asas untuk Sahabat Cinta dari Putra Heights dan Bukit Lanchong hasil dari kutipan Infaq Jumaat RM10 yang telah dijalankan pada setiap minggu.

Syukur kehadrat Ilahi, walaupun ramai tidak hadir pada majlis, segelintir mereka tetap memberi komitmen serta sokongan dengan sama- sama membantu semasa gotong- royong membersihkan surau dan hadir rewang bagi menyediakan juadah majlis.

Rata-rata memberi maklum balas menyatakan rasa bersyukur dan gembira dengan majlis yang diadakan seperti ini.

16/01/2024

MOTIVASI MENGENAL POTENSI DIRI

Orang yang kita lihat berpotensi dan berjaya itu adalah orang yang tahu dan jelas dengan apa yang dia sedang lakukan dan kenapa dia lakukan. Dia juga tahu apakah bidang dan kelebihan dirinya untuk terus fokus bergerak ke hadapan.

JOM GALI POTENSI EMAS DALAM DIRI ANDA!! Sesi Motivasi yang bakal memperkuat jati diri anda untuk terus bergerak ke hadapan.

⭐️ Tarikh : 21 Januari 2024 (Ahad)
⭐️ Masa: 9 Pagi – 1 Tengahari
⭐️ Tempat: Alpha Hall, 25-1, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 43000 Shah Alam, Selangor

https://maps.app.goo.gl/GFG9jeXc1UvTJn38A

Hibah : RM 30

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI. TERBUKA KEPADA UMUM.

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA. JEMPUT DAFTAR MELALUI LINK DI BAWAH

https://forms.gle/SofrFdQt3Re4sxQe7

FREE GIFT ISTIMEWA
Untuk 40 SEAT Terawal! 😊

Photos from Masjid Putra Heights's post 15/01/2024
07/01/2024

MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT WANITA 2024

🗓️ Tarikh: 14 Jan 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Surau Al Hayy Harmoni Putra Heights

🚗https://maps.app.goo.gl/751g9XhCvUKyyKTi8?g_st=ic

👉Link pendaftaran :
https://forms.gle/fZ7s7FgGeNj13Bsd6

Aturcara Majlis:
🌸 Majlis Selawat, zikir dan tausiyah Penyucian Qalbu oleh Ustazah Nurul Syahida

🌸Persembahan Qasidah

🌸 Agihan barangan sumbangan kepada Sahabat Cinta

“Duhai Wanita, sebarkan selawat, bangunkan cinta dengan kekuatan tauhid dan akhlak agar kembali memartabatkan kedaulatan bangsa dan agama. Ayuh bersama menyemarakkan Rumah Cahaya dengan menghubungkan Rohani dengan Rasulullah SAW”

❤️ Tema : Baju putih / hitam & tudung hitam

Info lanjut boleh hubungi:
Puan Yuni
wasap.my/60176027648/MajlisSelawatWanita2024

Puan Eza
wasap.my/60143959580/MajlisSelawatWanita2024

31/12/2023

Jemput semua

• GEMA HAFLAH AL-QURAN AMBANG TAHUN BARU 2024 •

31 DISEMBER 2023 | AHAD | SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Barisan Tetamu Jemputan Khas 🎙️ :

🌐 Moderator : Ustaz Fazrul Ismail
🌐 Qari : Ustaz Amirahman Abas
🌐 Qari : Ustaz Dr Anuar Hasin

🍛 Jamuan Juga Disediakan

Mari kita bersama mengisi malam tahun baru kita dengan perkara kebaikan. Anda semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ✨

28/11/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Program Karnival Komuniti & Malam Putra Heights Berselawat yang sepatutnya akan diadakan pada 2 Disember 2023 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kami mohon maaf dan segala kesulitan amat dikesali.

Boleh follow page Muafakat Komuniti Putra Heights & Bukit Lanchong untuk mengikuti perkembangan program karnival dan program-program komuniti yang lain.

https://www.facebook.com/muafakatkomunitiputraheights?mibextid=LQQJ4d

Want your business to be the top-listed Government Service in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Subang Jaya
47650