Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya

Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya

Share

Bagi memberikan maklumat kepada orang awam berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan.

20/03/2026

๐Ÿคฒ๐ŸปDengan penuh rasa kesyukuran, sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M, kami warga kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

๐ŸŒœSemoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua, serta mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.

๐ŸคDi kesempatan ini, kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan, keterlanjuran kata atau kesilapan sepanjang menjalankan tugas dan perkhidmatan.

๐Ÿ’ช๐ŸปSemoga kita terus diberi kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan amanah demi kesejahteraan masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir dan Batin.

Salam Hormat Dan Tulus Ikhlas Daripada,

Warga Kerja
Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya's post 20/03/2026

๐Ÿ“Œ PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK, MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN TAHUN 2026 PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT CAWANGAN (PKMC) SUBANG JAYA

Tarikh: 11 dan 16 Mac 2026

Masa: 08.30 pagi - 04.00 petang,
07.30 petang - 09.00 malam

Tempat: Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya dan Kelab Shah Alam

๐Ÿ“Anjuran:

PKMC Subang Jaya dengan kerjasama KSK PKMC Subang Jaya

๐Ÿ“Penglibatan:

Program Memasak Bubur Lambuk: Sukarelawan JKM dan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat dan kakitangan PKMC Subang Jaya

๐Ÿ“Œ Objektif Program:

- Mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan, sukarelawan dan kumpulan sasar Jabatan.

- Memupuk semangat kebersamaan serta nilai gotong-royong di tempat kerja.

- Berkongsi rezeki melalui pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan dan komuniti sekitar premis PKMC SJ.

- Menanam nilai-nilai murni dan akhlak Islam melalui penghayatan isi kandungan Al-Quran.

- Memberi penghargaan dan motivasi kepada peserta untuk terus memperbaiki bacaan dan memahami Al-Quran.

Terima kasih kepada semua warga kerja PKMC Subang Jaya yang telah memberikan komitmen terbaik bagi menjayakan program yang bermakna sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya's post 20/03/2026

10 MAC 2026 (SELASA) - Program Gerak Prihatin Komuniti sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri 2026 dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ Zon 14, bertempat di Pangsapuri F1-F10 , Puchong Permai.

Turut hadir Encik Kamarul Hafiz bin Kamarudin , Ahli Majlis MBSJ Zon 14, Puan Sr. Aida binti Omar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA MBSJ serta Puan Rubaizah binti Mohamed Noh, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ, Encik Mohd Al-Ghadaffy bin Abu Bakar dan Encik Sahafuddin bin Daharum, Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya.

Pelaksanaan program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU), Zakat Selangor ,99 Speed Mart Sdn. Bhd., PUSPANITA MBSJ serta MPP Zon 14.

Melalui inisiatif ini, sumbangan barangan keperluan asas telah disalurkan kepada penerima yang layak, khususnya golongan berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan, sebagai tanda keprihatinan dan komitmen MBSJ terhadap kesejahteraan komuniti setempat.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan kering yang disumbangkan oleh Petronas kepada komuniti yang diterima melalui Program Memacu Kehidupan menjelang setiap perayaan utama di Malaysia.

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya's post 20/03/2026

LAPORAN PROGRAM PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT CAWANGAN SUBANG JAYA

๐Ÿ“AKTIVITI : Kembara & Singgah Sahur

๐Ÿ“TARIKH : 08 Mac 2026 (Ahad)

๐Ÿ“MASA : 01.30 pagi - 05.00 pagi

๐Ÿ“TEMPAT : Pangsapuri Permai, Puchong Permai

๐Ÿ“ANJURAN : Pertubuhan Sinar Amal Komuniti bersama Ahli Majlis MBSJ Zon 14, dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya, Sukarelawan JKM Subang Jaya, Sepang dan Shah Alam serta Pusat Khidmat Masyarakat Dun Seri Serdang, Pasar Segar Pak Lang dan Surau Ar Raayah

๐Ÿ“OBJEKTIF:

- Program Kembara dan Singgah Sahur anjuran Pertubuhan Sinar Amal Komuniti (OGCC) menjadi platform menyantuni golongan memerlukan apabila sukarelawan dan wakil agensi turun padang menziarahi rumah penerima bantuan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekaligus membantu meringankan beban harian mereka.

- Program itu juga turut menyampaikan juadah sahur serta sumbangan keperluan asas secara langsung kepada penerima bantuan berpendapatan rendah terdiri daripada 10 buah rumah melibatkan penerima warga emas sebatang kara, pesakit terlantar serta orang kurang upaya (OKU).

- Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengisi perut yang lapar, tetapi juga untuk memupuk sifat empati dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara demi kesejahteraan sejagat.

๐Ÿ“PENGISIAN PROGRAM :

โ€ข Sebanyak 10 buah rumah telah disantuni sepanjang program ini berlangsung dan ada diantaranya merupakan penerima bantuan bulanan JKM melalui skim bantuan penjagaan pesakit kronik/ terlantar, bantuan OKU tidak berupaya bekerja, bantuan Am dan penerima bantuan alat tiruan/ sokongan kerusi roda.

โ€ข Pemberian Tabung Bantuan Segera sebanyak RM300.00 kepada 1 keluarga yang memerlukan. Serta serahan pampers dewasa bagi pesakit terlantar.

โ€ข Lawatan dan singgah sahur memberikan sumbangan bakul makanan dan juadah sahur kepada setiap isi rumah.

๐Ÿ“ PEGAWAI BERTUGAS:

1. Cik Diana Loh Chiew Yen
2. Encik Muhammad Faezal Bin Azman
3. Encik Sahafuddin Bin Daharum

๐Ÿ“https://portalmyberita.com/2026/03/11/kembara-dan-singgah-sahur-santuni-golongan-memerlukan-di-puchong/

๐Ÿ“https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1333141/kejutan-dinihari-ramadan-buat-asnah

DISEDIAKAN OLEH :

Unit Kebajikan Produktif dan Komuniti,
PKMC Subang Jaya

02/03/2026

๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฆ๐›๐ข๐ง๐ , ๐Œ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง

Pegawai Akhlak Kanak-Kanak memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan serta pembangunan sahsiah kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Antara tanggungjawab utama termasuk:
โœ”๏ธ Menguruskan kes kanak-kanak yang berkonflik dengan jenayah
โœ”๏ธ Mengendalikan kes kanak-kanak tidak terkawal dan yang terlibat dengan gejala sosial
โœ”๏ธ Menyediakan laporan akhlak serta hadir ke mahkamah
โœ”๏ธ Menyelaras pengurusan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK)
โœ”๏ธ Menjalankan aktiviti pencegahan dan program advokasi
โœ”๏ธ Mengadakan program intervensi bagi menyokong aspek pembangunan kanak-kanak

Melalui peranan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat terus komited memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang kedua, bimbingan sewajarnya serta sokongan berterusan demi masa depan yang lebih baik. Setiap intervensi hari ini adalah pelaburan untuk generasi yang lebih berdaya tahan dan berpotensi.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








02/03/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐†

JKM ingin memaklumkan bahawa satu infografik berkaitan perkhidmatan kepada warga emas ini adalah PALSU dan BUKAN dikeluarkan oleh JKM.

Maklumat berkaitan sukarelawan yang terkandung dalam infografik tersebut adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai perkhidmatan JKM, sila rujuk hanya kepada saluran rasmi JKM.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








18/02/2026

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Tulus Ikhlas Daripada,

Warga Kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya

18/02/2026

๐๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ง๐  ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง, ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง

Setiap kanak-kanak berhak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, dilindungi dan disayangi. ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค memainkan peranan penting dalam memastikan hak, kebajikan serta keselamatan mereka sentiasa terpelihara.

Antara peranan utama termasuk:
โœ”๏ธ Melindungi dan menyelamatkan kanak-kanak daripada risiko penderaan, pengabaian atau eksploitasi
โœ”๏ธ Membantu proses pemulihan fizikal dan emosi
โœ”๏ธ Menyediakan laporan serta hadir ke mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan
โœ”๏ธ Menyelia Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak
โœ”๏ธ Melaksanakan aktiviti pencegahan, advokasi dan program intervensi pembangunan

Usaha ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi komitmen bersama demi memastikan setiap anak Malaysia membesar dengan selamat, bermaruah dan penuh potensi.

Lindungi mereka hari ini, demi masa depan yang lebih baik esok.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








16/02/2026

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026 ๐ŸŠ๐ŸŠ

"Gong Xi Fa Cai"

Semoga Tahun Kuda ini membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kejayaan berterusan kepada semua serta semangat perpaduan dan keharmonian terus diperkukuh demi kemajuan bersama.

Ikhlas daripada,

Warga Kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya's post 11/02/2026

๐Ÿ“Œ LAPORAN PROGRAM PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT CAWANGAN SUBANG JAYA

๐Ÿ“AKTIVITI : Program Memacu Kehidupan Perayaan sempena Tahun Baharu Cina 2026

๐Ÿ“TARIKH : 10 Februari 2026

๐Ÿ“MASA : 3.30 petang - 5.30 Petang

๐Ÿ“TEMPAT : Pusat Komuniti MPP Zon 4, USJ 1 Subang Jaya

๐Ÿ“ANJURAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor & PETRONAS

๐Ÿ“OBJEKTIF:

- Merupakan salah satu agenda utama dalam program outreach yang dijalankan oleh pihak PETRONAS bersama kumpulan sasar jabatan bagi menyambut perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas
- Program ini merupakan inisiatif pihak PETRONAS untuk menyantuni kumpulan sasar jabatan yang memerlukan bagi memastikan keperluan asas dalam persediaan menyambut perayaan dapat disediakan.

๐Ÿ“PENGISIAN PROGRAM :

- ucapan oleh Encik Yang Chor Leong, Pengerusi PAWE Subang Jaya
- ucapan oleh Encik Ainor Hakim Bin Anuarudin, Pegawai Kanan, Pejabat PETRONAS Tengah dan Utara
- ucapan oleh Tuan Haji Azmir Bin Kassim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- ucapan perasmian oleh YB Puan Anfaal Binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- Simbolik penyerahan bakul makanan perayaan kepada kumpulan sasar jabatan yang menyambut perayaan tahun baharu cina
- Persembahan daripada ahli PAWE Subang Jaya
- Majlis menggaul Yeesang/ Hitea

๐Ÿ“JUMLAH KEHADIRAN: 80 orang

๐Ÿ“ PEGAWAI BERTUGAS :

1. Cik Diana Loh Chiew Yen
2. Encik Muhammad Faezal Bin Azman
3. Encik Mohd Al Ghadaffy Bin Abu Bakar
4. Encik Muhamad Zul Azri Bin Rajab

DISEDIAKAN OLEH :

Unit Kebajikan Produktif dan Komuniti,
PKMC Subang Jaya

Photos from Majlis Bandaraya Subang Jaya's post 09/02/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


No 12, Jalan SS 15/4
Subang Jaya
47500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00