27/04/2026
Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Page rasmi PUWT diwujudkan bagi berkongsi segala perlaksanaan Latihan, Operasi & program pangkalan.
27/04/2026
08/04/2026
KDPB SULTAN PAHANG SAKSIKAN KEBERANIAN PESERTA KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN
KUANTAN, 8 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan fasa kedua Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air Siri 1/2026 yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda merupakan satu manifestasi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pemantapan latihan taktikal yang menuntut tahap disiplin serta ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa. Dalam sesi tersebut, kesemua peserta kursus membuktikan kecemerlangan apabila berjaya menyempurnakan tiga terjunan dengan jayanya, sekali gus mempamerkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Kehadiran Paduka Baginda ternyata menyuntik semangat baharu kepada para peserta melalui kata-kata perangsang dan nasihat yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Suasana latihan tersebut turut mencerminkan sinergi yang erat antara agensi keselamatan negara dalam memperkasakan keupayaan operasi di ruang angkasa.
Turut mengiringi Paduka Baginda ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi Haji Mustapha TUDM; Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Mej Jen Dato' Mohamed Zahari Haji Yahya TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Baharin Mohamad TUDM.
Hadir sama dalam acara tersebut adalah Pemangku Pengarah Bahagian Udara JBPM, PPjB Muhammad Saiful Nizam Bin Samsudin, Pengarah JBPM Negeri Pahang, YS PKPjB Mohd Razam Bin Taja Rahim, bersama anak-anak kapal BMB 01.
04/04/2026
MISI MEDEVAC: PEMINDAHAN PESAKIT DARI HTAR KLANG KE HOSPITAL TANAH MERAH
4 APRIL 2026 (SABTU) – Satu misi pemindahan pesakit (MEDEVAC) telah berjaya dilaksanakan melibatkan seorang pesakit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ke Hospital Tanah Merah (HTM).
Seramai 9 orang anak kapal yang diketuai kapten pesawat TPgB II Hasrizal bersama TPgB II Faizal berlepas dari Subang dengan pesawat Mi-17-IV bagi menjayakan misi tersebut.
Ringkasan Misi:
• Pesakit: Anggota JBPM Selangor.
• Tujuan: Rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTM.
• Logistik: Menggunakan helikopter dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM.
• Laluan: Berlepas dari PUWT dan mendarat dengan selamat di padang HTM, Kelantan.
Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
• Kru BMB 01 Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM
• JBPM Tanah Merah & Machang
• Pasukan Perubatan HTAR, Klang
• Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah
• Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tanah Merah
• Warga HTM (Pihak Pengurusan, Jabatan Anestesiologi & Unit Rawatan Rapi)
Komitmen padu semua pihak memastikan urusan pemindahan pesakit yang merupakan anggota JBPM hari ini berjalan lancar demi kesejahteraan pesakit.
Semoga pesakit diberikan kesembuhan segera. Amin.
#Готовспасти
Satu lagi misi MEDEVAC berjaya dilaksanakan oleh Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM semalam (28.02.2026).
Kali ini, 'Abang Long' MI-17-IV (BOMBA 01) terbang ke Kampung Dakoh, Gua Musang, Kelantan bagi menyelamatkan seorang pesakit yang mengalami patah kaki dan tidak dapat bergerak. Dengan koordinasi mantap antara anak kapal, PASKUB, KKM, dan JAKOA, pesakit berjaya dibawa keluar menggunakan stretcher dan dihantar terus untuk rawatan lanjut.
Tahniah komander pesawat PKPgB Amir Fitri, dan seluruh pasukan! Jarak dan lokasi bukan penghalang untuk kami berkhidmat.
27/12/2025
Dimaklumkan bahawa Pasukan Smoke Jumpers Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mencatat kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Payung Terjun – Skydive Challenge Melaka 2025.
Kejayaan ini adalah hasil komitmen, disiplin serta tahap profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh anggota pasukan dalam setiap cabaran yang disertai.
Ia turut mencerminkan keupayaan dan kesiapsiagaan JBPM dalam bidang kepakaran khusus berimpak tinggi.
Pencapaian ini menjadi hadiah tahun baharu yang amat bermakna buat JBPM, sekali gus membakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Smoke Jumpers JBPM.
27/09/2025
HARI CUCI MALAYSIA: PUWT JBPM SUBANG SEMARAK GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN
-Sambutan selari aspirasi nasional sasarkan lebih 100,000 peserta di seluruh negara-
SUBANG, 27 September 2025 – Pangkalan Udara Wilayah Tengah (PUWT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah menjayakan Program Hari Cuci Malaysia (HCM) dengan pelbagai aktiviti gotong-royong yang melibatkan warga pangkalan. Program ini merupakan kesinambungan usaha nasional yang diselaraskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan disambut serentak di seluruh negara dengan penyertaan lebih 100,000 peserta.
Hari Cuci Malaysia yang dilancarkan pada 7 Februari 2025 menetapkan Sabtu terakhir bulan September sebagai tarikh tahunan bagi menyemarakkan semangat menjaga kebersihan persekitaran.
Program di PUWT dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh PKPgB Iskendar Zulkarnain bin Abd Razak, sebelum para peserta bergotong-royong membersihkan kawasan pangkalan, menyusun landskap serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ringan. Semua warga pangkalan turut serta kecuali mereka yang sedang menjalankan tugasan luar.
Menurut TPgB II Mohd Hasrizal Bin Kamaruzzaman, program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga JBPM, malah menjadi platform meningkatkan kesedaran sivik masyarakat tentang pentingnya kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
“Diharapkan penganjuran seperti ini diteruskan secara konsisten bagi memperkukuh hubungan silaturahim serta mewujudkan komuniti yang lebih bersih, sihat dan selamat,” kata beliau.
-PRO PUWT-
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
BAHAGIAN UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
26/08/2025
HELANG BOMBA GAGAH DI AWAN BIRU
PBK I Mohamad Noor Hanif Bin Maliki, Kuartermaster Udara Bomba berusia 37 tahun, berasal dari Mersing dan dibesarkan di Baling, Kedah. Menyertai JBPM pada 2010, beliau memulakan tugas di Balai Bomba Seremban 2 sebelum melangkah ke Bahagian Udara pada 2011.
Selepas mengikuti kursus bersama TUDM, beliau ditauliahkan sebagai Kuartermaster Udara pada 2012. Dedikasi dan komitmen yang tinggi akhirnya melayakkan beliau menerima pentauliahan sebagai Jurulatih Kuartermaster pesawat Agusta A109E pada 22 Ogos 2025 – satu amanah besar dalam melatih kru udara masa depan.
Antara pengalaman paling mencabar ialah misi menyelamat di Gunung Telapak Burok pada Disember 2021, ketika helikopter terpaksa melakukan hover berisiko di celah pokok pada ketinggian melebihi 1,100 meter dalam keadaan ribut. Berkat ketenangan dan kerjasama kru, operasi berjaya diselesaikan dengan selamat.
Hari ini, kisah keberanian dan pengorbanannya menjadi inspirasi kepada warga JBPM dan masyarakat, membuktikan bahawa keikhlasan dan keberanian adalah kunci kejayaan dalam menghadapi cabaran.
Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi Jabatan Perdana Menteri
Kuala Kubu Bharu, 18 Julai 2025 — Seramai 18 pelatih pelbagai pangkat telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) yang berlangsung selama lebih sebulan bermula 15 Jun lalu sehingga hari ini. Kursus intensif ini dikendalikan oleh 11 jurulatih berpengalaman dan dilaksanakan di tiga lokasi utama: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah, Pulau Indah, dan Ulu Rening.Kursus ini terbahagi kepada beberapa fasa yang mencabar, merangkumi latihan di kelas, kolam, laut, paya, hutan serta latihan asas berkerja dengan pesawat. Sepanjang tempoh kursus, para pelatih diuji ketahanan fizikal dan mental melalui pelbagai ujian seperti renangan, larian pagi, petang dan malam, ketahanan cuaca, menahan lapar, serta latihan survival yang menekankan empat prinsip asas iaitu menghidupkan api, membina pondok, mencari sumber air dan makanan sendiri.Kesemua ujian ini direka untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mampu bergelar anggota PASKUB, sebuah pasukan elit yang memerlukan daya tahan, kecekalan dan disiplin tinggi dalam melaksanakan tugasan di darat, air mahupun di udara.Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YS Dato’ Haji Norazam Bin Khamis, Pengarah Bahagian Udara, bertempat di ABPM Wilayah Tengah, sekali gus menjadi simbolik kepada permulaan cabaran sebenar buat kesemua anggota PASKUB yang baru dilahirkan.Tahniah diucapkan kepada semua pelatih. Kredit gambar: 1. Md Shukri, 2. Khairul Ikhwan
04/07/2025
Pesawat terbang beribu kaki
Cuaca tenang langit pun cerah
Selamat hari raya Aidil Fitri
Dari kami team Semut Merah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Jalan Lapangan Terbang Subang
Subang Jaya
47200
